DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Sabtu, 26 September 2009

BAB 11



“Now tell me why do you love music so much?”tanya Syukri apabila Aleya menyuarakan niatnya hendak menukar jurusan ke aliran muzik.

Senyuman terukir di bibir Aleya.

“Music is great daddy, dengan muzik Leya boleh lupakan semua masalah Leya, Leya rasa lebih enjoy and it makes me happy,sometime I think that no music no life for me,”ucapnya.

Syukri tergamam mendengar butir bicara Aleya ‘no music no life’ frasa yang sering disebut Shahida kini diulang oleh Aleya.

“Daddy, daddy,”Aleya mengoncangkan tangan Syukri apabila Syukri tidak memberi tindakbalas sebaliknya hanya merenung kosong ke mukanya.

Syukri sedikit terkejut, namun pantas dihilangkan riak wajah terkejut dari mukanya.

“Wieso?”pertanyaan itu mengukirkan senyuman nipis di wajah Syukri, muka Aleya yang berkerut sambil matanya disepetkan amat mirip dengan Shahida, persis sekali,imbauan zaman lalu datang tanpa diduga, namun pantas ditepis kenangan itu.

“Tak ada apa-apa, daddy tak halang Leya nak tukar jurusan, you know that, if that makes you happy I’m happy,”mata anak yang berusia 10 tahun itu bersinar girang apabila dia menyatakan persetujuannya.

“Thanks daddy, I love you,”serentak tubuh Syukri dipeluk erat dan dicium pipinya.

*********

“Leya, Kak Su ada berita untuk Leya,”

“Ada apa Kak Su,”

“Ingat tak Kak Su ada cakap nak tolong Leya cari ayah Leya, tadi Kak Su jumpa kawan Kak Su yang kerja dekat Jabatan Pendaftaran Negara, dia cakap dia boleh tolong,”

“Betul ke Kak Su? Tapi dia nak buat macam mana?”

“Macam ni, Leya kan lahir dekat Malaysia, tapi jadi penduduk tetap Switzerland kan? So kita boleh guna sijil lahir Leya track balik alamat rumah, and kalau nasib baik dapat track ayah Leya sekarang tinggal di mana,”

“Thanks Kak Su, Leya terhutang budi dengan Kak Su,”

“Tak ada apalah Leya, kita hidup mesti saling tolong menolong,”

Aleya memeluk tubuh Suhana dengan erat, khabar berita yang diterimanya amat menggembirakan hatinya, ayah, akhirnya dia dapat bertemu dengan ayah kandungnya.

************

“I’ve already mention it, if you want to know anything wait until the press conference,”suara lantang Miss Ivy kedengaran apabila sekumpulan wartawan mengerumuninya bagi mengetahui khabar mengenai Lacey Evans yang semakin melonjak namanya setelah membintangi iklan Swiss Watch, jenama jam tangan terkemuka di Switzerland.

Dengan campur tangan pengawal keselamatan, kumpulan wartawan itu bersurai, Aisyah yang berada di bilik persalinan hanyah mengeluh kecil, atas nasihat Khairul Arshad dia menyibukkan dirinya dengan mengambil tawaran iklan yang agak menarik bagi membuatkan dia melupakan kesedihannya.

“What a mess, Lacey you just got 1 preview and a bunch of reporters are already covering the door, I wonder what happen if you be an actress in film?”keluh Miss Ivy, Aisyah hanya tertawa kecil.

“Let them be, all the matter for me now is the championship, I need to catch up so many things, and I’ll work hard for that,”

“Okay now, lets get started, I want you to practice the simple move like the waltz jump and the triple Salchow, you got that,”

“Yes it fine with me,”

Kejohanan Nebelhorn Trophy 2009 yang akan diadakan di Oberstdorf, Germany menjadi rebutan semua peluncur kerana kejohanan yang bertaraf dunia itu melahirkan ramai peluncur yang hebat, Aisyah tidak mahu melepaskan peluang bagi menyertai kejohanan tersebut.

Tepat jam 10 malam latihannya tamat dan Aisyah berjalan kaki menuju ke rumahnya yang terletak berhampiran dengan gelanggang ais, ketika melintasi taman permainan pinggangnya terasa dirangkul lembut pantas dia menoleh dan wajah Khairul Arshad terbias di matanya.

