DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Khamis, 20 Ogos 2009

TaKDiR KeHiDuPaN

“Perempuan tak tau malu!”serentak dengan itu pipi Idayu terasa pijar, lantas dia mendongak kepala dan dilihatnya Datin Maria berdiri dihadapannya dengan muka menyinga.

“Kenapa ni Datin, apa salah saya?”

“Apa salah kau, kau tanya aku, hey kau ingat kau tu bagus sangat ke sampai kau goda anak aku, tak sedar diri,”

“Goda anak Datin? Bila masa pulak saya goda anak Datin? Kenal pun tak,”

“Eh kau jangan berdalih lagi habis tu ni sapa?”gambar2 dilempar ke muka Idayu yang masih terpinga-pinga.Perlahan-lahan Idayu melihat gambar yang dimaksudkan lantas dia mengeluh kecil, kenal sangat dia dengan orang dalam gambar tu, Intan kakaknya sendiri, disebabkan muka mereka yang hampir sama kerap kali mereka disalah anggap.

“Datin dah salah orang ni, ni bukan gambar saya, takkan Datin tak perasan perempuan dalam gambar ni kurus, saya kan berisi sikit,”terang Idayu lembut.

Datin Maria mengerutkan dahinya sedikit lantas diambil gambar tersebut dan dibandingkan dengan gadis dihadapannya kini, memang kedua-duanya agak berbeza dari segi susuk tubuh tapi muka mereka nampak sama.

Idayu mengukir senyum tipis, lantas dipandang setiausahanya yang masih tercegat didepan pintu.

“Tak apalah Akma, awak boleh keluar dulu dan tolong sediakan kopi untuk saya dan Datin Maria,” Akma menganggukan kepalanya dan lantas dia keluar dari bilik Idayu lalu menuju ke pantry, kepalanya masih sarat dengan persoalan tetapi didiamkan saja.

“Kalau bukan awak dalam gambar ni, habis tu siapa?”tanya Dati Maria perlahan. ada sikit rasa bersalah dibenaknya kerana menyerang Idayu begitu saja tanpa usul periksa.

“Itu Intan Sufiyya, kakak saya,”

“Kembar awak ke?”

“Taklah kami beza umur 2 tahun,”

“Tapi muka dia memang sama dengan awak, malah tak ada beza sikit pun,”

“Saya pun tak tahu nak terang dekat Datin macam mana, dari kecil sampai sekarang ,memang saya selalu disalah anggap sebagai kakak, tapi memang muka kami hampir sama, bukan Datin saja ramai lagi yang tersilap tengok,”terang Idayu lembut.

“Maaflah Idayu saya tersalah orang, saya geram sebenarnya, anak saya tu dah nak kawin tapi dia tu liar sangat jadi saya saya upah orang untuk ekori dia, saya tak mahu dia main kayu tiga dengan menantu saya nanti, sebab tu bila saya tengok gambar ni terus saya naik angin,”

“Saya faham Datin, kakak saya tu kawan dengan semua orang tapi taklah sampai nak rampas laki orang, apa-apa pun saya minta maaf dengan Datin kalau-kalau kakak saya tu dah menyakitkan hati Datin.”

“Tak apalah, saya minta diri dulu, tapi kalau boleh tolong nasihat dekat kakak awak tu jangan jumpa dengan anak saya lagi, mungkin mereka hanya kawan tapi kalau selalu berdua macam tu orang akan pandang lain,”

“Baiklah Datin saya faham,”selepas itu Datin Maria terus meninggalkan bilik Idayu, pada waktu yang sama Akma masuk ke bilik Idayu dengan menatang dulang yang berisi dua cawan kopi.

“Eh, mana Datin Maria?”

“Dah balik dah,”

“Cepatnya, apa halnya?”tanya Akma sambil meletakkan mug kopi itu di hadapan Idayu.

“Pasal Intan,”

“La minah tu lagi, apa pulak yang dia buat kali ni,”

“Nah kau tengok la sendiri,”disuakan gambar yang berterabur dia atas mejanya lalu dihulur kepada Akma.

