DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Jumaat, 27 November 2009

BAB 14



‘Trick or treat’ teriakan beberapa kanak-kanak di rumah jiran sebelah mengejutkan Aisyah dari lenanya dipandang jam di dinding pukul 8 malam, hari ni Halloween Day patutlah ceria semacam keadaan di kawasan tempat tinggalnya.

Dengan lemah dia bangun dari katil lalu menyarung baju luarnya dan berjalan menuruni tangga menuju ke dapur, hari itu hanya dia seorang yang berada di rumah itu, ayahnya seperti biasa berada di Geneva.

Bunyi telefon yang berdering meleraikan lamunan yang baru hendak bertapak di mindanya, lantas diangkatnya.

“Hallo”

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam, wer ist das(siapa ni),”

“Adik,”ucap pemanggil itu perlahan, Aisyah dengan pantas dapat menangkap siapa yang berada di talian.

“Kakak!”jeritnya lantang,namun Aleya hanya tertawa halus mendengarnya, telefon turut dijarakkan dari telinganya hampir pekak dia dibuat Aisyah.

“Sie haben noch den gleichen(masih macam dulu jugak), boleh tak kurangkan volume, telinga akak dah nak pekak ni,”rungutnya

“Akak ada dekat mana? Kenapa hilangkan diri tiba-tiba? Kenapa tak telefon adik? Akak okey ke?”bertubi-tubi soalan macam machine gun memuntahkan peluruya, sekali lagi Aleya ketawa sambil menggelengkan kepalanya.

“Sie sollten ein Reporter meine liebe Schwester(Adik patut jadi wartawan la), tanya soalan macam machine gun, satu-satulah,”Aisyah memuncungkan mulutnya geram dengan Aleya, ‘kita dekat sini risaukan dia, dia boleh telefon macam dia tengah bercuti, apasal la aku dapat kakak macam ni?’

“Tu mesti dah muncung itik, Akak okey dekat sini, tapi buat masa sekarang akak tak nak cakap pasal akak, adik yang perlu dibincangkan di sini, How’s Oberstdorf?”

“Like aways, I won,”

“I knew that your skill is superb but your expression doesn’t like always, why”

“You also notice that,how did you..”

“My dear sister do you think that I will forgot everything? Eventhough I’m not there but I know what happen arround you,”

“So you watch the tournament, didn’t you, and you ask me why I’m changing, you should ask yourself,”Aleya hanya mengeluh, tiada jawapan yang dapat diberikan kepada Aisyah.

“I’m sorry,”

“Akak balik la, adik rindukan akak, daddy pun sama jugak,”tangisan mula kedengaran dari hujung ganggang telefon, Aleya hanya tergamam mendengarnya, dia tahu dia amat mementingkan diri, namun azamnya yang tebal untuk mencai ayah kandungnya semakin tebal, tangisan Aisyah bagaikan tiada penghujungnya, perlahan dia meletakkan telefon di atas meja dan mencapai violinnya dan dimainkan irama yang amat diminatinya Violin Sonata No 5 ‘Spring’.

Telefon kembali dilekapkan ke telinganya, masing-masing hanya membisu, sisa tangisan Aisyah masih kedengaran, Aleya mengeluh panjang.

“Don’t cry will you, I’m fine here, akak cuma tak boleh nak balik dalam masa terdekat ni, I’m sorry,”

“Where are you? Why can’t you came back?”pujukan Aisyah memang amat memilukan hatinya, dipejamkan matanya seketika dan menghela nafas panjang.

“Zaidatul Aisyah listen here, akak akan balik tapi bukan masa terdekat, ada sesuatu yang akak kena buat, please understand me,”

“But sis, you also know that I can’t bear to be distance from you for a long time,”

“I know, adik percaya kan akak tak?”

“I’m never stop believing you,”

“So than understand me will you, akak kena pergi sekarang nanti bila-bila akak akan hubungi adik lagi, but on one condition,”

“What?”

“Don’t tell daddy that I’ve contact you promise,”

“Emm,”

“Promise me!”

“Yes, I promise.”

Telefon yang terletak di atas meja dipandangnya lama perlahan-lahan dia menghembuskan nafas panjang, sedikit resah dengan panggilan yang dibuat itu, rasa menyesal turut timbul apabila mendengarkan tangisan Aisyah, namun dia sudah berada di sini, alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, apa yang dimulakan mesti dihabiskan jua.

“Kak Zu,”

“Iqa, kenapa?”

“Tak tadi Iqa duduk di dapur tapi ibu suruh keluar dia cakap nak sembang dengan Mak Kiah, budak-budak tak boleh dengar,”wajahnya sedikit masam, Aleya hanya tertawa kecil mendengarnya, ‘apalah yang Mak Kiah dengan puan nak cakap agaknya?’detik hatinya.

