DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Khamis, 20 Ogos 2009

PERJUANGANKU

“Atin, nanti bila kita besar, awak takkan lupakan saya kan?”

“Mestilah, kitakan kawan baik, saya akan sentiasa dengan awak, sampai bila-bila,”

“Awak janji ek dengan saya, apa-apa pun jadi kita tetap kawan, kawan masa susah dengan senang,”

“Saya janji Muni,”

“Kalau macam tu kita buat perjanjian ek,”Munirah menghulurkan tangan berjabat dengan Fatin, tangannya digenggam erat, lalu......

“Saya Munirah Iqlima Binti Yusuf Hadi,” “Saya Fatin Syakila Binti Abdul Rahman,”

“Berjanji akan berkawan sampai bila-bila sampai mati,”mereka mengoncangkan tangan masing-masing sebelum tertawa lalu berpelukan antara satu sama lain.

Mula dari dalam buaian,
sampai ke akhir nyawa,
biar apa kejadian,
kami tetap bersama,
FRIENDS FOREVER AND EVER.

**********

Munirah tersenyum kecil bila mengenangkan memori apabila dia berusia 10 tahun, gambar dia dan Fatin berpelukan di atas buaian di rumah atuk dan neneknya direnung lagi, senyuman yang terukir di wajahnya hilang apabila mengenangkan apa yang dihadapinya kini, diusap gambar Fatin penuh kasih, seolah-olah gambar itu bernyawa.

‘Maafkan saya, Atin, kita dah pernah berjanji akan kawan sampai bila-bila tapi, saya yang memungkirinya, maafkan saya’ tangisannya mula kedengaran dalam bilik yang kecil itu, bukan kehendaknya hendak memungkiri apa yang dijanjikan tapi apa dayanya, dia tidak mampu untuk menunaikannya, berita yang diterimanya hampir setahun yang lalu mengubah hidupnya keseluruhannya.

***********

“Munirah, maafkan saya bertanya hal-hal peribadi, sebelum ni awak pernah melakukan pemindahan darah atau melakukan hubungan seks dengan sesiapa tak?”terasa kering darahnya mendengar butir bicara Dr. Nurliyana.

“Kenapa doktor tanya macam tu, saya ada penyakit serius ke?”dia menanyakan soalan tanpa menjawab soalan yang diajukan. Diperhatikan muka serba-salah Dr. Liyana yang sekejap melihat kertas ditangannya.

“Sebenarnya Munirah, mengikut pemeriksaan yang dilakukan awak menghidap HIV positif,”dunianya terasa kelam dan kakinya ibarat tidak mencecah ke tanah, namun ditahan perasaannya.

“Doktor bergurau kan, hari ni April Fool ke?”suaranya amat perlahan dapat didengar ditelinganya sendiri, namun akal warasnya kembali bila melihat wajah tenang Dr Nurliyana.

“Saya minta maaf Munirah, benda begini bukan sesuatu yang boleh dibuat gurauan,”

“Tidak! kenapa saya, kenapa!!!!”raung Munirah kuat, Dr Nurliyana merapati Munirah lalu memeluk tubuh Munirah bagi menenangkan gadis itu, dia sendiri was-was apabila keputusan ujian diterima lalu diulangnya ujian tersebut tetapi hasilnya tetap sama.

**************

Munirah tersentak kecil apabila pintu ke biliknya dikuak oleh jururawat yang membawa ubat dan suntikan yang harus diterimanya bagi penahan sakit yang dialami. Virus maut yang amat digeruni oleh semua orang telah mula menunjukkan kesan ke atas tubuhnya.Tubuhnya semakin susut, sudah dicuba pelbagai kaedah yang diketahui melalui pembacaan dan pencarian maklumat namun tidak memberi kesan terhadap tubuhnya, sebutlah kaedah rawatan apa yang tak pernah dicubanya, tradisional, moden, perubatan cina? Semuanya hanya sia-sia belaka.

