DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Rabu, 1 Ogos 2012

Pilihan 20a

Aleya hanya merenung lama surat yang diterimanya itu, memang betul yang penyiasat itu sudah menjumpai rumah ibunya dahulu namun ada pesanan ringkas di akhir nota itu yang membuatkannya tak senang duduk.

Ada panggilan dibuat ke pejabat melarang penyiasatan diteruskan, mohon cik kathleen menghubungi pihak kami untuk tindakan lanjut.


Aleya mengeluh perlahan, detak hatinya ternyata benar, ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan orang lain.Lantas perbualannya dengan Idris kembali melintasi mindanya.

"Be careful with what you do, someone might be destroy if you dig the past and they will stop you  in what you do no matter how."


Namun semakin besar halangan yang dihadapi semakin dia ingin tahu cerita disebaliknya.

Bunyi pintu bilik dikuak mengalihkan pandangannya, seraya senyuman diukir apabila kelibat Fikri di sebalik pintu, diatur langkah ke arah suaminya dan dihulurkan salam, seperti biasa tubuhnya di bawa dalam pelukan hangat suaminya dan ubun-ubunnya dikucup.

"Awal abang balik hari ni?"

"Tak larat la yang, nak buat overtime dekat ofis macam tak best je, baik buat overtime dengan Leya lagi best,"usiknya lagi merah padam muka Aleya mendengarnya mengundang ketawa kecil dari Fikri.

"Abang," ujarnya geram.

***********

Suasana pejabat yang tenang itu mendengarkan detak kasut Izz, hala tujunya cuma satu, department account ditujunya dan diketuk pintu bilik Fikri perlahan, senyap tiada jawapan, dipusing tombol pintu, berkunci, bibirnya diketap, pandangannya ditebarkan ke sekeliling.

"Siti!"

"Ya Cik Izz ada apa?"

"Fikri mana?"

"Encik Fikri dah balik tadi,"

"Eh bukan hari ni tutup akaun ke?"

"Tak lah semalam dah siap semuanya,"

Bibirnya diketap geram, hajatnya tak kesampaian lagi, botol kecil dalam tangannya dipandang lama, bersusah payah dia mendapatkan benda di dalam botol kecil itu, namun rancangannya terpaksa ditangguhkan lagi. Laju tapak kakinya menghala keluar daripada ruangan pejabat itu. Siti yang ditinggalkan terpinga-pinga melihat gelagat anak majikannya itu.


p/s: sedikit sambungan bab 20, dah lama sangat tak menaip idea pun dah ke mana, kerja bertimbun, balik rumah lagi pentingkan masa tidur inilah jadinya, sila komen ya, kalau nak bagi cadangan plot cerita pun sangat dialu-alukan arisa dah freeze dah ni tak ada idea.

Ahad, 1 Julai 2012

BAB 20

Fikri termenung sendiri di ruangan pejabatnya, pen di tangannya diketuk-ketuk sambil fikirannya menerawang,masih terngiang-ngaing di benaknya akan perbualan telefon yang dibuat Aleya sehari sebelum majlis pernikahan mereka, sesungguhnya dia keliru mula tertanya-tanya akan siapa sebenarnya isterinya itu, namun akalnya lebih pantas menidakkan andaian buruk yang mula menjengah. Sesebuah perkahwinan baginya adalah berdasarkan kepercayaan di antara suami isteri. Mungkin masa masih belum sesuai baginya untuk mengetahui semuanya namun dia memilih untuk mempercayai isterinya itu.

"Fikri!" jeritan lantang itu mengembalikan dia dari dunia lamunannya, dia mula melepaskan keluhan apabila susuk tubuh Izz terbias di kornea matanya.

"Yes, can I help you?"ujarnya tak berperasaan.

"Sampai hati you buat I macam ni?"

"Macam mana?"

"Kenapa you kahwin tak bagitau I? Kenapa you sanggup ketepikan I and kahwin dengan orang gaji you?"bentaknya lagi.

Fikri hanya tertawa kecil, lucu pula apabila melihat bentakan itu persis anak-anak kecik saja lagaknya.

