DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Khamis, 20 Ogos 2009

BAB 9


Sedar tak sedar sudah sebulan lebih Aleya menjadi penghuni rumah ni, macam-macam benda yang dipelajarinya di sini. Hari pertama saja dah pelik bila tengok ikan yang sedang disiang Mak Kiah.

“Ikan apa ni Mak Kiah?” ‘Pelik tengok ikan tu kecik je, selama ni ikan yang aku tengok semuanya besar-besar’

“Ikan kembung,”dahi Mak Kiah berkerut melihat anak gadis dihadapannya, pelik tak pernah masuk ke dapur ke budak ni?

“Oooo, apasal orang panggil ikan kembung? Tak nampak kembung pun?” ‘dalam kepalanya membayangkan belon besar, benda apa lagi yang kembung?’

“Entahlah Mak Kiah pun tak tahu, dari dulu lagi orang panggil ikan kembung, Mak Kiah pun ikutlah,”tidak lama kemudian terdengar tawa kecil dari pintu dapur, kedua-dua insan yang berada di dapur berpaling dan kelihatan Suhana berdiri di hadapan mereka.

Dari tadi Suhana memerhatikan gelagat Aleya di dapur, hatinya sedikit pelik melihat gadis itu, tadi semasa dalam kereta pun semua benda ditanyanya, telatah gadis itu bagaikan anak kecil yang baru kenal dunia ataupun seperti rusa masuk ke kampung saja tingkahnya.

“Maaf Mak Kiah, saya bukannya gelakkan Mak Kiah, Cuma saya dah tak tahan tengok Aleya ni,”

“Kenapa dengan Aleya Kak Su?”pelik sangat ke?

“Tak adalah, marilah duduk dekat sini,”ditariknya kerusi di dapur dan melabuhkan punggungnya dan diikuti Aleya yang duduk dihadapannya.

“Kak Su nak tanya sikit pasal Aleya,”

“Nak tanya pasal apa?”

“Semuanya, Aleya asal mana? Aleya nak cari apa dekat sini?” asal-usul gadis ini menarik perhatian Suhana semenjak semalam lagi, dari lagak Aleya, dapat dirasakan gadis ini baru tiba di Malaysia, pakaiannya menggambarkan dia orang yang agak berada, semua persoalan ini ingin sangat diketahui jawapannya.

Agak lama Aleya terdiam, matanya memandang Kak Su dan Mak Kiah silih berganti, dia tahu Suhana mesti hendak tahu asal-usulnya memandangkan dia akan tinggal dirumah ini. Otaknya memikirkan kewajarannya hendak menceritakan kepada Suhana sebelum dia menghela nafas kecil dan tersenyum ke arah Suhana.

“Baiklah Kak Su, macam yang Kak Su tahu, nama penuh Aleya, Zulaikha Aleya, dan Aleya memang bukan orang sini, Aleya asal Zurich,Switzerland,”Aleya menceritakan kesemuanya kepada Suhana dengan Mak Kiah yang memasang telinga mendengar kisah hidupnya.

Suhana menghela nafas sejenak, dia agak kagum dengan gadis dihadapannya ini, dalam usia baru mencecah 20 tahun, dia sanggup melakukan perkara sebegini semata-mata hendak mengetahui mengenai ibu dan ayahnya yang tidak pernah diketahui kewujudannya sebelum ini.

“Aleya tahu, keputusan yang Aleya ambil ni mendadak sangat, tapi Aleya nak sangat tahu pasal ayah dan ibu, baru-baru Aleya tahu ibu dah meninggal itupun dari perbualan daddy dengan Uncle Razali, Aleya nak kenal siapa sebenarnya ibu dan ayah Aleya, sebelum ni pernah Aleya tanya daddy tapi setiap kali Aleya tanya mesti daddy akan diam dan muram, Aleya tak berani nak tanya lagi lepas tu, sebab Aleya tak sanggup tengok daddy sedih.” Aleya mengesat air mata di tubir matanya, sedih bila bercerita perihal keluarganya.

“Kak Su tak tahu nak cakap apa dekat Aleya, memang kalau nak ikutkan Kak Su boleh cakap ini kerja gila, tapi Kak Su faham perasaan Aleya, memang selagi tali persoalan belum terungkai kita akan terus mencari jawapannya betul tak?”

“Aleya ada permintaan nak buat dekat Kak Su dengan Mak Kiah, kalau boleh rahsiakan semua ni dulu boleh tak, biarlah semua orang tak tahu yang Aleya asal dari mana, Aleya tak nak kecoh boleh tak?” dipandang muka kedua-dua wanita itu dengan pandangan penuh harapan.

*************

Tepukan di lengannya mematikan lamunannya, bila otaknya mula bertindak pantas kelibat Mak Kiah terbias di depan matanya.

“Ya Allah, budak ni berbuih mulut Mak Kiah cakap, kau boleh berangan, hisy sudah-sudah la tu, petua orang dulu-dulu anak dara tak elok berangan selalu, nanti lambat kahwin,”satu statement yang keluar dari mulut Mak Kiah membuatkan dahinya berkerut, sejak sampai sini macam-macam petua yang dia dengar, sebelum ni mana pernah dia dengar semua ni.

“Ada apa Mak Kiah?”

“Mak Kiah suruh kamu ambik serai dekat belakang rumah tu, cepat sikit, jangan tersilap ambil lalang lagi ye!”laung Mak Kiah apabila aku berada di belakang rumah, main perli-perli pulak Mak Kiah ni, tahulah hari tu aku bawa masuk lalang masa dia minta serai, mengucap panjang orang tua tu.

