DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Khamis, 20 Ogos 2009

BAB 7


Kepalanya terasa berat sekali, sayup-sayup di pendengarannya suara orang berbual berhampiran dengannya, kelopak matanya yang tertutup dibuka perlahan-lahan, retina matanya dapat mengimbas beberapa batang tubuh berdiri berhampiran dengannya, tekaknya terasa perit, diperhatikan sekeliling, katil yang serba putih, tangan kirinya dicucuk dan dilihatnya ada kantung air tergantung di tiang, ‘aku ada dekat mana ni?’

“Eh, Kak Su dia dah sedar,”jerit Umi lantang apabila dia menyedari Aleya sudah sedar. Mata Aleya terarah ke Umi, pandangan hairan dilepaskan.

“Wo war ich?(Dimana saya?)”, semua orang dilihatnya memaparkan reaksi yang pelik, dahinya berkerut hairan melihatnya.

“Miss, can you speak English?” soal Suhana, haru juga kalau gadis ini tak pandai bercakap English, diperhatikan gadis itu, rupanya macam orang Melayu, rambut hitam lurusnya, matanya yang bulat memang persis orang Melayu.

“Akak, dia bukan orang Melayu ke kak? Boleh ke minah ni cakap English?” soal Hazman bingung.

Aleya membuntangkan matanya mendengarkan butir bicara Hazman, ‘aku ada dekat mana ni?apasal diorang semua pandai cakap melayu? Bila diperhatikan dalam-dalam rupa ketiga-tiga wajah didepannya ini memang lain dari wajah yang sering dilihatnya, otaknya mula berfungsi ligat cuba mencerna apa yang telah berlaku, lalu satu-persatu peristiwa yang berlaku, ingatannya pantas mengingati perkara yang paling menakutkan baginya.Kepalanya mula terasa sakit, dipegang kepalanya kuat.

“Miss are you okay?”ucap Suhana panik.

“Tak saya tak apa-apa,” wajah terperanjat jelas kelihatan di wajah Suhana, Ummi dan juga Hazman.

“Awak boleh cakap melayu?”tanya Hazman bingung, perempuan ni betul ke tak ni? Tak habis-habis buat orang terkejut.

“Macam mana saya boleh ada dekat sini?”

“Kami yang bawak awak ke hospital, semalam awak pengsan, awak ingat tak apa yang jadi semalam?”terang Ummi tenang.

“Saya.. semalam.., ah,”tangannya memegang kepalanya, sakit.

“Awak okey ke, Man panggil doktor cepat!”gesa Ummi kalut.

Tidak lama kemudian doktor yang bertugas datang bersama-sama jururawat ke bilik rawatan yang dihuni Aleya.Pemeriksaan rutin dilakukan kepada Aleya bagi mendapatkan pengesahan.

“Apa khabar, saya Dr Wong yang in-charge pasal kes awak, saya akan tanya beberapa soalan kepada awak, jadi saya nak awak jawab apa yang terlintas, okey,”soal doktor itu lembut sambil tersenyum, Aleya menganggukkan kepalanya.

“Nama awak apa?”

“Zulaikha Aleya,”

“Okey Cik Zulaikha, umur awak berapa tahun?”

“20 tahun,”

“Awak ingat tak apa yang terjadi malam semalam, boleh tak awak ceritakan?”

“Saya naik teksi nak ke bandar tapi pemandu teksi berhenti di kawasan sunyi, lepas tu, dia..dia..ahhhhhh,”Aleya memegang kepalanya yang sakit apabila dia cuba mengimbau apa yang terjadi.

Dr Wong hanya menganggukkan kepalanya, tanda dia mula memahami situasi yang sedang dialami Aleya.

“Okey, jangan paksa diri sangat, tak apa jika awak tak ingat apa yang jadi seterusnya,” Dr Wong berkata sambil tangannya menekan lembut bahagian kepala Aleya, bila ditekan di satu bahagian, Aleya menjauhkan kepalanya dari tangan Dr Wong.

“Sakit?”Aleya hanya menggangguk, tanpa disuruh dia berbaring kembali. Dr Wong melihat Aleya sambil mencatat sesuatu dalam rekod kesihatan Aleya. Selepas memberi nasihat kepada Aleya, Dr Wong berlalu dari bilik rawatan itu meninggalkan suasana sunyi dalam bilik yang dihuni Aleya.

“Ehemm, tiba-tiba saja jadi senyap, ni malaikat lalu gamaknya, Zulaikha Aleya, nak panggil apa?”

“Aleya,”ucapnya sambil tersenyum manis.

“Aleya, akak, Kak Su, Suhana, yang ni Ummi dan Hazman, mereka yang bawa Aleya ke hospital semalam,”ujar Suhana sambil memperkenalkan dirinya.

“Terima kasih sebab tolong saya, kalau tak, mesti saya dah,”Aleya tidak sanggup menghabiskan ayatnya, sebaliknya dia hanya tertunduk merenung jarinya sendiri.

“Tak apa, lagipun memang kami lalu tempat tu, dah jadi tanggungjawab kami menghulurkan bantuan kalau ada yang memerlukan,”balas Ummi, kebetulan van yang rosak menyebabkan mereka terpaksa menunggu di kawasan tersebut, bila melihat teksi yang tersadai di tepi jalan mereka merasakan ada sesuatu yang terjadi, atas sebab itulah Aleya dapat diselamatkan.

“Terima kasih budi baik awak tak mungkin dapat saya balas,”ucapan terima kasih sekali lagi diungkapkan dari mulut Aleya, yang lain hanya tersenyum memandangnya.

“Sebenarnya, kami bertiga ada kerja nak dibuat, jadi kami terpaksa tinggalkan Aleya di sini, tak apakah?”tanya Ummi.

“Tak apa, lagipun saya dekat hospital tak ada apa yang nak dirisaukan sangat,” ujar Aleya lembut.

Saat ketiga-tiga tetamu meninggalkan bilik itu, Aleya mengusap rantai yang terkalung di lehernya, mindanya mula menerawang ke Zurich, macam manakah keadaan di sana?

************

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam, lewat kamu balik hari ni Su?”

“Su singgah hospital tadi dengan Ummi dan Hazman, jenguk orang yang mereka selamatkan malam semalam,” terang Suhana sambil mencium tangan Puan Maznah.

“Hah, macam mana dengan orangnya?”

“Dia dah sedar, cuma cedera ringan, tapi doktor tahan lama sikit sebab syak berlaku gegaran otak,” Suhana melepaskan lelah sambil duduk di sofa berhampiran.

“Nasib baik selamat, manusia zaman sekarang semuanya tak boleh nak jangka, kesian ibu dengar,”

“Biasalah ibu, rambut sama hitam hati lain-lain, Fik tak balik lagi?”

“Belum katanya balik lambat sikit hari ni, ada projek baru masuk,”

“Ibu, Su ada nak tanya ni, boleh tak kita tumpangkan budak tu dekat rumah kita ni? Buat sementara waktu saja, lagipun Su kesian dekat Aleya tu, baru saja sampai sini dah jadi macam tu, keluarga pun tak ada,”

“Ibu tak kisah sangat, nanti Su cakaplah dengan Fik, bincanglah yang mana patut, ibu nak masuk tidur dulu, kamu jangan tidur lambat sangat, tak elok perempuan mengandung tidur lambat sangat,” Suhana hanya tersenyum mendengarnya.


0 pendapat dari anda:

Catat Ulasan