DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Sabtu, 3 Julai 2010

BAB 2

Suasana dalam kelas 5SS1 riuh rendah mengalahkan pasar borong lagaknya. Di sudut kelas Anis sedang berusaha menyiapkan tugasan yang diberi oleh cikgunya, sesekali dahinya dikerutkan ada kalanya dia tersenyum nipis, apabila dia selesai menyiapkan tugasan yang diberi, dia mengemas mejanya yang dipenuhi kertas lalu disusunnya mengikut turutan soalan, sambil menyemak kerjanya dia tersenyum puas kerana tugasan yang diberi mampu disiapkan walaupun dia menyelesaikannya pada saat-saat akhir.

“Korang, cuba tengok ni, anak emas Cikgu Norsiah dah siap lah kerja sekolah semalam,” suara lunak merdu yang kedengaran berhampirannya memaksa Anis memanggung kepalanya, kelihatan Erni Syafiqah berdiri di hadapannya sambil memegang kertas jawapan yang baru disiapkan.

“Kau nak apa? Itu kertas akulah!” bentaknya geram namun kelantangan suaranya makin menurun apabila jelingan maut diberikan lagak seperti hampir membunuhnya.

“Tadi ya, tapi sekarang ini kertas aku, betul tak kawan-kawan?”

“Tapi aku yang buat kerja-kerja tu,”

“Eh kau ni bebal macam mak kau jugak ke? Kan aku dah cakap yang ni aku punya sekarang,”

“Tapi...”bicaranya terhenti apabila kelibat guru sudah menghampiri kelas mereka, serta merta semuanya menjadi senyap sunyi, Anis sudah gelabah di tempatnya, kerja yang penat lelah disiapkan sekarang berada di tangan Erni, padahal semalam cikgu sudah memberi amaran agar semua tugasan mesti dihantar hari ini, tiada pengecualian.

“Ok, saya nak semua tugasan semalam dihantar, tapi sebelum tu, saya nak buat kuiz, kalau kamu buat tugasan yang saya beri semalam sendiri bukan meniru, kamu boleh jawab soalan ni, siapa yang dapat markah 80% ke atas tak perlu hantar tugasan semalam tapi siapa yang dapat bawah dari 80% kena buat 2 tugasan tambahan, siapa yang gagal, kena buat 5 tugasan,”

Pernyataan itu menyebabkan kelas menjadi riuh ada yang mula menggelabah ada yang tergaru-garu kepala manakala ada yang tenang sahaja, Anis menarik nafas lega, harapannya biarlah dia mendapat 80% ke atas memandangkan kerjanya sudah berpindah hak milik.

“Ok simpan semua buku dan catatan, saya nak atas meja kamu cuma ada alat tulis dan kalkulator sahaja, yang lain simpan dalam laci meja, saya beri kamu masa 2 minit untuk bersedia.”

************

“Arish,”jerit Laila membuatkan Anis berpaling dan tersenyum apabila melihat Laila tergesa-gesa mendapatkannya.

“Laila suara kau memang dah habis kuat ke?”perlinya selamba, tahu sangat dia kalau Laila bersuara macam nak bagi satu sekolah dengar kuat, tak payah guna mic.

“Nak buat cemana, dah memang aku suara kuat macam ni, lagipun aku ni turun dari ayah aku lah macam lah kau tak tahu,” ayat pembelaan yang biasa didengari apabila Laila ditegur membuatkan Anis mencebik bibirnya ‘ asyik-asyik ulang ayat yang sama dah tak ada ayat lain gamaknya’

“Ha tu mesti tengah kutuk aku tu, kalau mulut mencebik je kerja nya tak lama nanti kau jadi sedara ngan Pak Tik kat umah wan aku,”

“Kau ni Laila, aku tak nak kawan baru tau,”bentaknya lagi, benci sungguh kalau Laila menyamakan dia dengan Pak Tik itik rumah wannya yang suka menyudu kaki orang.

“Eh,eh jangan la macam tu, aku melawak sajalah, sorry ek, eh aku nak tanya tadi Cikgu Norsiah ada buat kuiz tak?”

“Ada, kenapa kau pun kena jugak ke?”

“Mestilah kena, nasib baik aku buat kerja dia bagi kalau tak nak kena buat kerja tambahan hai tak sanggup aku, satu pun dah nak naik biol kepala otak aku,”

“Kiranya kau lepaslah 80% tu?”

