DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Jumaat, 19 Februari 2010

BAB 17



Aleya hanya menekur pandangan ke luar jendela yang jelas kelihatan bintang yang bertaburan, teringat sekarang yang benua Eropah sedang mengalami musim luruh, selalunya dia bersama Aisyah dan Syukri akan sama-sama meluangkan satu malam untuk melihat keindahan bintang di Geneva.Ahh, Daddy adik, I miss you, luahnya tanpa sedar, setitis air mata mula mengalir di pipinya.

Fikri yang baru melangkah masuk ke dalam bilik terkedu melihatkan Aleya yang sudah tertidur di atas sofa, pipinya kelihatan basah, baru menangis agaknya, perlahan dia menghampiri sofa, lalu duduk bersimpuh menghadap wajah isteri yang baru dinikahinya itu, dielus perlahan rambut Aleya, hatinya tertanya-tanya siapa wanita yang dikahwininya ini? Perbualan telefon yang didengarinya semalam membuatkan dia makin tertanya-tanya mengenai isterinya itu.

Ketukan yang bertalu-talu di pintu menyedarkan dia dari lamunan, cepat-cepat dia melangkah sebelum ketukan itu mampu meruntuhkan pintu, namun sebaik saja dibuka terasa menyesal pula apabila melihat senyuman sungging sepupunya yang tersengih-sengih melihat dia.

“Hai Fik baru pukul 9 takkan dah kunci pintu kot, tak menyempat-nyempat sabar la sikit, takkan lari gunung dikejar,”sengih Kamal makin melebar apabila matanya menangkap suasana gelap dalam bilik sepupunya itu.

“Wah dah tutup lampu, gelojoh benarlah kau ni Fik,”suara-suara lain turut menyampuk menokok tambah apa yang dicakapkan Kamal.Fikri hanya mampu menggelengkan kepalanya, hendak dimarah tak boleh, didiam makin menjadi hemmmm...

“Dah-dah jom kita pergi sental periuk belanga kat belakang rumah, aku masuk bilik nak tukar pakai t-shirt nanti kalau pakai baju tadi kotor bukannya kau nak bayar pun,”ucapnya selamba, buat tak tahu senang je,,,

“Hah, kena cuci malam ni jugak ke? Ala menyesal aku datang,”sungut Kamal tak puas hati.

“Eh Mal kau lupa ke lusa kan kenduri rumah Haji Kassim, esok kena bagi periuk belanga tu kat rumah dia, so malam ni la nak kena basuh, lainlah kalau kau nak basuh pukul 4 pagi esok,”

“Ohhh ye ke? Lupa lah,banyak sangat kenduri sampai pening kepala aku,”

“Dah-dah jom.”

**********

Muka Aleya yang merah padam dipandangnya lagi, semenjak dari pagi merah saja muka isterinya itu, asyik diusik saja mana tak merah.


“Hah, Fikri cuti sampai bila?”pertanyaan dari nenek mematikan usikan yang makin bergema dalam rumah itu.

“Lusa nek, short notice mana nak tau kena ambil cuti banyak-banyak ingatkan nak kenduri Aqiqah Fauzuan je,”

“Hah kalau macam tu, petang ni kamu bawak Aleya pergi,pergi apa namanya entah Nemon,Doraemon eh bukan apa mon ntah?”

“Honeymoon ke Cik Yah?”

“Hah, Honeymoon apa orang kita panggil, hah ingat dah madu bulan,”bergema tawa dalam ruang dapur.

“Nek Yah bukan madu bulan lah, bulan madu,”tegur Kamal yang baru masuk ke ruang dapur.

“Yelah,yelah apa benda pun, bawak la Aleya gi jalan-jalan kesian dah la baru kahwin kamu dah nak kena masuk kerja,”

“Hah awak cakap apa?”Aleya pantas berpaling bila namanya diulang berkali-kali oleh Fikri.

Fikri hanya menggelengkan kepalanya, sah tengah berangan, beria-ria aku cakap dengan dia satu pun tak dengar.

“Awak?”tanyanya,

Aleya hanya mengerutkan dahinya aku ada buat salahkah, perlahan-lahan dia tersedar sesuatu yang pantas membuatkan pipinya merintik kemerahan.

