DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Khamis, 20 Ogos 2009

BAB 3

Syukri melangkah ke arah pintu masuk ke Zürich Musisches and Sport Gymnasium( Zurich secondary school of art and sport) tempat Aleya dan Aisyah melanjutkan pelajaran mereka, Aisyah memasuki bahagian sukan pengkhususan dalam luncur ais manakala Aleya memasuki bahagian musik pengkhususan violin.

“Mr Syukri nice to see you here,”ucap seseorang membuatkan kepala Syukri berpaling melihat lantas bibirnya mengukirkan senyuman untuk orang yang menegurnya.

“Ashley, what are doing here, aren’t you suppose to be at Australia?”

“Well, I’ve got invitation and since last week my phone keeps ringing day and night,”

“They did that, oh, I’m sorry for what they do,”

“No don’t be, I’m glad to be here actually, it had been years since the last time I see them, beside I’m have meeting at France the day after tommorow so it don’t really a matter for me,”

“Daddy,” teguran itu membuatkan kedua-duanya berpaling dan kelihatan Aisyah berlari-lari mendapatkan mereka.

“Aunt Ashley, you came too? Owh I’m so glad,”

“Adik ada apa-apa nak bagitau daddy tak?”tanya Syukri dengan keningnya terangkat.

Aisyah hanya tersengih saja memandang Syukri, ‘heh cool Aisyah, senyum je daddy tak marah punya,’

“It’s okay Syukri, Lacey don’t do anything wrong here, now sweetie how come you are here? I thought your performance start in afternoon, shouldn’t you be ready at the rink?”

“I won’t miss my sister performances,”

“Miss Ivy tahu tak adik ada dekat sini?”

“Tahu, adik dengar syarahan lama jugak tadi,”ucapnya sambil tersengih, adalah sangat mustahil bagi dirinya terlepas dalam apa-apa persembahan yang dilakukan oleh kakaknya itu.

“Well, should we go in, they are about to get started,”Aisyah dan Syukri menganggukkan kepalanya lantas mereka masuk ke dalam dewan di hadapan mereka. Di hadapan pintu dewan tersebut setiap seorang dari mereka mendapat pamplet yang disediakan yang menganduni maklumat mengenai musik yang akan dimainkan.

“Lacey, what pieces do the orchestra play?”Aisyah meneliti pamplet ditangannya, di bumi Swiss dia lebih dikenali sebagai Lacey Evans, manakala Aleya pula Kathleen Evans, nama yang diberi oleh Ashley kerana Syukri menghadapi kesukaran mendaftarkan nama mereka ke sekolah sekiranya tiada penjaga yang merupakan warganegara Switzerland, jadi Ashley mengambil mereka sebagai anak angkat.

“Well they started with TCHAIKOVSKY Violin Concerto, and the other piece is Beethoven Symphony no 7 ,”

“Violin concerto? Is Kathleen the soloist?”

“Yup,”jawab Aisyah sebelum lampu dalam dewan ditutup tanda persembahan akan dimulakan.

**********************
“Kakak,”jerit Aisyah lantang apabila melihat kelibat kakaknya di belakang pentas, selepas selesai persembahan tadi dia terus ke bilik persalinan untuk bertemu Aleya.

“Adik, macam mana tadi, akak buat okey tak?”tanya Aleya bagi mendapatkan pandangan Aisyah, namun dia gelisah kerana muka Aisyah nampak sedikit muram, ‘mesti aku ada buat salah tadi’

“Adik, jawablah, how’s my performances?”

“Superb, betul apa orang cakap, you’re the best,”

“Betul ke, Alhamdulillah, akak takut sangat tadi rasa macam lutut akak mengeletar,”ucap Aleya kelegaan, setiap kali dia membuat persembahan mesti dia mendapatkan pendapat Aisyah kerana hatinya tidak berasa tenang selagi tidak mendengar komen dari adik kembarnya itu, namun deringan telefon Aisyah membuatkan dia memandang Aisyah yang berkerut dahi melihat skrin telefonnya.

“Kenapa adik? Siapa telefon?”

“Miss Ivy, tak tahu kenapa,”Aisyah melekapkan telefon ketelinganya dan dalam masa tidak sampai seminit mukanya berubah pucat.

“Kenapa adik? Apa Miss Ivy cakap?”

“CD untuk persembahan adik hilang, pihak urusetia bagitau Miss Ivy, macam mana ni, mana adik nak cari CD lain, persembahan lagi 30 minit je ni,”

“Hah, hilang macam mana boleh jadi macam tu?”