“Kak Zu?”

“Hah apa dia?”

“Kak Zu tak dengar apa yang Iqa cakap ke?”wajah yang sedia masam menjadi seperti cemberut lagaknya, tawa Aleya makin kuat melihatkan itu, sedikit sebanyak Atiqa mengingatkan dia kepada Aisyah.

“Oklah, Kak Zu dengar ni, Iqa nak cakap apa?”

“Iqa nak dengar Kak Zu main violin macam haritu,”

“Yang mana satu? Kan banyak lagu yang Kak Zu main?”

“Ala yang selalu Kak Zu mainkan tu, apa tajuk dia Conan?”Aleya tertawa mendengarnya.

“Bukan Conan la sayang, Canon,”

“Lebih kurang sama je bunyinya,”Aleya hanya menggelengkan kepalanya, sekali lagi dia meletakkan violin kesayangannya di antara dagu dan bahu dan digeseknya mengikut rentak yang telah tersusun di dalam mindanya.

“Arghh,”jeritan itu membuatkan Aleya berhenti main dan dia meluru ke arah ruang tamu, kelihatan Suhana terbaring di atas lantai sambil memegang perutnya.

“Kak Su!”

“Su, apasal ni,”Puan Maznah yang menyertai mereka turut cemas melihat keadaan Suhana itu.

“Kiah telefon Fikri suruh dia balik sekarang,”jeritnya lagi.

“Baik puan,”

“Akak sabar kak, tarik nafas perlahan-lahan,”

“Fik tutup telefon, puan,”

“Habis tu nak buat macam mana ni, siapa nak bawa kereta?”

“Biar Leya yang bawak, sekarang kita bawa Kak Su naik kereta dulu,”

Perlahan-lahan mereka memapah Suhana masuk ke dalam kereta, Aleya berlari masuk ke dalam rumah kembali untuk mengambil beg pakaian yang telah awal-awal disediakan oleh Suhana, kemudian dengan ucapan Bismillah dia memecut kereta Suhana ke arah hospital.

“Ibu, sakit ibu,”

“Su sabar ye, tarik nafas hembus nafas, Insyaallah semua selamat,”

************

Suasana yang tegang tadi beransur lega, kelahiran bayi lelaki menjadi penenang kepada semua, Aleya hanya memandang Fikri yang mengazankan Muhd Fauzuan Arifuddin, hadirnya tanpa ayah amat memilukan semua yang ada, Aleya hanya termenung mengingatkan itu, agaknya begitulah keadaan ibunya ketika melahirkan dia dan adiknya tanpa suami di sisi, malah mungkin hanya keseorangan menahan kesakitan bagi membolehkan mereka menjengah dunia.

“Terima kasih nak,”

Suhana hanya mampu tesenyum kecil, si kecil yang berada dalam pelukannya dipandang puas, mukanya sama seperti ayahnya, matanya, hidungnya semua seperti arwah, air matanya mengalir lagi, sedikit kesal kerana suaminya tidak sempat melihat cahaya mata yang sangat diidamkannya, air matanya dikesat lagi, perlahan dikucup pipi anaknya bertubi-tubi.

“Tahniah Kak Su,”ucap Aleya perlahan.

“Terima kasih Aleya, kalaulah Leya tak ada mesti kami tak ada dekat sini,”

“Ish kenapa Kak Su cakap macam tu, itu dah tanggungjawab saya Kak Su,” serentak dengan itu pintu ditolak dan beberapa kenalan Kak Su memasuki bilik itu.

Memandangkan dia tidak diperlukan Aleya perlahan melangkah keluar dari bilik itu, kakinya terhenti di hadapan nursery yang menempatkan bayi-bayi yang baru lahir, dia tersenyum sendiri melihatnya, comel sangat.

“Hah tengok apa tu?”

“Tengok tv kenapa?”Fikri hanya tertawa mendengar jawapan itu, kepalanya turut digelengkan namun ketawanya terhenti apabila jemari Aleya menutup mulutnya mengelakkan tawanya semakin kuat.

“Shush, ini hospital bukan program Raja Lawak,yang awak gelak kuat-kuat apasal? Tak pasal-pasal karang nurse kejar, baru padan muka,”bebel Aleya geram, namun hanya sementara apabila menyedari kelakuan refleksnya pantas tangannya diturunkan namun pantas digenggam Fikri, cuba ditarik, gagal.

3 pendapat dari anda:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli berkata...

teruskan menulis.. saudari arisa mempunyai bakat yang hebat.. =)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Tanpa Nama berkata...

bez r cte ni..
x sabar nk tgu next n3..
tp kalo bley, cpt ckit ye cik writer..

sinichies_girl88 berkata...

makin menarik hhhehe.
ermm best..best...
teruskan usaha...
sambung2..
:)

Catat Ulasan