"Why should I tell you? Who are you that I need your permission to get married?"

Muka Izz merah padam menahan marah yang sedang membakar hatinya kini. Malu, marah dan geram bercampur menjadi satu.

"You dah berlagak sangat sekarang ni Fikri, you jangan lupa asal-usul you, kalau bukan my dad yang tolong you dulu mesti you takkan berjaya macam sekarang,"

Fikri hanya tertawa kecil, Izz suka sangat mengungkit, faham sangat dah dengan perangai tak semegah Izz, dia tahu  atas bantuan Dato' Hashim dia dapat melanjutkan pelajaran malah dia turut dipilih untuk menyertai syarikat Dato' Hashim bagi membantu lelaki itu untuk membangunkan syarikat yang sedang menghadapi krisis ketika itu.

"Izz, I ingat semua tu, tapi satu saja yang i nak bagitau you, hutang I dengan your dad dah habis dibayar, and sekarang i sedang menunaikan tanggungjawab I sebagai  orang yang termakan budi dengan menjadi orang kepercayaan ayah you, lupa ke? And for my concern you have no part in the picture, its not like I met you before i met your dad, we met when I joined this company isn't it?"

Izz menghentakkan kakinya geram, lalu berlalu keluar dari bilik itu yang dirasakannya membahang akibat perlian Fikri.

****************

Aleya menggesek violinnya dengan penuh tumpuan, gerakan tangannya tidah selincah dahulu, andai dia mula bermain not-not yang memerlukan gerakan pantas dia akan merasa kekejangan di jari-jemarinya. Kekejangan amat digeruninya akibat dia hampir saja dibawa ke hospital bagi membetulkan urat jarinya yang tidak boleh melentur hampir-hampir membuatnya hilang keupayaan untuk bermain violin.

"Leya,"panggil Suhana perlahan sambil membuka bilik kecil yang menjadi tempat Aleya berlatih muzik, namun panggilannya tidak bersahut, lantas dia menghampiri Aleya yang sedah khusyuk benar, earphone yang terpasang membuatkan Aleya tidak mendengar panggilannya, dia duduk di bangku kecil sambil membiarkan Aleya berlatih, pandangannya dilebarkan ke seluruh bilik kecil itu, penuh ditampal dengan rak-rak telur untuk menjadikan bilik itu kalis bunyi.

"Akak,bila akak masuk?"

"baru saja tadi, leya tengah sibuk akak tak nak kacau,"

"Ada apa kak?"

"Ada surat untuk Leya,"

Aleya hanya menyambut huluran surat itu lantas membukanya, agak berkerut dia membaca isi kandungan surat itu,"

"kenapa Leya?"

"Penyiasat tu, dia dah jumpa rumah lama ibu Leya,"

"Dekat mana?"

"telok Panglima Garang,"

"Dekat saja tu, boleh kita pergi tengok," ujar Suhana teruja, klu pertama yang dijumpa membuakkan rasa ingin tahunya.

Aleya hanya tertawa kecil melihat telatah Suhana.

"Kita? Akak tahu kan akak tu dalam pantang lagi tau,"

"Ala, a'ah kan, mesti ibu tak bagi akak keluar, hmmm macam mana ni?"

"Akak jangan fikir sangat benda ni, kita tak payah pergi pun tak apa, nanti Leya bagitau Penyiasat tu teruskan semua ni sampai dia dapat jumpa ayah Leya.

"Betul jugak, hari tu Leya ada cakap yang Leya dah bagitau daddy, macam mana reaksi daddy Leya?"

"Marah, tapi bila Leya cakap sebab apa leya buat semua ni, daddy okey je, just mintak leya hati-hati." ujarnya ringkas, cuba menyembunyikan gusar yang melanda bila mengingatkan pesanan-pesanan daddynya itu.

P/S, hmmmm nampaknya ramai jugak yang mengalu-alukan comeback arisa, so jemput baca pilihan bab 20. Ada apa-apa jangan lupa komen, sapa-sapa yang ada cadangan untuk arisa dialu-alukan.