DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Selasa, 13 Oktober 2009

BAB 12

Kakinya yang memijak tanah rasa bagaikan di awang-awangan, jantungnya berdebar-debar sudah melepasi tahap normal, fuh cool down Leya, apasal gabra sangat ni, tarik nafas hembus nafas.

“Apasal ni, hai takkan ajak keluar pergi dinner dah sejuk, Cik Aleya saya bukan ajak awak pergi jumpa tok kadi ok,”tersentak Aleya dibuatnya, hai kenapalah mamat ni suka muncul tiba-tiba, lama-lama gol aku kalau selalu macam ni.

Fikri hanya tersenyum melihat Aleya yang sudah memasamkan mukanya tanda tidak puas hati dengan apa yang dikatakannya. Tubuh gadis itu dipandang dari atas ke bawah, cantik, dress berwarna merah itu sangat kontra dengan dengan kulit cerah Aleya dan membuatkannya nampak lebih menawan.

“Ehem,”

Deheman Suhana membuatkan Fikri pantas kembali dari lamunannya, Suhana dilihatnya sudah tersenyum megejek, matanya menangkap kelibat ibunya dan Mak Kiah di ruang tamu itu.

“Hai sudah-sudahlah tu Fik, kamu tengok Aleya macam nak makan, seram Kak su dibuatnya,”

“Haah betul tu yang kamu tenung anak dara orang sampai macam tu sekali kenapa, tak senonoh betul,”sokong Puan Maznah, Fikri hanya tersenyum kecil, dikenyitkan mata terhadap Suhana sebelum dia dan Aleya melangkah meminta diri.

“Fik jangan balik lambat sangat, ingat Aleya tu anak dara jangan melencong ke tempat lain pulak,”laung Suhana.

Suasana di dalam kereta itu sunyi dan sepi, sekali pandang seperti berada di tanah perkuburan, sesekali jelingan mata Fikri singgah di wajah Aleya di sebelahnya, namun Aleya lebih rela memandang jarinya sendiri seolah-olah sudah tumbuh jari baru.

“Okay, kita dah sampai, ingat dekat dalam nanti awak kena pura-pura jadi tunang saya, play your part nicely, got it,”kata-kata yang diucapkan Fikri bak angin berlalu, satu pun tidak dapat ditangkap fikiran Leya yang sedang berserabut,

‘hai macam mana la aku boleh terjebak ikut plan ni, rasanya tadi dah cakap tak nak, tak pasa-pasal aku ada dekat sini, daddy tolong kakak’

“Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?”tangan Aleya ditepuk perlahan, mengejutkan gadis itu yang sedang menerawang fikirannya.

“Hah, apa, dah sampai ke?”Fikri tertawa halus mendengar pertanyaan itu, ‘sah dia tak dengar apa yang aku cakap tadi’

“Cik Aleya, awak dah sampai mana? ISS ke join sekali Dr SMS? Ke dah advance sampai Marikh?”Fikri mengelengkan kepalanya berkali-kali.

Mata Aleya membuntang mendengar apa yang dicakapkan Fikri, ‘ISS? Amboi mentang-mentangla sekarang musim demam Dr SMS boleh pulak dia mengata aku’ muncungnya ditarik sedikit, geram dia dimainkan Fikri.

“Dah la tu, jom kita keluar, dah lambat ni,”

Perlahan kedua-duanya melangkah masuk ke dalam ballroom yang terhias cantik dengan pelbagai perhiasan berasaskan tema merah hitam, ramai yang sudah sampai masing-masing kelihatan bergaya dengan baju yang digayakan, pelbagai fesyen ditemui di dalam ballroom itu.

Mata Aleya meliar memandang persekitaran di dalam ballroom, namun tersentak apabila Fikri menarik tangannya ke dalam genggaman lantas dipandang muka Fikri, kelihatan mata lelaki itu memandangnya penuh makna, terasa merah mukanya, malu, gementar semuanya bercampur gaul.

“Hei apasal merah muka ni, dah macam sama warna dengan baju la pulak,”usik Fikri apabila pipi Aleya kemerah-merahan.

“Eh Encik Fikri, sampai jugak saya ingatkan tak datang tadi,”ujar seseorang membuatkan mereka berpaling. Susuk tubuh Wani Hazirah yang ayu berbaju kurung berwarna merah terpacak dibelakang mereka.

“Eh, mestilah saya datang, makan free siapa tak nak betul tak sayang,”dikenyitkan mata kepada Aleya.

Panggilan sayang dan kenyitan mata Fikri membuatkan mata Aleya membulat seketika sebelum mukanya bertambah merah lebih merah berbanding tadi. Dikalih pandang terhadap wanita dihadapannya yang kelihatan bingung melihatnya.

“Oh ya, Wani kenalkan Zulaikha Aleya, Leya ni Wani Hazirah setiausaha Fik,”

“Wani,”

“Aleya,”tangan berjabat tanda silaturrahim terbentuk diantara kedua-duanya, namun mata Wani Hazirah masih memandang Fikri memikirkan apa hubungan diantara kedua-duanya, Fikri yang memahami maksud pandangan ingin tahu Wani hanya tersenyum nipis sebelum menyambung.