“Nah Mak Kiah,”hulurnya namun dahinya sekali lagi berkerut apabila Mak Kiah mengurut dadanya perlahan tanda dia terkejut.

“Budak ni kalau sehari tak terperanjatkan Mak Kiah tak boleh ke? Hai nasib baik Mak Kih tak ada lemah jantung, dah-dah pergi naik atas tanya Atiqa dia nak makan tengah hari tak, kalau dia nak Mak Kiah nak buat asing tomyam ni,”

“Yelah,yelah, Aleya minta maaf ek Mak Kiah,”ucapnya sambil berlalu dari dapur.

Mak Kiah hanya tergeleng-geleng melihat telatah Aleya, kerjanya menjadi berkurangan dan mudah semenjak kehadiran Aleya ke rumah itu, malah dia ada teman bicara bagi menghilangkan perasaan sunyinya.

***********

Kakinya melangkah menaiki tangga untuk menuju ke bilik Atiqa, setibanya dihadapan pintu teruk diketuk dan dibukanya.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam, Kak Zu ke? Ada apa Kak Zu?”dalam rumah ni hanya Atiqa memanggilnya dengan nama itu, sedikit pelik pada awalnya namun katanya, biarlah Iqa sorang je yang boleh panggil nama Kak Zu, apa-apa jelah.

“Mak Kiah tanya Iqa nak makan tengah hari tak? Kalau nak dia nak asingkan tomyam,”

“Mak Kiah masak tomyam ke, nak-nak Iqa nak makan,”wajah Atiqa kelihatan ceria.

“Dengar je tomyam berseri-seri muka, nanti Kak Zu bagitau Mak Kiah,”dia sudah hendak berpaling namun kedengaran namanya dipanggil Atiqa.

“Kak Zu, kejap lagi boleh tak Kak Zu naik kejap, Iqa nak minta Kak Zu bacakan emel Iqa, boleh ye?”

“No problem, kejap lagi Kak Zu naik balik, nak bagitau Mak Kiah jap,”langkahnya diatur ke bawah, pertama kali bertemu Atiqa dia merasa sangat simpati dengan nasib gadis itu, akibat kemalangan yang mengorbankan nyawa abang sulung dan ayahnya, gadis itu kehilangan penglihatannya akibat kepala yang terantuk kuat ketika kemalangan terbabit.

Semua penghuni dalam rumah itu amat mesra dengannya, mulanya dia ingatkan Puan Maznah seorang yang sombong namun setelah lama-kelamaan dia merasakan yang Puan Maznah seorang yang mudah didekati, malah Puan Maznah pernah memintanya memanggil dengan gelaran ibu, namun dia agak keberatan.

**********

Pada waktu malam,

“Nah ambil ni lepas tu bagi dekat Fik, dia ada dekat bilik kerja dia,”ujar Mak Kiah sambil menghulurkan secawan Nescafe ke tangannya terus dia membulatkan matanya mendengarkan arahan itu.Mana tidaknya dalam semua orang dalam rumah ni, yang itu sajalah yang dirasakan macam dia ini tidak diperlukan, dari hari pertama Fikri dingin dengannya bercakap pun tidak pernah tapi dia perasan jelingan lelaki itu cukup tajam mampu membuatkan dirinya merasakan seram sejuk.

“Huh tak mahulah, takut, Mak Kiah saja yang bagi dekat dia,”

“Nak takut apanya,setahu Mak Kiah Fikri tak makan orang dah cepat pergi, Aleya nak Mak Kiah yang tengah sakit lutut ni panjat tangga ke?” adus macam mana boleh lupa yang Mak Kiah ni tak boleh nak panjat tangga sebab sakit lutut.Dengan wajah yang sedikit kelat dia mencapai cawan itu.

Setibanya dihadapan pintu bilik kerja Fikri, tangannya mula terasa menggigil, kejap diangkat kejap dijatuhkan, tak pernah dia rasa nervous sampai macam ni, fuh minta nyawa, minta nyawa.Lantas diketuk pintu perlahan, dan apabila mendengar suara menyuruh masuk dia membuka pintu itu perlahan. Fikri yang berada di situ mendongak apabila dia masuk ke bilik itu.

“Emm, Mak..Ki..ah suruh ba..ba..gi ni,”tergagap dia bersuara, pandangan tajam Fikri tidak mampu ditentangnya, seram sejuk tubuh dibuatnya.

“Letak dekat situ,”lepas je dia meletakkan Nescafe di atas meja terus kakinya melangkah pantas untuk keluar, dia perasan setiap langkahnya masih menjadi perhatian. Sebaik tiba di bawah dia menghembuskan nafas kelegaan.

‘Rasa macam baru keluar mulut harimau je.’gumamnya perlahan sambil melangkah ke dapur namun apabila melintasi ruang tamu, dia berpaling lalu keluar ke halaman rumah sambil matanya memandang bulan penuh didada langit. Spontan dia memegang loketnya sambil berbisik perlahan.

“Daddy, adik, I miss you very much”matanya berkaca apabila mengingati Syukri dan Aisyah tanpa menyedari gelagatnya diperhatikan seseorang.



2 pendapat dari anda:

comei berkata...

hurm...
cian kat Aleya...dah la jauh dr family
duk kat umah ni jd pembantu je huhuhu

Tanpa Nama berkata...

huhu...best citer ni...smbung la cepat writer...x sbr nk tggu n3 pas ni...

Catat Ulasan