“Nurse, saya nak jumpa dengan Dr Nurliyana,”

“Maaf cik, Dr Nuliyana tak masuk kerja lagi, pukul 11 pagi nanti baru dia masuk kerja,”jawab jururawat itu lalu melangkah keluar dari bilik itu.Munirah melihat jam didinding, baru pukul 9.15 pagi.

************

“Tadi Salina bagitau awak ada hal nak cakap dengan saya, apa dia?”

“Saya nak keluar doktor,”

“Tapi awak masih dibawah pemerhatian, awak tak boleh keluar,”

“Saya mesti keluar doktor, hanya terbaring di atas katil tak membantu saya, saya nak selesaikan beberapa perkara penting doktor sebelum terlambat,”Nurliyana terdiam mendengar bicara Munirah itu.

“Baiklah, saya akan benarkan awak keluar tapi,”

“Tapi apa doktor?”

“Saya akan temankan awak, boleh saya awasi awak kalau jadi apa-apa dekat awak,”

“Baiklah,”Munirah mengukirkan senyuman, senang dengan keizinan yang diberikan Nurliyana.

************

“Muni!Kau pergi mana selama ni? kenapa kau tak telefon aku? Kau dah tak sayang dekat aku ke?”bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Fatin apabila dia bertemu Munirah di kafe berhampiran dengan pejabatnya pada waktu rehat tengah hari.

Munirah tersenyum lebar bila telinganya desapa dengan soalan bertalu-talu dari Fatin. ‘Isy, Fatin ni tak berubah langsung kalau cakap tu macam machine gun je’

“Yang kau tersengeh-sengeh ni kenapa? Jawablah, penat aku membebel tau,”Fatin sudah mengerutkan wajahnya, 2 bulan Munirah menhilangkan diri, membuatkan dia seperti kucing kehilangan anak layaknya, ‘dah la telepon tak angkat, pergi rumah tak ada orang, buat orang susah hati sajalah’

“Kau dah habis cakap, sekarang boleh aku cakap pula? Aku tak kemana-mana, aku ada kerja sikit nak diselesaikan, hal family aku,”

Fatin terdiam mendengarnya, dia faham masalah keluarga Munirah yang berantakan, tapi rasa tidak puas hatinya masih tak dapat dihilangkan.

“Apasal kau tak cakap dengan aku, paling tidak telefon aku, jangan menghilang macam tu saja,”

“Baiklah cik puan, saya menurut arahan,”kata Munirah sambil ketawa, namun ketawanya terhenti apabila Nurliyana meletakkan pinggan berisi buah-buahan dihadapannya. Fatin turut pelik melihat kehadiran Nurliyana disisi Munirah.

“Oh ya, kenalkan ini NurLiyana Najwa kawan aku, Liyana ini Fatin Syakila kawan baik saya,”

“Lliyana”

“Fatin”mereka berjabat tangan tanda perkenalan.

“Munirah awak tak boleh makan makanan berminyak jadi saya ambik buah-buahan untuk awak,”jelas NurLiyana Najwa.Munirah hanya tertawa mendengarnya,

“Liyana saya tahulah awak doktor tapi janganlah sampai terbawa-bawa sampai luar,”Munirah sudah mula tertawa.

Liyana hanya tertawa halus, memang kerjayanya sebagai seorang doktor membuatkan dia sentiasa peka dengan hal-hal berkaitan kesihatan.

“Doktor?”melihat kening Fatin Syakila yang bertaut memecahkan lagi ketawa Munirah.

“Tin, janganlah buat muka macam kucing nak beranak ja, lawak lah aku tengok,”

“Muni! muka aku yang cun-melecun ni kau kata macam kucing nak beranak, hampeh punya kawan,” muncungnya mula keluar, geram dengan kata-kata kawannya itu.

