DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Sabtu, 2 Januari 2010

BAB 15

Suasana dingin menyelubungi suasana di kawasan hospital, Aleya hanya mampu memeluk tubuhnya bagi mengelakkan kedinginan menguasai tubuhnya, pashmina yang dipakainya dilebarkan bagi membantu menghangatkan tubuhnya. Sekali-sekala dia menutup mulutnya apabila batuk-batuk kecil terhasil.

“Batuk?”melihat susuk tubuh itu dia mendiamkan diri, dari tadi dia perasan gerak-gerinya diekori dan diperhatikan.

“I’m fine, no need to worry about me,”

“Degil,”

“I’m always like this,”

“Just like your mother,”ayat itu menarik perhatiannya, pantas dia mengalihkan pandanganya, susuk tubuh yang dibaluti jubah putih itu mula menarik minatnya untuk berbicara.

Hanum hanya tersenyum nipis melihatkan wajah penuh tanda tanya di wajah Aleya, tak ubah seperti insan yang sangat dirinduinya.


************

Fikri hanya memandang dari jauh apabila kelibat Aleya sedang bercakap dengan seseorang terbias di matanya, agak terkejut melihat apabila Aleya bercakap dengan doktor yang merawat Suhana, sesekali terlihat wajah Aleya yang serius membuatkannya gusar jika ada sesuatu yang buruk berlaku, pantas gerak kakinya diatur menghampiri mereka.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam,”

“Oklah Aleya, saya masuk dulu, nice meeting you,”Aleya hanya tersenyum, lirikan mata Hanum sukar difahaminya.

“Dr cakap apa dengan Leya?”

“Tak ada apa just sembang kosong saja,”

Suasana sekeliling sunyi buat seketika, masing-masing hanya membisu seribu bahasa, Aleya hanya memutarkan pandangan ke sekeliling, namun kesejukkan yang semakin mencengkam menyebabkan dia berpaling untuk masuk kembali ke dalam bangunan hospital bagi mengurangkan kesejukan yang dialaminya.

“Sejuk?”suara itu berkumandang di telinganya, malah suara itu kedengaran amat dekat dengannya, dipusingkan kepalanya namun agak tersentak hanya sekaki yang memisahkan antara mereka.


“Biasa je,”balasnya perlahan agak kaku dengan keadaan mereka, Fikri hanya tersenyum apabila melihatkan Aleya semakin menundukkan mukanya mesti malu dengan dirinya. Ketika mereka melintasi bahagian kecemasan untuk ke wad yang dihuni Suhana, keadaan menjadi sedikit kecoh apabila ambulans baru tiba di kawasan itu, beberapa orang jururawat bertindak pantas menghampiri ambulans dan menyorong masuk stroller dengan pantas ke bilik rawatan kecemasan.

“Kemalangan lagi, bilalah Malaysia nak aman dari berita kemalangan macam ni,” getus Fikri perlahan, Aleya hanya mampu mendiamkan diri nyata dia tidak punya alasan yang kukuh untuk menolak dakwaan Fikri itu.

*************

Alamat di tangannya diperhatikan dan dibandingkan dengan papan nama yang tertera, setelah itu dia melangakah mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas bangunan kedai dua tingkat itu, tiba di tingkat dua dia disambut seorang wanita muda yang kemudiannya menyuruh dia menunggu di sofa yang disediakan, setelah beberapa ketika dia dihampiri seorang lelaki dalam usia 40-an, lantas senyuman diberikan kepada lelaki itu, dan dibalas.

“Ada apa yang boleh saya tolong?”

“Ya, saya nak minta awak siasat mengenai seseorang,”

“Seseorang?”Aleya mengangguk kepalanya lantas salinan alamat yang diperolehi dari Suhana dan sekeping gambar dikeluarkan dan diletakkan di atas meja.

“Saya nak tahu semua pasal lelaki dalam gambar ini, nama penuhnya Idris bin Mustapha, saya nak tahu mana dia tinggal, keluarganya dan semuanya mengenainya,”

“Benda ini boleh saya uruskan tapi ia akan menggunakan duit yang banyak,”


“Pasal duit jangan risau, saya uruskan, tapi benda ini saya nak awak uruskan secepat yang mungkin, dan sesiapa pun tak boleh tahu tentang ini,”

“Dijamin beres, kalau saya dah dapat maklumat bagaimana caranya untuk saya hubungi cik?”

