DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Khamis, 20 Ogos 2009

BAB 4

Pintu bilik berkayu jati diketuk perlahan dan dikuak apabila tiada jawapan dari penghuninya, dilihatnya ada sesusuk tubuh sedang berteleku di atas kerusi di beranda, dari apa yang dilihatnya, hanya jasad saja di bumu, namun fikiran wanita itu sudah melayang jauh.

“Assalamualaikum ibu,”

“Waalaikumussalam, Fik tak pergi kerja lagi ke?”

“Awal lagi bu, jom lah kita makan sekali, Kak Su pun ada sekali, Mak Kiah buat roti jala, favourite ibu kan, jomlah ibu,”

“Ye lah jom kita makan sekali, Atiqa dah bangun belum? Ajak dia makan sekali,”

“Atiqa tak bangun lagi ibu, dia suruh kita makan dulu tak payah tunggu dia,”

Di meja makan, kelihatan Suhana sudah duduk menanti mereka tiba sambil membaca akhbar, sebaik mereka menghampiri meja makan dilipatnya akhbar tadi dan tersenyum menyambut kehadiran mereka.

“Ibu, Fik jemput makan,”

“Su nak pergi kerja ke?”tanya Puan Maznah apabila melihat menantunya itu memakai tudung yang dipin kemas.

“Tak lah hari ni Su nak pergi check up ibu, lepas tu nak singgah restoran kejap, nak tengok budak-budak tu buat kerja,”terang Suhana sambil mencedok kari ayam ke dalam mangkuk yang disediakan.

“Su nak pergi seorang ke?”Puan Maznah kelihatan cemas, menantunya itu sarat sangat dikhuatiri berlaku apa-apa yang tak diingini.

“Taklah Su nak ajak Ana sekali, dia cuti hari ni,”

Puan Maznah memandang sayu ke arah menantunya, kalaulah Mirul masih ada mesti Suhana ditemani suaminya bukannya orang lain, tak dapat dibayangkan apalah nasib cucunya nanti yang tidak berbapa.

“Ibu, nanti Fik ingat nak cari orang gaji baru lah, boleh tolong Mak Kiah, kesian sangat Fik tengok Mak Kiah ke hulur ke hilir buat kerja padahal Mak Kiah bukannya sihat sangat,”

“Betul tu Fik, cari yang muda sikit, boleh dia tolong tenggokan ibu dengan Atiqa bila kita tak ada kat rumah, untung-untung boleh jadi nanny anak Kak Su, tak payah hantar nursery,”ujar Suhana sambil berseloroh.

“Ikut suka Fik lah, ibu tak kisah sangat, ada jugak orang nak temankan Mak Kiah kamu tu,”

“Fik dah lambatlah, Fik pergi dulu ye,”disalami tangan ibunya lalu dia melangkah masuk ke dalam Proton Waja yang tersedia di garaj.

“Ana datang sini ke Su yang ambik dia?”

“Dia datang ambik Su, tak pernahnya dia nak bagi Su drive kalau keluar dengan dia ibu,”

“Tak apalah kalau macam itu,”

**************

“Adik! jom kita keluar jogging dekat tasik, dah lama rasanya tak pergi jogging,”

“Tak nak lah, nanti bukan kita jogging tapi lari pecut elak reporter, baik adik duduk rumah tengok tv lagi best,”

“A’ah ek, akak lupa lah, dalam rumah kita ni ada selebriti,” semenjak persembahan yang dilakukan oleh adiknya itu dan menjadi tajuk utama akhbar Zürich Daily adiknya sering menjadi perbualan dan dikejar wartawan, mana tidaknya persembahan itu mencatat rekod dalam sejarah apabila pertama kali membuat persembahan dengan diiringi orkestra di gelanggang.

“Cakap dekat adik, kakak pun sama lah, dari semalam editor majalah Clasic Life asyik telefon minta nak buat temubual dengan kakak, ye lah, orang tu dapat tawaran masuk CONSERVATORY dekat France ditaja sepenuhnya oleh the famous Charles Flick, former concert master of France Philharmony Orchestra,”Aisyah menjuihkan mulutnya.

“Sebut pasal France, tadi auntie telefon, esok dia singgah Zürich sebelum balik Australia lusa nanti, daddy pun balik esok juga,”

“Mula lah tu nak tukar topik, tapi best jugak kita buat BBQ nak tak, kita ajak Uncle Razali sekali, adik pun ingat nak ajak Tawako sama,”

“Ok set, jangan lupa ajak Miss Ivy, maybe Alex and Tina want to join us, I better call them, oh ya, adik sediakan barang-barang and call Uncle Razali sekali,”

“Kenapa adik yang kena buat, akak la, nanti daddy komen tak sedap, AKAK!”jerit Aisyah lantang apabila dilihatnya Aleya melarikan diri daripadanya. ‘Uih lesap dah, apa punya kakak la, he.he.he nak suruh aku buat ek, karang ada yang makan pizza segera dengan potato chips, hisy, lantak la, baik aku call Tawako dulu mana tahu dia boleh tolong’

Suasana rumah yang didiami mereka riuh apabila masing-masing sibuk membakar BBQ sambil berborak-borak ‘masing-masing? Tak lah daddy ngan Uncle Razali yang bakar, orang lain tolong je, Auntie Salmah isteri Uncle Razali tengah hidangkan air dibantu oleh pembantu tak bertauliah Miss Ivy and Auntie Ashley, anak-anak dara buat lagi banyak kerja, tolong tengok! penat tau bukan senang nak buat’