“Sorry, abang,”ucapnya perlahan.

Fikri tersenyum lebar mendengar panggilan yang dituturkan Aleya, muka Aleya yang merah juga menambahkan kelebaran senyumannya.

“Dah jom kita makan,”

“Hah makan,”dipandang sekeliling, oh dah sampai RNR rupanya.

“Leya nak makan apa? Abang lapar sangat ni,”tanya Fikri lagi, dahlah pagi tadi macam kena halau je, tak patut betullah nenek ni, makan pun tak sempat.

“Apa-apa je, tak ki..”bicaranya terhenti apabila Fikri meraih tangannya ke dalam genggaman.

“Emm, nak makan nasi lemak ke roti canai?”tanyanya sambil mengurut dagunya, namun apabila tiada jawapan dari Aleya dia tersenyum lagi, nampak sangat mukanya merah.

“Abang,”panggilnya perlahan.

“kenapa?”

“Lepaslah tangan, malulah orang tengok,”

“ye ke orang tengok, cuba Leya angkat kepala tengok sekeliling, orang tak kisah pun apa kita buat, lagipun nak malu apa, kan dah kahwin,”

Aleya hanya mampu mendiamkan diri, lagi dijawap lagi pening dia mendengar alasan Fikri.

***********

“Leya bangun,”kejut Fikri lagi, mereka telah tiba ke destinasi yang dituju.

“Hmm, dah sampai ke?”terpisat-pisat Aleya membuka matanya, dipejam celik beberpa kali bagi menghilangkan kantuk, namun apabila menyedari keadaan Fikri yang rapat dengannya pantas dia menjauhkan diri.

“Jom keluar,”

Aleya hanya memerhatikan Fikri berurusan dengan receptionist di situ bagi mendapatkan bilik untuk mereka, tak lama kemudian Fikri bersama seorang bell boy ke kereta bagi mendapatkan bagasi milik mereka sebelum mereka ke bilik.


“Arghh, penatnya,”ucap Fikri sambil membaringkan dirinya di atas katil, sudahlah semalam dia tidur lambat, hari ni kena memandu jauh pula.

Aleya yang mendengar keluhan Fikri pantas berpaling dari beranda, kasihan melihat Fikri kepenatan, perlahan-lahan dia melangkah ke katil, duduk di tepi fikri yang membelakangkan dirinya, perlahan dilabuhkan tangan ke bahu Fikri dan diurut perlahan bahu suaminya.

“Eh apa Leya buat ni?”Fikri cuba memusingkan badannya namun dihalang oleh Aleya.

“Tak apa, pusinglah sana, biar Leya urutkan, abangkan letih,”ucapnya balik, dah terbiasa baginya mengurut belakang Syukri apabila pulang dari tempat kerjanya yang jauh.

“Pelik rasanya,”

“Apa yang pelik?” tangan Aleya masih lincah bergerak mengurut Fikri.

“Aleya dah tak malu-malu dengan abang, selalunya nak cakap pun susah,” bicaranya terhenti apabila tidak terasa lagi pergerakan tangan Aleya, dipalingkan badannya dan dia dihidangkan dengan muka Aleya yang merah padam, dia baru sedar ke apa yang dia buat?

‘Ya Allah apa yang aku buat ni, malunya,”matanya hanya memandang ke bawah tidak mahu bertentang mata dengan Fikri yang sudah bagun dari pembaringannya.

Fikri duduk menghadap Aleya yang sudah menundukkan kepalanya, dicapai tangan Aleya dan diciumnya, didongakkan kepala Aleya supaya menentang matanya.

“Thanks sayang sebab sudi jadi isteri abang,”ucapnya perlahan sebelum Aleya dibawa ke dalam pelukan.

3 pendapat dari anda:

epy elina berkata...

hohohoo...
akhirnya kawen jg mrk...
aku rsa izz 2 1 bapa ngn aleya...
best2x...

Hafia Hana berkata...

so sweet

+_*
sambung2

Tanpa Nama berkata...

salam arisa...
bgos2..bes crita nih..
penoh dgn kejutan...tu la yg bestkn crita ni.
apapon..tahniah n gud luck...
sambung cpt taw..hehee (>_<)

husna rahman

Catat Ulasan