“Isy, dia ni memang tak makan saman langsung, tak berubah-ubah, dah nak kawin pon dok kepit dengan jantan len , ketegaq sungguh,”Idayu tersengih mendengar butir bicara Akma.

“Ketegaq tu apa Akma?”tanya Idayu, Akma memang begitu bila dia marah mula lah keluar loghat utara bila bercakap.

“Eh, sori-sori, ketegaq tu lebih kurang macam tak dengar cakap la,”

“Apa-apalah cik Akma oi, lepas ni aku ada appointment dengan sesiapa tak?”

“Emm, petang ni kau free tak ada appointment,”

“Kalau macam tu aku nak balik la penat sangat dah ni, semalam balik lambat,”

“Penat ke malas?”perli Akma.

“Penatlah, aku bukan pemalas okey,”tegas Idayu, Akma tertawa kecil mendengarnya.

“Ye la, abis tu kalau Encik Akmal tanya pasal kau aku nak jawab apa?”

“Cakap je la aku dah balik, lagipun dia tau aku balik awal hari ni sebab nak get ready untuk pergi ke Langkawi esok,”

“Ok,”jawab Akma ringkas lalu menolong Idayu mengemaskan mejanya yang berselerak.

********
Idayu mengeluh lagi, tak disangka begini takdir hidupnya dari dulu sampai sekarang dia dibebani dengan karenah kakaknya, malah ibunya turut menyebelahi kakaknya, dari dulu sampai sekarang, kadang-kadang tertanya-tanya jugak adakah dia bukan lahir dari rahim ibunya sehinggan dia dilayan sebegitu rupa, mujurlah dia masih ada abang dan kakak ipar yang melayannya bagaikan saudara sendiri. Teringat lagi perbalahan yang ditimbulkan kakaknya itu semalam.

“Kau kena kawin selagi kau tak kawin kau akan goda Imran sampai dia jatuh hati terhadap kau!”tersentak dia mendengar tuduhan tak berasas itu, masakan dia mahu menggoda bakal abang iparnya sendiri, dia masih punya kewarasan akal untuk melakukan perkara seperti itu.

“Apa yang kakak merepek ni, Ayu tak hilang akal lagila nak goda abang Imran, dia kan tunang akak,”

“Kau ingat aku tak tahu yang kau tu minat dekat Imran, selalu aku nampak kau main mata dengan dia, kau ingat aku buta ke hah?”

“Bila pulak Ayu buat macam tu, sumpah kak Ayu tak ada hati langsung dekat abang Imran,”tegas Idayu.

“Itu kata kau, tapi hati kau orang lain tak tahu, aku tak kira selagi kau tak kawin, aku tak nak duduk kat rumah ni, menyampah aku tengok muka kau,”

“Intan, jangan lah macam tu, Intan tak kesiankan dekat ibu ke sampai nak tinggalkan ibu,”
“Ayu kan ada, ibu duduklah dengan Ayu, Intan nak pindah rumah Liyana,”

“Jangan tinggalkan ibu Intan, Ayu takkan sama dengan Intan, ibu tak boleh hidup tanpa Intan,”kenyataan yang keluar dari mulut Puan Hayati membuatkan hati Idayu tersentap, dia tahu ibunya lebih sayangkan kakaknya itu berbanding dirinya. Wajah ibunya yang dilinagi air mata itu dipandang sayu, dia tahu dia tak mampu nak memenangi hati ibunya hatinya turut sakit bila melihat wajah itu, akhirnya perlahan-lahan dia menganggukan kepalanya.

“Tak apalah , Ayu akan kawin, kakak tak payahlah pindah dari rumah ini, Ibu, hari tu ada orang masuk meminang Idayu kan, ibu terimalah,tetapkan tarikh dalam tempoh terdekat,”laju lidahnya menuturkan perkataan yang sama sekali bertentangan dengan hatinya.Lantas dia naik ke biliknya lalu dilepaskan tangisan yang ditahan semenjak tadi.