Lepas semua dah siap dibakar semua makan bersama-sama sambil bersembang, kadang-kadang terdengar bunyi ketawa yang kuat apabila sesuatu yang lucu diperkatakan. Aleya diam saja sambil makan ayam dalam pinggannya, ‘Daddy dengan uncle ni pantang jumpa la, banyak ja cerita diorang, harap-harap nanti tak ada aduan pasal menganggu ketenteraman awam dah la, tengok tu kuatnya daddy gelak, huh cover la sikit daddy ni’

“Senyap je Leya apasal, tak ada idea nak sembang ke?”teguran Auntie Salmah mengembalikan dirinya ke alam nyata, ‘Eh, apasal semua orang tengok aku ni, Auntie Ash ngan Miss Ivy pun sama macam la diorang paham orang cakap melayu, Leya apa kau merepek ni Auntie Ash ngan Miss Ivy kan belajar sekali dengan daddy of course la paham orang cakap melayu, nak cakap ja susah sikit macam orang sengau, Astagfirullahalazim sempat lagi kutuk orang pahala dah banyak ker?’

“Nak buat macam mana semua ada partner Leya ja yang sorang-sorang nanti kalau Leya cakap sorang-sorang nanti ada pulak orang cakap sewel,” sekali lagi kedengaran gelak tawa yang kuat meletus sebaik saja dia menghabiskan butir bicaranya, Aleya mengetapkan bibirnya geram ‘dah la Alex ngan Tina ada date malam ni kalau tak mesti ada kawan, adik kalau dah jumpa Tawako kakak dia sendiri pun dia lupa’

“Patut lah diam dari tadi, uncle ingat dah berangan sampai Marikh, tak ada idea atau Leya tengah ingatkan pakwe kot?”usik Uncle Razali saja nak menokok tambah.

“Pakwe, ye lah tu Uncle, macam mana Leya nak ingat dekat pakwe kalau orang dah ada depan mata,” dikenyitkan matanya pada Uncle Razali, sekali lagi tawa bergema, ‘nak kenakan orang pulak uncle ni, kan dah kena smash balik’

“Pandai je kamu nak kenakan uncle balik, ni sapa yang perap ayam ni, Aisyah yang buat ke? Sedap dah tiga kali uncle tambah,”

“Apa pulak Aisyah, kakak yang buat, kalau Aisyah yang buat perap dengan sos cili dengan kicap je uncle, tak pun order pizza,takkan uncle tak tahu orang paling terror bab memasak ni kakak dengan daddy je, makan dengan komen part Aisyah la,”terang Aisyah

“Well, no wonder you gain weight lately,” Aisyah hanya tersengih pada jurulatihnya, ‘Miss Ivy ni nak dengar dia cakap susah tapi sekali cakap menusuk ke ulu hati pedih’

“Don’t blame me, it’s all her fault, she make wonderful delight each time and I can’t hardly resist it,”

“Amboi pandainya cakap, adik yang tak pandai kawal diri sampai akak buat bubur ayam masa Alex demam hari tu pun adik tumpang sekaki dah la makan lebih dari orang yang sakit,”maka bermula lah perang mulut di antara kedua-dua mereka sehinggalah deheman keras Syukri membuat kedua-duanya menutup mulut dan menundukkan kepala masing-masing macam tunggu dibicarakan.

“Dah habis ke nak sambung sampai pagi esok,” perli Syukri.

“Well, I’ve got to go now, Ashley will stay at my house aren’t you?”

“I am, so girl see you later?”

“Bye auntie, we’ll be at the airport tomorrow,”

Selepas Miss Ivy dengan Auntie Ash balik, Tawako pun meminta diri untuk pulang sambil ditemani Auntie Salmah, Uncle Razali masih di halaman dengan daddy, Aleya dengan Aisyah mengemas pinggan dan cawan yang telah digunakan dan diletakkan dalam sinki, ‘besok je la basuh, mata ni dah macam ada Super Glue melekat tak boleh nak buka dah.’

“Sampai bila kau nak merantau ni Syukri dah dekat 20 tahun kau tinggalkan Malaysia, kau tak teringin nak balik ke?”

“Tak tahu lah Raz, aku tak sanggup nak balik, fikiran aku masih terbayang kenangan dengan arwah Shahida,”

“Dah dekat 20 tahun dah Ida tinggalkan kita, sepatutnya kau dah dapat atasi benda ni dah,”

“Macam mana aku nak lupa Raz, adik yang aku sayang diperlakukan dengan kejam oleh orang lain, aku sendiri tak sanggup nak marah dia, tapi orang lain senang-senang lukakan hati dia sampai dia meninggal, aku tak dapat terima tu, dia satu-satunya adik aku,”

“Kalau kau tak nak balik, tapi fikirkan budak-budak tu, diorang kena tahu siapa ibu dan ayah mereka,bukannya sampai sekarang diorang tak tahu apa-apa pasal ibu yng melahirkan mereka, Aleya dan Aisyah masih ada tanggungjawab terhadap Shahida, sekurang-kurangnya mereka patut tahu di mana pusara ibu kandung mereka,”

“Sebab tu aku pening sekarang Raz, Hanum kawan Ida ada hantar surat dekat aku, dia nak budak-budak tu balik uruskan syarikat Ida dekat sana, dia tak mampu tanggung lagi, pengurusan bukan kepakarannya,”

“Habis tu kau pergi la balik bawa Aleya dengan Aisyah sekali biar diorang kenal dengan tanah air dirorang dan biar diorang tahu sejarah silam diorang,”

“Nantilah aku fikirkan, dah la dah lewat ni,”

“Aku balik dululah, fikir apa yang aku cakapkan tadi,”
Saat Syukri menghantar Razali pulang, kedua-dua mereka tidak menyedari yang ada seseorang mendengar butir bicara mereka dengan air mata yang mengalir laju dipipinya.

0 pendapat dari anda:

Catat Ulasan