“Aleya ni tunang saya,”

“Wah, Encik Fikri senyap-senyap je bertunang, tak bagitau pun,”

“Baru lagi, lagipun bertunang je, buat apa kecoh-kecoh nanti bila saya buat kenduri saya jemput awak,”

“Nasib baik bertunang je, kalau kahwin tak jemput, kami ingat nak buat mogok besar-besaran,”sampuk satu suara, Fikri hanya tertawa halus mendengarnya, Suraya Nasuha kerani akaun di jabatannya itu memang agak lucu orangnya.

“Tapi kan Kak Aya, hari ni mesti ada orang yang jealous,mana tidaknya, dia yang pasang pancing orang lain yang dapat ikan,”sekali lagi ketawa mereka kedengaran, Aleya hanya tersenyum nipis menengarnya.

“Apa yang lawak sangat ni,”ujar satu suara membuatkan mereka terdiam, amat dikenali suara itu.

“Eh Fik, bila you sampai, tak bagi tahu pun,” pantas Izz mendapatkan Fikri namun langkahnya terhenti apabila melihat ada gadis disampingnya.

“Kenalkan Aleya tunang I,” muka Izz berubah serta-merta, matanya memandang Aleya di sebelah Fikri, tanda tidak percaya.

“Leya, ni Izz my colleage,”

“Hai,”balas Izz sambil lewa. Aleya hanya tersenyum,

“Assalamualaikum, selamat berkenalan,”balas Aleya, muka Izz menjadi merah tidak pasti sama ada marah ataupun malu. Wani dan Suraya hanya tersengih mendengarnya, namun hanya sekejap sahaja apabila pandangan tajam Izz jatuh terhadap mereka.

“Waalaikumussalam, Fik ayah cari you, dia ada dekat meja depan,”

“Oh, okay, jom Leya kita pergi sana,”Aleya hanya menganggukkan kepalanya.

“Kak Aya, Wani minta diri dulu ya,”ucap Aleya terhadap Wani Hazirah dan Suraya Nasuha.

Langkah diatur mengikut gerak kaki Fikri sehingga berhampiran dengan pentas, terdapat meja hidangan, mungkin untuk VIP kerana hidangan buffet disediakan bagi tetamu yang lain.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam, sampai juga kamu Fikri, ingatkan tak datang tadi,”

Fikri hanya tersenyum mendengar bicara pemilik syarikat tempat dia bekerja, Dato’ Hashim.

“Dan ini, siapa?”tanyanya apabila meihat kelibatZulaikha Aleya.

“Tunang dia papa, takkan tak tahu, Encik Arif Fikri kita ni bertunang senyap-senyap tak panggil orang,”ujar Izz Zayani sambil memeluk lengan papanya sambil matanya memandang tajam ke arah pasangan itu, bertambah sebal hatinya apabila Fikri menarik tubuh Aleya semakin merapatinya.

“Izz, where your manner? Kan papa selalu pesan jangan menyampuk tiba-tiba bila orang lain bercakap,”bertambah sebal hati Izz apabila ditegur papanya dihadapan tetamu yang ada.

“Dato’ who is he?”pertanyaan itu membuatkan Dato’Hasyim melupakan pertelingkahan kecil diantara dia dan Izz,lalu tersenyum memandang tetamu jemputan khas yang berdiri dihadapanya

“Well let me introduce this is Arif Fikri the most talented young man and Fikri meet Mr Auchlair wakil EIG from France and his doughter,”

Gadis kecil disamping Mr Auchlair kelihatan tersipu-sipu memandang mereka, nampak sangat yang dia kekok berada di persekitaran orang dewasa.

“She doesn’t understand English well, sorry I have to bought her here, I was worried to let she stay in the room alone,”

“Never mind, it is family event here many people also bought their kids too,”Mr Auchlair hanya menganggukkan kepalanya, mata anak gadisnya sejak diketemukan kepada Aleya hanya memandang muka Aleya tanpa jemu, perlahan genggaman tangan Fikri dilepaskan lalu menghampiri gadis kecil itu.

“Salut, quel est votre nom?( hi, what is your name?)”

“Christine Auchlair, Mes amis m'appellent Chris(my friends call me Chris),”

“Bien Chris, nice to meet you,”

Tangannya dihulurkan kepada Chris dan disambut bila dia mengangkat kepalanya barulah Aleya perasan bahawa gelagatnya diperhatikan banyak mata, lantas dia berdiri menghampiri Fikri.

“Vous savez comment parler en France?( You know how to speak in France?),” soal Mr Auchlair tidak percaya.

“Juste un peu,(Just a little bit),”

2 pendapat dari anda:

Tanpa Nama berkata...

i like...dh x sbr2 ni...
cpt smbung...

Tanpa Nama berkata...

i luv dis story...
cpt smbung k....
x sbar nk tgu next n3..
keep writing...

Catat Ulasan