“Ini nombor telefon saya, semua kerja mesti bersih, awak faham maksud saya?” kad namanya dihulurkan dan disambut lelaki itu.


“Kathleen Evans?”Aleya hanya menganggukkan kepalanya, cermin mata hitam yang dipakainya diperkemaskan kedudukannya.

“Dan ini duit pendahuluan, bakinya saya akan serah sebaik awak dapatkan maklumat tentang dia,”sampul besar dihulurkan kepada lelaki itu dan disambut dengan senyuman puas lelaki itu.

**********

“Aleya kita dah sampai, bangunlah,”terpisat-pisat dia membuka matanya, badannya terasa letih apabila tidur di dalam kereta.

“Saya suruh awak duduk dekat depan temankan saya tapi boleh awak membuta pula ye,”sinis Fikri, namun tatkala dia hendak menyambung bicaranya, Aleya sudah menguap kecil, diperhatikan mata Aleya yang cuba dibesarkan bagi melawan rasa mengantuknya.

“Mana yang lain?”pelik tadi CRV yang dipandu Fikri penuh namun sekarang senyap sunyi sahaja.


“Diorang dah naik atas jom kita naik,”



Rumah dihadapannya itu diperhatikannya lama, sekarang dia berada di rumah nenek Fikri bagi membolehkan Suhana menghabiskan masa pantangnya di kampung, dan kenduri aqiqah yang dijadualkan esok turut akan berlangsung di sini.Ketika dia melangkah masuk terasa ketenangan bertamu di jiwanya, sudah lama dia mengidamkan untuk berada dalam suasana kampung, ternyata hari ini hajatnya kesampaian.

“Nenek, kenalkan ini Aleya,” pandangannya beralih kepada seorang wanita yang mungkin berusia 70-an.lantas tangannya dihulurkan untuk menyalami wanita itu namun dia terpana apabila dia diraih dalam pelukan.

“Ini ke bakal isteri kamu Fikri, cantiknya kenapa tak kenalkan awal-awal?”

“Sebab cantik kena sembunyi ne, takut nanti orang lain kebas, kesian dekat cucu nenek yang tak handsome ni,”

Aleya sudah membuntangkan matanya, ‘apa ni, sejak bila aku jadi bakal isteri dia?’ Pandangan matanya beralaih kepada Suhana, cuba dihantar pertanyaan dari lewat sorotan matanya, namun Suhana hanya mengangkat bahunya tapi bibirnya mengukir senyuman, Mak Kiah pun sama, bingung dia seketika dengan apa yang berlaku.


“Kalau takut orang lain kebas cepat-cepatlah kahwin, lepas tu mesti tak ada yang nak kacau,”ujar nenek lagi.

Fikri hanya tersengih mendengarnya, muka Aleya yang blur dipandangnya lagi, lucu benar bila melihat kebingungan gadis itu.


“Betul tu nek, elok benar lah diorang ni kahwin cepat-cepat, Su tengok Fik pun dah tak sabar-sabar gayanya, selalu tengok Leya macam nak telan,”sampuk Suhana pula.

Aleya sudah membuntangkan matanya, namun Suhana buat-buat tidak nampak akan pandangan mautnya itu.

“Kalau macam tu elok kamu kahwin cepat, bahaya kalau macam tu, apa kata kamu nikah malam ni?”

“Malam ni?”serentak dia dan Fikri bersuara, pantas dia berpandangan dengan Fikri yang juga nampak terkejut dengan cadangan neneknya itu.

‘Ah sudah, bala apa yang menimpa aku ni?’

P/S: sori sangat lambat post n3 arisa ada benda lain kena tumpukan perhatian dulu, sori ek, jgn lupa komen tau, oh ada orang tanya dalam cita ni sapa hero n heroin, yg ni part 1 cita pasal Aleya n Fikri nanti part 2 arisa akan sambung pasal Aishah n Khai, umur Aleya n Aishah pula 20 tahun(sama cam arisa :D), kalau ada yang konfius lagi tanyalah ek nnt arisa jawabkan :)

1 pendapat dari anda:

aNYsa berkata...

emm pendek sangatlah.. tak sempat nak feeling..

Catat Ulasan