“Ala sayang bucuk-bucuk janganlah merajuk, aku melawak saja tadi,”

“Kau ni suka mainkan aku, hah kau free tak hari ni, aku nak ajak kau temankan aku beli barang,”

“Barang apa pulak, kau ni tak habis-habis shopping,”

“Aku nak beli barang untuk Ikhwan, kau kan tahu semua barang untuk majlis kitorang, dia yang sediakan, aku nak la bagi something untuk dia tapi meaningful,”

“Awak nak kahwin ke Fatin?”

“Eh sorry, lupa lak nak bagitau, Liyana, Fatin ni dah nak jadi isteri orang dah lagi dua minggu lagi majlis kahwin dia,”

“Ooooo, ye ke, tahniah,”

“Thanks, jemputlah datang masa kenduri nanti,”

“Ok, saya mesti pergi punya kalau saya tak ada hal lah,”

“Muni, temankan aku ek, aku dah tak tahu nak bagi apa dekat Ikhwan rasa macam bersalah pun ada gak sebab semua benda guna duit dia, aku nak keluar duit dia tak bagi langsung,”

“Yelah, yelah aku ikut kau datang dengan apa? Ikwan tahu tak kau datang sini?”

“Dia tahu, dia yang hantar aku tadi,”

“Jomlah kita gerak, nanti Liyana nak kena kerja,”

“Jom, eh sapa nak bawak kereta ni, kau ke Muni?”

“Tak, Liyana yang bawak, bukan aku tak tahu kau tu anti kalau aku bawak kereta,” Munirah memberi alasan, padahal dia memang tidak mampu nak membawa kereta, tubuhnya terasa lemah, sudah lama dia terperuk dalam hospital membuatkan fizikalnya terasa lemah.

“Tahu tak pa, bawak kereta nak lawan Michael Schumacker sapa yang tahan, berdesup macam pelesit,”berderai tawa Munirah mendengarnya langkah kaki diatur ke kereta terberhenti apabila Fatin menarik tangannya.

“Muni apasal aku tengok kau makin kurus? Muka pun nampak cengkung ja?”

Munirah meraba mukanya memang dia terasa lesu sedikit, kerlingan Liyana turut difahaminya, tanda dia perlu segera menyelesaikan urusannya segera.

“Tak ada apa-apalah aku letih sebab kerja banyak, dah lah jom pergi nanti lambat,”dalihnya. sambil menarik tangan Fatin mengikutnya.


***********

“Awak okey ke?” soal Liyana risau, tahu Munirah sebenarnya sedang menahan kesakitan, tapi mukanya dineutralkan sehingga tiada yang mampu membaca riak mukanya.

“Saya okey lagi, thanks sebab temankan saya and let me out from that room,”

“It’s nothing, tapi kita kena pulang cepat, takut nanti ada apa-apa jadi, dekat sini tak ada kemudahan lengkap macam dekat hospital,”

“Give me time until this evening, then I will be Yours,”

“Muni cantik tak yang ni,” seutas jam tangan dihulurkan ke muka Munirah memeranjatkannya, dibelek jam yang disua lantas kepalanya mengangguk.

“Superb, mesti Ikhwan suka, lagipun kalau kau bagi apa-apa pun dia mesti suka punya lah,”

“Mestilah, dah aku yang pilih,”

*****************

Kereta di berhentikan di kawasan perkarangan rumah Fatin Syakila.

“Muni jom turun dulu jumpa mak aku,”

“Sorry Fatin kami kena pergi dulu, Liyana nak masuk kerja jap lagi, takut lambat pulak,”

“Tak apalah kalau macam tu, aku naik dulu, Liyana nanti jangan lupa datang kenduri tau, Muni kau pun datang awal sikit, kau kena jadi pengapit aku, kalau tak datang siap lah kau,”ugut Fatin namun nada suaranya yang lucu membuatkan buah tawa Munirah pecah.

“Kau nak takutkan aku ke? Tak jadi la cik Fatin sayang, melucukan adalah,”

“Muni!”

“Dah lah tu aku pergi dulu,” tubuh Fatin dipeluknya erat bagai tidak mahu dilepaskan, matanya berkaca menandakan hatinya yang walang.