“Adik tak tahu, semalam lagi adik dah bagi dekat pihak urusetia,”

“Adik guna lagu apa? Maybe ada kawan-kawan akak yang boleh tolong adik,”

“Adik guna musik klasik, Brahms Symphony no 1,”

“Brahms Symphony no 1? Kalau macam tu, akak boleh tolong,”

“Macam mana?”

*****************

Arif Fikri melangkah ke kawasan halaman rumah sambil membawa segelas Nescafe di tangannya, suasana rumah itu sunyi sepi, bagaikan tiada penghuni di dalam, di hirup perlahan Nescafenya, tepukan di bahunya menyebabkan dia berpaling.

“Kak Su, tak tidur lagi ke?”kakak iparnya itu hanya tersenyum.

“Kak Su tak mengantuk lagi la Fikri, yang awk tu kenapa tak tidur lagi?”

“Hmph, Fik tak boleh tidur, diri Fik rasa kosong sangat sekarang ni,” Suhana hanya mengeluh, tahu apa yang dimaksudkan Fikri, dia sendiri merasakan demikian, dipandangnya ke arah rumah mertuanya itu, kelihatan suram tak bermaya, kegirangan dan keceriaan sudah diragut pergi oleh peristiwa pahit yang menimpa mereka.

“Fik, ajal maut di tangan Tuhan , kita cuma hambaNya harus menerimanya dengan rela, memang kematian ayah dan abang Mirul mengejutkan, tapi mungkin ada hikmahnya jadi begini,”

“Fik tahu Kak Su, tapi rasa macam tak percaya, kemalangan tu ubah segalanya dalam rumah ni, hati Fik rasa sakit sangat bila tengok ibu yang hari-hari menangis rindukan abang dan ayah, belum lagi tengok Atiqa yang teraba-raba dalam kegelapan, dan Kak Su pula hilang tempat bergantung, anak saudara Fik tak dapat jumpa ayahnya sendiri, semua tu buat Fik rasa diri Fik macam tak berguna sangat,”

“Benda dah jadi Fik, tak elok kita mengenang kejadian lepas yang menyedihkan, yang pergi takkan kembali, kita yang hidup mesti teruskan perjuangan,”

“Fik rasa rindu dekat ayah dan abang, rindu masa dulu, sekarang Fik rasa macam masa depan Fik gelap tak bermakna,”

“Kak Su faham perasaan Fik, Kak Su pun rindukan abang Mirul tapi dah ditakdirkan dia pergi dulu sebelum Kak Su, tapi Kak Su tak menyesal sebab Kak Su dah buat apa yang Kak Su mampu sebagai isterinya, dan abang Mirul tinggalkan kenangan yang paling bermakna bagi Kak Su, anak dalam kandungan Kak Su ni buktinya,” ucap Suhana sambil mengusap perutnya yang membuncit, air mata yang mengalir disekanya.

“Tapi sekarang tanggungjawab Fik dah bertambah ingattu, Fik mesti kuat kalau Fik nak hadapi semua ni dengan tabah, pasal keadaan dalam rumah ni akak yakin keceriaan akan kembali cuma hanya masa yang menentukannya,”

“Fik kagum dengan Kak Su, patutlah abang Mirul sayangkan Kak Su, dia tak silap pilih Kak Su sebagai menantu keluaga ni, kami bertuah Kak Su kahwin dengan abang Mirul.”

“Sebenarnya Kak Su yang bersyukur diterima dalam keluarga ni, melalui perkahwinan ini barulah, Kak Su dapat merasakan apa erti keluarga, rasa macam mana ada ibu dan ayah, adik-beradik, semuanya,”

“Kak Su tak terfikir nak kahwin lain ke? Kak Su muda lagi,”

“Fik,susah rasanya nak terima lelaki lain dalam hidup Kak Su, bagi Kak Su cinta itu bukanlah sebuah rumah yang boleh dimasuki sesiapa saja, bila Fik dah rasa macam mana rasanya perasaan cinta itu, Fik akan memahami maksud Kak su,”

“Tak tahulah Kak Su, boleh ke Fik cari perempuan yang akan mengunci terus hati Fik macam ayah dan ibu, macam abang Mirul dan Kak Su,”

“Bila sampai masanya, Fik akan jumpa dengan seseorang yang bukan saja memikat hati Fik tapi dia juga akan bawa kegembiraan dan keceriaan dalam hidup Fik, mungkin juga terhadap keluarga ini juga.”

******************

0 pendapat dari anda:

Catat Ulasan