DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Khamis, 20 Ogos 2009

BAB 2


“Daddy!”panggilan itu mengembalikan akal fikiran Syukri yang menerawang jauh dan menyedarkan dia.

“wieso(kenapa)?”matanya menjamah wajah dua anak gadis sedang tersenyum atau lebih tepat lagi sedang tersengih-sengih melihatnya.

“Tak ada apa-apa, daddy, adik yang panggil bukan kakak,”

“Apa pulak kakak yang suruh adik panggil daddy tadi, lepas tu nak salahkan orang pulak,”ujar Aisyah dengan mulut yang memuncung.

“Alamak daddy ada orang merajuk la, tapikan daddy sejak bila rumah kita ada itik, kakak tak tahu pun dekat Zürich ada orang bela itik?”Syukri ketawa mendengar butir bicara Aleya.

“Kakak!”bentak Aisyah, ‘apa punya kakak la ada pulak disamakan aku dengan itik, geramnyaaaaaaaa’

“Dah-dah asyik nak gaduh kerjanya, kenapa kamu panggil daddy tadi?”

“Esok daddy ambil cuti tak, daddy dah janji dengan kami daddy nak datang festival sekolah, kakak dengan adik ada pertunjukkan esok, kakak ada orchestra and orang muncung itik ni ada persembahan perseorangan,”ujar Aleya sambil ketawa kecil, ketawanya makin kuat apabila melihat Aisyah mengerutkan mukanya.

“Leya, dah berapa kali daddy cakap, jangan usik Aisyah,lagipun,” Syukri menggantungkan bicaranya apabila melihat riak kepuasan di muka Aisyah lalu menyambung kata.

“Daddy tak larat nak mop lantai kalau banjir kejap lagi,”Aleya ketawa mendengar bicara Syukri, Aisyah yang mula tersenyum memasamkan kembali mukanya. ‘Daddy ni sama saja dengan kakak tak habis-habis nak usik aku’ngomel Aisyah dalam hati.

“Dah la tu, asyik kenakan adik saja, daddy datang tak besok?”ujar Aisyah bagi menghentikan ketawa kakak dan Syukri yang semakin kuat ‘sampai berair mata gelakkan aku melampau la tu’

“Daddy dah ambik cuti kalau tak nanti rumah ni jadi rumah bisu pulak kalau daddy tak pergi festival tu,”

“Thanks daddy, I promise will give my best tomorrow, eh adik dah asah belum kasut adik, tadi kata nak buat nanti lupa pulak,”ujar Aleya apabila dia teringatkan hal itu.

“Alamak, adik lupa la, kakak lah tadi sibuk ajak adik sembang sampai adik lupa nak buat kerja adik, adik naik dulu ye daddy, nak asah kasut, matilah adik esok mesti Ms Ivy marah,”Aisyah kelam kabut naik ke biliknya, meninggalkan Syukri dan Aleya di bawah yang tergeleng-geleng melihatnya.

“Gute Nacht(selamat malam), daddy,love you,”ucap Aleya lalu mencium tangan Syukri lalu berlalu ke tingkat atas menuju ke biliknya.

“Gute Nacht,”ucap Syukri.Zulaikha Aleya dan Zaidatul Aisyah, anak-anak adiknya yang diletakkan di bawah jagaannya, selepas Shahida meninggal dunia, dia membawa kedua-dua mereka ke Switzerland dengan bantuan Hanum, janjinya kepada adik tunggalnya itu dipegang dan dilaksanakan mengikut kehendak adiknya itu.

Langit yang kelam diperhatikan sambil tangannya memegang semug susu ditangannya, kandungan surat yang diterimanya dari Malaysia agak meresahkan dirinya, Hanum meminta agar dia menghantar salah seorang dari anak-anak itu ke Malaysia bagi membantu Hanum di sana, apa yang patut dilakukan, mahukah anak-anaknya berpisah, bingung dia memikirkannya.

*****************



“Kakak, adik dah siap belum, mari sarapan cepat nanti lambat!”laung Syukri memanggil Aleya dan Aisyah yang masih bersiap di atas. Tidak lama kemudian kelihatan Aleya menuruni tangga dan diikuti Aisyah yang agak kelam-kabut sambil mulutnya tidak henti mengomel kepada kakaknya.

“Apasal kakak simbah air dekat adik, kejut elok-elok tak boleh ke? Sekarang dah masuk musim luruh la, sejuk tau,”

“Siapa yang suruh liat sangat nak bangun, penat tau kakak gerak adik, dah lah subuh gajah, lepas tu nak marah kakak pulak,”

“Adik tidur lambat malam semalam, asah skate,”

“Kenapa tak buat awal-awal, buat kerja tak ada perancangan, jadi macam tulah,”pergaduhan kecil itu berlanjutan hingga ke meja makan, Syukri menggelengkan kepalanya, satu hari tak gaduh tak sah, akhirnya dia berdehem dan suasana terus jadi senyap-sunyi.

Aleya dan Aisyah terus terdiam, tahu Syukri tidak gemar mereka bercakap di meja makan, tak elok katanya.

“Dah habis dah, sekarang boleh kita makan?”tanya Syukri, anak-anaknya hanya menganggukkan kepala, Aleya mencapai bijirin sarapan kegemarannya, manakala Aisyah mencapai buah epal yang sudah dipotong kecil, makanan rutin mereka.

Selesai sarapan Aleya dan Aisyah mencapai tangan Syukri lalu menuju ke arah pintu.

“Daddy jangan lupa tau, majlis mula pukul sebelas, sebelum tu ada perjumpaan waris dengan guru, so you must be there before nine,”ucap Aleya sambil memakai kasutnya, Aisyah menganggukkan kepalanya.

“I’ll be there, adik ada tertinggal apa-apa tak? Baju, kasut, air?”tanya Syukri.

“Semua dah ada, nanti jumpa daddy dekat sekolah, bye, Assalamualaikum,”ucap Aisyah sambil mencium tangan Syukri sebelum mencim pipinya dan diikuti Aleya.Setelah itu mereka berjalan menuju ke arah tempat perhentian bas di kawasan perumahan itu sambil berborak-borak.

“Kak, adik rasa takut la, tiba-tiba rasa nervous semacam,”

“Ha, jangan nak mula dekat sini, kan adik dah praktis , mesti boleh la,”

0 pendapat dari anda:

Catat Ulasan