“Oklah bye,”

Fatin memerhatikan kereta yang semakin jauh dipandangan, hatinya rasa aneh, seolah-olah ucapan selamat tinggal menandakan Munirah akan terus pergi dari sisinya buat selama-lamanya.

*********

Pusat Perubatan Selayang kecoh, Munirah mengalami sesak nafas yang agak teruk selepas pulang ke hospital, Liyanalah yang paling sibuk menguruskan keadaan yang panik di Pusat Perubatan Selayang itu. Tubuh Munirah tidak boleh menerima kepenatan ynag melampau, antibodi badannya lemah.

“Li....ya...na, t.....olo......ng ba.....gi......su..r..a..t..ni...de....k...a..t Fa.....t.........in,”
serentak dengan itu tangannya terkulai layu.

“Nurse, emergency, hurry,” dilekapkan dua alat di dada Munirah dadanya berdetak, namun tiada respon ditinggikan kuasa namun masih tiada kesan.

“Doc, there is no respon,”mata Liyana melekap ke skrin yang memaparkan garis yang lurus lalu kepalanya digeleng lemah.

“TOD, 7.34pm,”ucapnya lemah, lalu melangkah keluar surat yang diletakkan dalm kocek kot diambil, teringat perbualan dia dengan Munirah.

***********

“Apa sebenarnya yang awak nak buat?”

“Saya pernah janji dengan kawan saya, my best friend yang kami akan sentiasa jadi kawan sampai akhir hayat kami, tapi semenjak saya tahu yang saya sakit saya janji yang saya takkan benarkan Fatin sedih sebab pemergian saya kalau boleh, saya nak dia sentiasa gembira bila dia dengan saya,”

************

Telah hampir sebulan majlis perkahwinannya selesai, namun kelibat Munirah masih tidak kelihatan, hatinya sangat risaukan Munirah, manalah agaknya Munirah menghilangkan diri. Suara orang memberi salam mengembalikan dia dari lamunan yang panjang.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam, Liyana jemputlah masuk, Awak datang seorang saja, mana Muni? Dah dekat sebulan lebih dia tak hubungi saya, dia okey ke?”soal Fatin bertubi-tubi namun hanya senyuman kelat yang menghiasi wajah Liyana, dihulurkan surat yang diamanahkan kepadanya.

Sahabatku Fatin,

Pada saat warkah tulisanku sampai ke tanganmu maknanya aku telah pergi meninggalkan dunia ini, sebenarnya aku menghidap HIV positive hasil pemberian ayah tiriku yang baik hati, bukan aku tidak mahu berkongsi khabarini denganmu namun, aku tahu saat kau tahu mengenai diriku, kau akan berkorban apa saja untuk diriku, namun aku tidak mahu itu terjadi, ingat tak dulu masa kita kecil, kita pernah janji akan bersama-sama sampai habis nyawa dikandung badan? Maafkan Aku sebab terpaksa memungkiri janji tersebut, penyakit ini amat digeruni oleh semua pihak, malah mungkin jika sesiapa tahu akan khabar ini, kau akan dicerca, itu yang mahu aku elakkan.

Maaf sekali lagi sebab menghilangkan diri tanpa sebab, cuma satu aku pinta janganlah ditangisi pemergianku ini, tidak tenang roh aku andai itu berlaku, andai ada masa sedekahkan al-Fatihah buat sahabatmu ini.

Mula dari dalam buaian,
sampai ke akhir nyawa,
biar apa kejadian,
kami tetap bersama,
FRIENDS FOREVER AND EVER

love,
munirah



****************

Kenangan lamanya mengundang duka di hati Fatin, sahabatnya pergi meninggalkan dunia akibat kekejaman yang berlaku ke atas dirinya.
Kini dia menubuhkan Rumah untuk Pesakit HIV, bagi membela nasib insan yang turut menjadi mangsa akibat virus kejam.

1 pendapat dari anda:

Tanpa Nama berkata...

baru je nak feeling dah habes

Catat Ulasan