********

“Aku terima nikahnya Idayu Sufiyya binti Idris dengan mas kawin 80 ringgit tunai,”dengan sekali lafaz Idayu menjadi isteri kepada seseorang yang tidak dikenalinya, dia cuma tahu nama suaminya itu Ariff, itu saja kerja, tempat tinggal dan lain-lain semuanya dia tak tahu.Dipandang biliknya yang dihias ringkas kemudian beralih pula kepada bajunya, semua itu membuat hatinya sayu, tiada kenduri besar-besaran, tiada paluan kompang malah tiada persandingan.
Kakaknya telah mengugut ibunya yang perkahwinannya tidak boleh dibuat secara besar-besaran hanya ada kenduri doa selamat saja, malah suaminya turut dikehendaki menyediakan belanja ‘melangkah bendul’, dia cuma berkahwin seminggu lebih awal berbanding kakaknya itu, tapi kehendak Intan tiada siapa yang mampu menghalang.

Akma mengenggam erat tangan Idayu yang muram itu, dia tahu ini semua bukan kehendak Idayu, Idayu membalas genggaman tangan Akma dan dikalih pandangan terhadap kakak iparnya yang memeluk bahunya.

“Ayu tak apa-apa Kak Dina, mungkin dah ini takdir Ayu, nak buat macam mana,” lantas dia ketawa kecil bagi membuang resah yang bertandang di hatinya.

“Pengantin lelaki dah sampai,” ucapan itu membuatkan Idayu mendongakkan kepalanya, lelaki yang berdiri dihadapannya nampak segak berbaju melayu berwarna putih, apabila matanya bertentang mata dengan lelaki tersebut pantas dia menundukkan kembali mukanya, terasa tangannya dicapai dan sebentuk cincin disarungkan ke jari manisnya, selepas itu dia mencium tangan lelaki tersebut dan disambut dengan kucupan di dahinya.

*********

Ariff hanya memandang susuk tubuh Idayu yang berdiri di beranda bilik, lantas dihampiri Idayu yang sedang ralit melayan perasaan dan dipaut pinggang gadis tersebut. Idayu tersentak dan merasakan mukanya panas apabila diperlakukan sebegitu rupa.

“Sayang buat apa dekat sini tak sejuk ke?”tanya Ariff tapi dia tertawa kecil apabila melihat muka Idayu yang sudah merah seperti udang kena bakar, comel.

Ditariknya tangan Ayu memasuki bilik dan ditutup pintu beranda, dipimpin Idayu ke birai katil.
“Kenapa ni? Sayang tak gembira ke dengan perkahwinan ini?”tanya Ariff apabila Idayu terus-menerus mendiamkan diri malah mukanya ditundukkan.

“Kenapa ni, cakaplah, abang sedia mendengarnya,”ujar Ariff lembut.

“Saya minta maaf kalau apa yang saya cakapkan ini melukakan hati awak, tapi perkahwinan ini bukan kehendak saya sebenarnya, saya cuma seorang anak yang menurut cakap ibu saya, lagipun saya tak tahu apa-apa langsung mengenai diri awak, awak juga mungkin tak tahu apa-apa pasal saya”luah Idayu perlahan takut kalau dia membuat lelaki itu marah terhadap apa yang dikatakannya.Tetapi dia merasakan ada tangan yang menolak dagunya lantas matanya bertentang dengan mata Ariff .

“Idayu Sufiyya binti Idris, anak bongsu dari 3 adik-beradik, kerja sebagai Senior Engineer Bina Teguh Berhad, umur 25 tahun, pemegang ijazah kelas pertama Universiti Teknologi Malaysia, seorang yang pendiam, hobi mengambil gambar cita-cita nak jadi jurugambar profesional,”ucap Ariff yang membuatkan mata Idayu membulat bila mendengarnya, hairan bagaimana lelaki itu mengetahui mengenai dirinya sedangkan dia tak pernah bertemu dengan lelaki itu sebelum ini.

