DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Khamis, 20 Ogos 2009

BAB 5

“Assalamualaikum Kak Su,”

“Waalaikumussalam, eh kenapa Ummi ada dekat sini, Intan mana?”

“Saya ganti Kak Intan, Kak Su, Kak Intan demam, semalam dia main hujan,”ucap Ummi sambil tersengih lebar.

“Kak Intan kamu dah buang tabiat gamaknya, dah tua-tua pun main hujan lagi haih,”

“Ala Kak Su sekali sekala jadi budak balik best apa? Apa orang cakap mengenang masa lampau,” sampuk Hazman yang baru muncul dari dapur.

Suhana hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali, persekitaran Inspire Restaurant diperhatikan, jam di dinding baru menunjukkan pukul 9 pagi masih awal untuk memulakan perniagaan, ditariknya kerusi berhampiran lalu melabuhkan punggungnya, berdiri terlalu lama menyebabkan dia menjadi tidak selesa.

“Ada saja modal kamu nak backing Kak Intan ye Man, dah la, hari ni ada apa-apa masalah tak?”

“Tak ada Kak Su, cuma semalam Ilyas hampir-hampir nak kena tumbuk,”

“Kenapa pula? Ilyas tak apa-apa ke?”

“Biasalah Kak Su, orang tengah marah semua jadi tak kena, ada la sorang mamat ni kena marah dengan awek dia, dia malu la kot sebab awek dia marah depan orang ramai, lepas je awek dia blah, Ilyas nak hantarkan makanan kat meja sebelah tu, tapi hampir-hampir biru muka, peliklah awek dia ada senyap tak berkutik tapi lepas jer awek dia blah terus jadik hero, fuh pelik saya dibuatnya,”

“Ala lelaki semuanya macam tu depan mata pijak semut pun tak mati, betul tak Kak Su?”

“Ehem, sedar sikit yang kat depan ni apa, pondan ke, amboi sedapnya mulut nak mengata orang ek, kau cakap macam tu lagi silap-silap tak ada orang nakkan kau kang, baru tahu, siapa susah? Aku jugak,”

“Woi mulut tu jangan la cabul sangat, apasal pulak kau yang susah? Kalau tak ada orang nakkan aku, aku la yang susah, bukan kau,”

“Mestilah aku yang susah, selagi kau tak kawin, aku yang kena teman kau pergi mana-mana tau tak, kena dengar kau membebel hari-hari, kalau kau kawin untunglah aku, biar laki kau take over tempat aku,”

“Eh, Kak Su bila sampai?”sapaan seseorang membuatkan Suhana yang ralit memerhatikan Ummi dengan Hazman bertekak memalingkan kepalanya, tersenyum apabila melihat kelibat Ilyas, apatah lagi bila tangannya dicapai dan dikucup oleh Ilyas.

“Baru lagi, Kak Su dengar ada orang nak kena tumbuk apasal?”

“He,he,he biasalah Kak Su lain orang lain ragam, Kak Su datang sorang saja ke?”

“Emm, Kak Ana kerja, tadi Kak Su pergi check up, singgah nak tengok korang semua,”

“Kitorang okey je kan Abang Man, Kak Su, ada kawan saya nak kerja dekat sini, dia kata boring dekat asrama,”

“Suruhlah dia datang kerja dekat sini, nanti suruh Kak Intan uruskan gaji dia,”

“Oh ya Kak Su, van kita rosak lagilah semalam, saya dengan Ilyas kena tolak sampai rumah, nasib baik dah dekat dengan rumah kami waktu tu, kalau jauh maunya pengsan saya nak tolak van tu,”

“Eh, bukan hari tu dah hantar workshop ke? Apasal rosak lagi?”

“Entah la, saya pun pelik jugak, rasanya dah okey tapi tiba-tiba saja jadi KO,”

“Tak apalah, habis tu sekarang van tu ada dekat mana?”

“Ada dekat workshop Chua, semalam dia datang ambil dengan lori tunda, petang ni dia hantar van dekat sini katanya,”

“Nah ambil duit ni, buat bayar, Ummi balik hostel ke malam ni?”

“A’ah saya kena balik sebelum pukul 12 tengah malam,”

“Nanti suruh Hazman dengan Ilyas hantarkan, kalau dah lewat sangat tidur rumah Kak Intan, jangan naik teksi bahaya,”

“OK Kak Su,”

****************

Teksi berwarna merah putih meluncur laju melalui di jalan raya, Aleya merenung kertas kecil di tangannya yang mencatatkan alamat seseorang, selepas mendengar perbualan Syukri dan Razali, dia ingin lebih mengetahui mengenai ibunya yang selama ini dia dan Aisyah tidak pernah tahu akan kewujudannya, selepas menggeledah bilik Syukri semasa ketiadaannya Aleya menemui surat dari Hanum dan menyalin alamat yang tertulis di belakang sampul surat, keesokannya dia sudah berada dalam perut pesawat menuju ke Malaysia, tanpa diketahui sesiapa.

Jam ditangannya hampir menunjukkan pukul 11 malam, matanya terasa layu, penat selama hampir setengah hari di dalam pesawat masih terasa, Aleya memejamkan matanya, ingin menghilangkan lelah yang bertandang, namun apabila teksi yang dinaikinya berhenti secara tiba-tiba membutkan dia kembali tersedar dan dipandang sekeliling, sunyi.

“Kenapa berhenti dekat sini?”

“Sekejap cik, saya nak telefon orang sekejap ada hal penting,”ucap pemandu teksi itu lalu dia keluar dari teksi.

Aleya kembali menutup matanya, mahu menyambung lelapnya yang terganggu. Namun.......

0 pendapat dari anda:

Catat Ulasan