DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Ahad, 28 Februari 2010

BAB 18


Suasana dingin menyapa tubuhnya, namun tidak dihiraukannya, akalnya mula memikir kembali apa yang telah dilakukan, masih menimbang betulkah keputusan yang telah dibuatnya, meninggalkan orang yang amat dia sayangi bagi mencari secebis kenangan silam? Fikirannya buntu, berserabut memikirkan segala benda yang telah terjadi menyebabkan dunianya berpusing 360 darjah.

Dikalih pandangan ke hadapan yang luas terbentang, sinar matahari makin mula menampakkan diri, indah sekali.

“Buat apa ni?”pelukan pada pinggangnya dari arah belakang membuatkannya terkejut pantas sahaja dia berpaling dan dihadapkan wajah Fikri yang tersenyum manis, namun itu juga masih tidak mampu menenangkan fikirannya, dikalih pandangan ke depan kembali masih membiarkan fikirannya menerawang.

Fikri sedikit hairan apabila tegurannya tidak bersambut malahan Aleya hanya terus memandang kosong ke arah hadapan, dahinya mula berkerut, mungkinkah Aleya masih tidak dapat menerima dirinya sebagai suami?

“Sayang tengok sini sekejap,”dipusing tubuh langsing itu agar menghadap ke arahnya, saling bertentang mata.

“Kenapa ni?”soalnya lembut.

“Kenapa apa?”

“Yelah, abang tengok sayang macam blur saja,”

Aleya mengeluh perlahan, dipandang dalam wajah suaminya itu, benaknya masih mempersoalkan tindakan yang harus diambil.

“Kenapa ni sayang, mengeluh pula, abang ada buat something yang Aleya tak suka ke? Tak pun Aleya marahkan abang pasal semalam?”

Merah mukanya mendengar pertanyaan Fikri, kenangan semalam tergambar kembali di mindanya, pantas dia menoleh ke arah lain bagi membuang malu yang mula bertandang, panas mukanya dirasakan.

Fikri hanya tertawa kecil, ditarik tangan Aleya masuk ke dalam bilik dan didudukkan dia birai katil, tangannya melingkari pinggang Aleya dari belakang dan dagunya diletakkan di atas bahu isterinya itu.

“Ok sekarang speak out you mind, will you?”

“Boleh tak kita duduk dalam keadaan yang selesa?”

“Ini lebih dari selesa,”Aleya hanya mengeluh kecil tahu sangat pendapatnya takkan didengari. Ditarik nafas panjang dan diluahkan kembali.

“Abang, betul ke apa yang kita buat ni?”

“Buat apa?”

“Aleya rasa macam kita dah buat satu kesilpan dengan perkahwinan ini, perkahwinan ini terlampau mendadak, Leya tak dapat nak terima, lagipun kita masih belum kenal hati budi masing-masing, Leya takut..”tutur katanya terhenti apabila mulutnya ditekup rapat, pantas dia berpaling bagi mencari wajah suaminya.

“Dah jangan cakap apa-apa lagi,”

“Tapi,”

“Sudahlah,”

“Leya,”namun dia terdiam apabila seulas bibirnya dikucup Fikri, pantas dia menundukkan kepalanya.

“Ok, sekarang Leya boleh dengar pula abang nak cakap ek,”Fikri berdehem sebelum menyambung kata.

“Abang akui perkahwinan kita terlampau mendadak, tapi bagi abang perkahwinan ini bukan suatu kesilapan, Leya ingat tak khutbah nikah hari tu, kan imam ada cakap perkahwinan merupakan suatu yang dituntut, dan pernikahan merupakan keputusan terbaik bagi menyatukan pasangan yang bukan muhrim, Leya fahamkan apa yang abang cakap?”

Aleya hanya menganggukkan kepalanya, setitis air matanya menitis ke pipi dan diusap Fikri.

“Shhh,kita memang tak kenal betul-betul hati budi masing-masing, tapi kita ada masa sepanjang hayat untuk memahami diri kita kan, lagipun betul jgak apa yang nenek cakap,”

Aleya melemparkan pandangan hairan ke arah Fikri, memintanya menyambung bicara.

“Elok bercinta lepas kahwin, dah halal, kalau bercinta sebelum kahwin abang tak boleh nak buat macam ni,” serentak itu dirinya dirangkul erat dan wajah mereka hanya berjarak satu inci.

“Tapi kita tak sarapan lagi,”

“Abang nak sarapan benda lainlah.”

Aleya hanya tergamam, pergerakkannya bagaikan terhenti, masa berlalu melakar kenangan indah bagi mereka.

*********

“Auntie, bunga tu berapa harganya?”

“Yang mana satu lu mau?”

“Yang warna biru tu,”

“Ohh itu mahal sikit woo, 1 batang empat linggit, tapi kalau lu beli satu dosen murah 30 saja,”

“Ohh ye ke,”

“Leya nak beli apa ni?”

“Bunga ros biru tu cantik, nanti boleh letak dalam pasu,”

“Aik tadi kan dah beli bunga?”

“Tadi ros merah dengan putih, ini biru lah,”

“Ayaa, beli saja lah, bunga kalu beli sini mulah, dekat bawah mahal loh,”

“Yelah, dah nama pun perempuan asal tengok bunga je mesti nak,”

“Ait merungut nampak, ini bukan untuk Leya lah bang ini untuk mak, kan mak suka bunga,”

“Betul jugak, Leya tunggu sini kejap abang pergi simpan barang dalam kereta, jangan pergi mana-mana tau,”

“Ok,”

Sedang Aleya asyik menikmati pandangan di sekitar kawasan pasar yang menjual pelbagai jenis barangan, tiba-tiba dia dikejutkan oleh seorang kanak-kanak perempuan menarik bajunya, apabila dia berpaling sekuntum mawar merah diberikan kepadanya, sebelum sempat dia bertanya datang pula seorang lagi kanak-kanak perempuan dan sekali lagi dia diberi benda yang sama, 3 kuntum mawar merah di dalam genggaman tangannya kini, selepas itu datang seorang gadis dan dihulurkan sebuah bakul kecil yang dipenuhi dengan kelopak bunga mawar pelbagai warna beserta satu nota di dalamnya.

Khas untuk isteriku,
Abang mungkin bukan yang terbaik namun abang akan berikan yang terbaik untukmu dan masa depan kita, I love you very much, thanks for being my wife,
Your husband.


Titisan air mata mula membasahi pipinya dan apabila dia mengangkat muka kelihatan Fikri berdiri dengan memegang sejambak besar mawar merah sambil tersenyum manis, pantas dia berlari mendapatkan Fikri dan dipeluk erat suaminya itu.

“Terima kasih sebab sudi terima Aleya seadanya,”ucapnya tersekat-sekat.

*****************


8 pendapat dari anda:

Hafia Hana berkata...

hohohohoho...
sweet gler

epy elina berkata...

hohoho...
sweet la part ni...
romantik jg fikri ni...
best2x...

aisyah berkata...

so sweet.... =>

Tanpa Nama berkata...

best... best... best..

sharemotivasi berkata...

wah..best best...menarik..boleh buat novel nie..
kalo nk terbit, bgtaw ek..

Tanpa Nama berkata...

best!!!smbung agy!!bst laaaaaaaa!!skenye tgk fikri ngn aleya!!!

Linglung berkata...

layannn

http://akulinglung.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

naper lm xder n3 br????

Catat Ulasan