“Hairan macam mana abang dapat tahu pasal ni? Ingat tak dua bulan lepas Ayu ada ikut Conference dekat Langkawi?”tanya Ariff, lantas Idayu menganggukan kepala masih diingat perkara yang dicakapkan Ariff kerana itulah satu-satunya conference yang dihadirinya dimana hanya dia seorang perempuan yang mewakili syarikatnya tetapi rata-rata peserta adalah lelaki.

“Ayu ada jumpa dengan kawan Ayu, Azim ingat lagi tak,”Idayu sekali lagi menganggukkan kepalanya.

“Azim adalah pekerja abang, abang tertawan dengan Ayu sebab Ayu berani meluahkan pendapat Ayu walaupun hanya Ayu seorang perempuan kat situ, pertama kali abang lihat perempuan yang begitu berani walaupun dikelilingi lelaki, abang tanya dekat Azim pasal Ayu, lepas tu abang minta ibu tolong pinangkan Ayu sebab abang dah jatuh hati dengan Ayu,”

“Tapi takkan awak boleh terima saya dengan masa yang singkat, awak tak kenal hati budi saya lagi,”Ariff tersenyum mendengarnya, dia tahu Idayu masih ragu-ragu dengan dirinya.

“Sebelum abang minta ibu masuk meminang Ayu, abang dah buat Istikharah dan abang yakin Ayu ditakdirkan untuk abang,”

“Tapi saya masih tak tahu siapa awak yang sebenarnya,”luah Idayu perlahan.Ariff hanya tersenyum lantas dieratkan pelukannya.

“Apa yang Ayu nak tahu pasal abang?”

“Semuanya,”

“Well nama penuh Muhammad Ariff Redzuan binti Saiful Omar, umur 30 tahun, dah berkahwin dengan Idayu Sufiyya Idris, bakal menjadi bapa kepada anak yang akan dilahirkan oleh Idayu Sufiyya,”ungkapan terakhir itu membuatkan Idayu memalingkan wajah ke arah suaminya tetapi terkejut bila wajahnya begitu hampir dengan wajah suaminya itu,hembusan nafas suaminya dapat dirasakan dipipinya lantas dipejamkan matanya rapat.

**********

“Hai sayang buat apa tu?”pelukan di bahunya dari belakang mematikan lamunan Idayu mengenai tabir hidupnya lantas diukir senyuman nipis lalu dicapai tangan Ariff dan dikucupnya sebelum dibalas dengan ciuman didahinya.

“Tak buat apa-apa pun, abang nak minum teh?”

“Boleh jugak,”lantas dicapai popia goreng di atas meja lalu dikunyah perlahan.

“Macam mana kerja abang hari ni, ok?”tanya Idayu sambil dia menuangkan teh ke dalam cawan suaminya.

“Biasalah, hari ni cuma ada meeting pasal progress projek syarikat, tak ada apa sangat,”
Belum sempat Ariff menghirup teh, terdengar tangisan kecil dari halaman rumah, Idayu yang ingin bangun ditahannya lantas dia sendiri menghampiri halaman rumah.

Idayu hanya tersenyum memandang Ariff memujuk anak lelaki sulungnya yang terjatuh apabila bermain, perutnya yang memboyot diusap perlahan lagi dua bulan dia akan mendapat seorang lagi cahaya mata. Idayu sangat bersyukur kerana mendapat suami sangat menyayangi dirinya, malah dia berterima kasih kepada kakaknya kerana dia memperoleh kebahagiaan sekarang.

4 pendapat dari anda:

Tanpa Nama berkata...

wah best laa citer nie...
takdir yang menarikkan...hehehe
teruskan usaha...
nurul 0_^

Tanpa Nama berkata...

simple..tp menyentuh hati..

Tanpa Nama berkata...

cite ni menarik
tap lag menarik klu cite ni diperkembangkan lag
mcm kakak ayu tu suka kat ariff ke ariff tu cari pasal ke atau ayu tu imran tu sebernarnye suke kat ayu .atau klu ada idea yang lain2.sbb cite nie pendek sangat .baru je nak naik minat ..tup2 dah habes

bidadari cinta berkata...

wow..citer yg simple tetapi menarik..
teruskan usaha yer..

Catat Ulasan