“Lepas, cukup-cukup 80% nasib baik, eh kau dapat 100% ek tadi Cikgu Norsiah asyik puji kau dalam kelas kami, siap cakap lagi siapa dalam kelas ni yang gagal malulah dengan kelas kau, yelah kami aliran sains tapi kalau add math pun tak lepas buat penat belajar la, siap suruh balik kawin pulak tu tak tahan beb,”

“Ok apa kawin meramaikan umat nabi Muhammad SAW,”

“Kau jangan nak merepek, kalau aku nak kawin at least aku dah kerja, tak nak aku kawin muda-muda hu,hu tak sanggup,”

“Ye lah tu entah-entah kau dulu yang bagi kad kahwin orang lain dapat 1 ja SPM tapi kau dapat 2 tak ke haru jadinya,”

“Ha macam mana boleh dapat 2?”

“Ye lah, 1 Sijil Pelajaran Malaysia satu lagi Sijil Perkahwinan Malaysia, best kan,” selesai dia mengucapkan kata-kata itu, terus dia melangkah menjauhi temannya itu yang cuba menafsir kata-katanya.

“Arish!”jerit Laila lagi dan berlari mendapatkan Anis yang sudah melarikan dirinya apabila menyedari dirinya dikejar sambil ketawa.

*******************

“Kamu ni betul-betul ke Ilham?”

“Lah betul-betul la mak ingat Am main-main ke? Benda macam ni mana boleh dibuat main,”

“Mak tahulah tapi kamu tak ada pilihan sendiri ke?”

“Lah hari tu mak jugak yang bising nak Am kawin sekarang bila Am suruh mak carikan mak tanya Am macam tu pulak isy,isy,”

“Mak bukan apa, mak lebih suka kalau Am cari sendiri, mak takut kalau mak pilihkan nanti kalau dapat yang elok tak apa kalau dapat yang tak elok nanti kau salahkan mak pula, mak tak nak kau menderita,”

Ilham mendapatkan ibunya lalu dipeluk bahu ibunya yang sangat disayanginya itu.

“Mak, Am tak akan salahkan mak, Am tahu kalau mak Am yang pilih mesti mak akan pilih yang terbaik untuk diri Am tapi Am ada satu permintaan sebelum mak cari calon isteri buat Am,”

“Apa dia, kamu jangan nak cakap kamu nak cari isteri orang putih mampus mak nak mencarinya,”

“Ok apa, nanti cucu mak lawa-lawa, hidung mancung, mata kaler-kaler, kulit putih gebu,”

“Ya Allah, mintak simpang lah semua tu, mak tak kisah cucu mak macam mana, tapi mak kalau boleh menantu mak orang kita, warganegara Malaysia, kamu faham tak?”

“Mak ni diskriminasi betul dengan warga asing tak elok tau mak,”

“Dah kamu jangan nak mengada-ngada sekarang ni mak baca suratkhabar pasal nikah cerai ni banyak, kalau kamu dengan isteri kamu bercerai anak-anak ikut mak dia lepas tu murtad sebab mak dia tak ada bimbingan Islam, mak tak mahulah keluarga mak jadi macam tu,”kepala ibunya yang digelengkan beberapa kali itu menyebabkan tawanya meletus kuat, Ilham tahu kalau bab hal ehwal negara ibunya itu memang pakar, yelah duduk dekat rumah ni hari-hari ibunya akan menonton berita terkini dirinya pun kadangkadang ketinggalan mengenai hal-hal macam ni.

“Gelak pulak budak ni, itulah sekarang ni heboh pasal perebutan anak, bila kawin bukan nak fikir apa jadi masa depan, bila dah bercerai-berai isteri pula mualaf sebab nak kawin, lepas tu mulalah kalut masuk suratkhabar bimbang anak dilarikan dan tukar agama, sebelum kawin bukan nak fikir masak-masak taunya nak seronok saja bila terjatuh baru terngadah, masa tu menyesal pun tak berguna,”

“Mak ni, Am komen sikit lepas tu mak nak buat ulasan berita tu kenapa, Am taulah mak bab-bab ni expert tapi dengar dulu apa yang Am nak cakap, boleh ye mak?”

“Ha kalau aku cakap ni ada sajalah alasan kamu, apa dia yang kamu nak cakap?”

Ilham hanya tersenyum dan mendekatkan bibirnya ke telinga ibunya itu, selepas beberapa ketika mata ibunya membulat gara-gara terkejut mendengar butir icaranya.

“Kenapa kamu nak suruh mak buat macam tu?”

Sekali lagi Ilham berbisik di telinga ibunya, selepas habis bicaranya ibunya hanya mengangguk faham akan alasan yang diberi.

0 pendapat dari anda:

Catat Ulasan