“Abang, buat apa dekat sini?”

“Saja nak jemput Aisyah, rindu lah,”

“Mengada-ngada kan kita baru saja jumpa tadi,”muka Aisyah sudah merona merah.

“Tadi yang Aisyah cakap pagi sekarang dah malam, lama tau,”tangan Aisyah digenggam dan mereka beriringan pulang ke rumah.

“Macam mana latihan Aisyah?”

“So far so good, cuma letih sikit, dah lama Aisyah tak berlatih and badan pun dah manja kerja kuat sikit mulalah letih, tapi lama-lama biasalah tu,”

“Don’t try push your self so hard, practice is good, tapi jangan sampai abaikan kesihatan,”nasihat Khairul Arshad.

“I’ll keep that in mind,”

************

“Leya, berita baik, kawan Kak Su cakap dia dah dapat alamat rumah lama Leya, dia cari guna nama ibu Leya, so dapat alamat terakhir arwah ibu Leya,”

“Betul ke Kak Su, Ya Allah, syukur Alhamdulillah, terima kasih banyak Kak Su,”

“Ayah Leya pula, ambil masa sikit sebab, kawan akak tengah usahakan,”

“Tak apa Kak Su, ini pun dah banyak Kak Su tolong, maybe Leya boleh cari dari situ,”Suhana hanya tersenyum.

“Cari apa?”tegur satu suara membuatkan senyuman Aleya mati, lambat-lambat dia berpaling, sah Arif Fikri sedang berdiri dibelakangnya.

‘Mamat ni hantu ke? Suka suki dia ja nak muncul dekat mana-mana?’ gumam Aleya di dalam hati.

“Tak ada apa-apa Fik, hal orang perempuan, awal kamu balik hari ni, selalunya malam baru nampak batang hidung,”

“Malam ni ada annual dinner syarikat so syarikat half day sebab tu Fik sampai awal,”jawab Fikri namun matanya sekali-sekala menjeling Aisyah yang sudah bangun bagi memberi ruang untuk dia duduk.

“Dinner? Fik tak cakap apa-apa pun?”

“Ala benda biasa je Kak Su tak penting pun,”

“Kenapa Fik tak nak pergi ke?”

“Malaslah, lecehlah, nanti mesti Izz mengendeng-ngendeng dekat Fik rimas tau tak?”

“Ish mana boleh macam tu, Fik kan dalam management team so kenalah pergi tak elok Fik buat macam tu nanti apa kata Dato’”

“Memang la, tapi rimas la kalau pergi sana ada orang meliuk lentok macam ular sawa kena palu, “

Suhana hanya terdiam mendengarnya, memang dia maklum betapa Fikri tidak gemar dengan anak pemilik syarikat yang terover sangat, dia menebarkan pandangan ke ruang dapur, lama dia berfikir tiba-tiba

“Hah, Kak Su tahu apa yang Fik kena buat nak elakkan Izz,”

“Macam mana?”

“Fik bawak Leya pergi dinner tu pastu cakap kata Leya ni tunang Fik habis cerita,”

“Apa pulak babit dengan Leya ni Kak Su, Leya tak nak lah, lagipun dia nak ke Leya temankan dia?”dahi Aleya sudah berkerut, ‘Kak Su ni, idea tak boleh pakai langsung, apasal tiba-tiba aku terbabit sama ni, isy’ dipandang Fikri di sebelah namun dia terkedu melihat senyuman terukir di bibir pemuda itu.

“Fik tak ada masalah Kak Su,”tergamam Aleya mendengar jawapan Fikri, biar betik?

“So masalah dah settle, Leya jom ikut Kak Su gi butik, kita pergi cari baju untuk malam ni, Fik ada tema tak untuk majlis malam ni?”

“Merah Hitam, ladies in red, mens in black,”

“Orait, Leya jom kita pergi nanti lambat pulak,”

Aleya bagai dipukau menurut arahan Suhana, diheret ke butik dan mencuba pelbagi jenis baju sehinggalah Suhana berpuas hati. Lepas itu dia disolek Suhana dan hanya menurut kehendak Suhana, dress merah garang melepasi lutut dan berlengan jarang dipandangnya, tak dapat dibayangkan apa yang akan terjadi malam ini.


0 pendapat dari anda:

Catat Ulasan