DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Selasa, 12 Januari 2010

BAB 16

“Yelah, besok kita sekalikan kenduri kamu dengan aqiqah anak Su, senang cerita, macam mana setuju tak?”muka nenek yang berseri-seri bak kena suluh dengan lampu spotlight diperhati Fikri lama, tadi dia hanya bergurau dengan neneknya tapi diambil serius pula. Aleya sudah mula menelan air liurnya yang terasa kesat tiba-tiba, kepalanya sudah mula berpusing, ‘ ni tengah buat drama ke, tapi mana ada kamera pun? Sudah...’

“Aleya macam mana setuju tak?”Aleya mula serba salah tak tahu apa yang perlu dijawabnya lalu dia menganggukkan kepalanya.

************

Persiapan yang dilakukan hanya dipandang sepi Aleya, sedikit sebanyak dia merasa sedih tatkala mengenangkan tiada siapa yang berada disisinya di hari ini. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu lantas dia keluar dari bilik yang sedang sibuk dihias lalu ke dapur mencari Suhana.

“Ini ke pengantin perempuannya Cik Yah? Amboi cantiknya untung Fikri dapat bini cantik macam ni,” suara yang menerjah telinganya membuatkan mukanya merah padam menahan malu, ruang dapur sudah dipenuhi oleh kaum wanita yang sedang membuat persediaan bagi kenduri esok.

“Sebab cantik kena nikahkan cepat, takut kempunan cucu Cik Yah, lagipun benda elok tak patut ditangguhkan,”ucap nenek sambil tersenyum senang.

“Betullah tu,”

“Leya cari siapa?”tanya Mak Kiah, apabila melihat dirinya terpisat-pisat mendengar bicara antara mereka.

“Kak Su mana Mak Kiah, tadi dalam bilik dia tak ada pun?”

“Kenapa nak cari Kak Su?”tanya suara lain pula, lantas dia berpaling dan kelihatan Fikri berdiri di belakangnya.


“Hah yang kamu masuk dapur ni kenapa Fikri? Dah tak sabar nak jumpa bakal isteri kamu ke?”usikan kembali mewarnai ruang dapur itu dan ditokok tambah menjadikan keadaan semakin gamat, Fikri hanya tersenyum menjawab usikan-usikan itu, dikerling wajah Aleya yang merah padam, yang kemudiannya meminta diri dari dapur bagi mengelakkan diusik lagi.


“Kenapa cari Kak Su?”tanyanya lagi.


“Nak pinjam telefon Kak Su, saya nak cakap dengan seseorang,”Fikri mengerutkan dahinya mendengar kata-kata Aleya, tanpa sebarang jawapan dia menyeluk sakunya dan memberi handphone kepunyaannya kepada Aleya.

Huluran Fikri tidak segera disambut, sebaliknya dia memandang Fikri dengan penuh wajah pertanyaan.

“Ambillah, Kak Su tidur rumah Cik Ngah sebab Fauzuan tak selesa duduk dalam keadaan bising macam ni,”huluran itu bersambut akhirnya.


“Terima Kasih,”lalu Aleya berlalu ke bilik yang sepatutnya dihuni Suhana bagi mendapatkan sedikit suasana senyap bagi dia menelefon.


“Assalamualaikum, umi,”Fikri yang baru hendak berlalu terpaku mendengarkan perbualan Aleya.

Punat merah telefon bimbit itu ditekannya perlahan, hatinya sedikit lapang apabila Hanum berjanji akan hadir malam ini, namun bicara Hanum membuatkannya merasa sedih.

“Kenapa tak mahu bagitau Daddy, Aleya?”

“Leya tak tahu nak bagitau macam mana, lagipun Leya takut Daddy sedih,”

“Leya, Daddy tak mungkin marahkan leya, tapi kalau leya buat macam ni Leya membelakangkan Daddy Leya sendiri, cuba Leya fikir Daddy sanggup buat apa saja nak besarkan leya dengan Aisyah tapi bila Leya nak buat keputusan besar sebegini Leya nak membelakangkan dia, telefonlah Daddy Leya, umi yakin dia takkan marahkan Leya, mungkin dia akan terkilan tapi kalau Leya tak bagitau lagi sedih dia Leya,” Punat-punat telefon ditekannya lagi sambil menunggu panggilannya disambung.

“Får jag prata med Mr Syukri(boleh saya bercakap dengan En Syukri?)”


"Vem är du?”(Siapa ni?)

“Dottern(anaknya)”


*************

“Aku terima nikahnya Zulaikha Aleya binti Idris dengan mas kahwinya RM80 tunai,”dengan sekali lafaz dia kini bergelar isteri. Kehadiran Hanum membawa seribu penghargaan buatnya sekurang-kurangnya dia tidak keseorangan pada hari ini.

Saat cincin disarungkan, dia hanya tunduk dan menyalam tangan Fikri yang kini sah suaminya, harapannya cuma satu walaupun perkahwinan ini terlalu cepat namun biarlah ianya berkekalan.


Majlis yang diaturkan berlangsung dengan meriahnya walaupun persiapan yang dilakukan secara tergesa-gesa, sama sekali Aleya tidak meyangka bahawa dalam waktu yang singkat persiapan dapat dilakukan bagaikan sudah dirancang berbulan lamanya.


************


kompang dipalu,
pengantin baru
duduk bersanding,
tersipu malu
kompang dipalu,
pengantin malu
moga bahagia,
ke anak cucu

kami doakan moga berkekalan

selamat sejahtera hingga akhir zaman


mempelai tersenyum manis
air mawar direnjis-renjis

bunga manggar indah berseri
ooooooooo

senyum tawa dan gembira
sanak saudara semua
oohh, indahnya

merahnya inai dijari
tanda kasih sudah termateri
ikatan raja sehari

hari yg dinanti-nanti
sudahlah menjelma kini
kekal dan abadi

selamat pengantin baru
moga kekal ke anak cucu

selamat pengantin baru


Izz hanya memandang geram kepada pasangan pengantin yang sedang diarak ke pelamin itu, setahunya hari ini kenduri aqiqah anak saudara Fikri namun bila sampai dia terpinga-pinga melihat segala persiapan yang sudah dibuat, dipandang ibunya disebelah, dilihatnya ibunya turut terpaku melihat pasangan mempelai.


“Mummy! Dari tadi Izz tengok mummy terpaku tengok diorang kenapa mummy sukalah?”bentaknya geram.

Datin Fauziah cepat-cepat mengalihkan pandangannya, matanya bersabung dengan pandangan mata anak kesayangannya.

“Tak lah sayang, just mummy ada sedikit kemusykilan,”


“Apanya?”


“Yelah diorang kawin tiba-tiba ni, mesti ada sesuatu yang terjadi,”


“Hmmp, tadi Izz dengar orang yang hidangkan makanan cakap nenek Fikri yang minta diorang segerakan kenduri tak baik ditangguhkan,”mulutnya dicebikkan lagi, sebal hatinya, kalaulah dia tahu begini jadinya dia takkan datang ke sini, hajatnya ingin berjumpa dengan Fikri kerana sudah hampir seminggu Fikri bercuti setelah kelahiran anak buahnya namun lain yang dirancang lain yang jadi.

Datin Fauziah hanya mengganggukkan kepalanya matanya masih tertunak kepada pengantin perempuan, wajahnya mirip sekali dengan seseorang yang dikenalinya, ‘ah tak mungkin...’

1 pendapat dari anda:

gonnkiruaa berkata...

bestnye...sambung lar....

Catat Ulasan