DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Ahad, 30 Mei 2010

DIAM BUKAN BERERTI AKU MENYERAH 1

“Assalamualaikum,”sapaan seseorang di muka pintu mengejutkan Ilham yang sedang menonton tv di ruang tamu lantas dipalingkan kepalanya dan didapati ada seorang gadis sedang berdiri dihadapan rumah ibunya.

“Waalaikumussalam, nak cari siapa?”

“Saya nak minta kutipan derma untuk sekolah saya, ini ada surat dari sekolah dengan kebenaran pihak polis,”

Ilham melihat sepi surat yang diberikan ‘Readerthon’ ‘apa kejadahnya ni?’

“Sekolah awak nak minta derma nak buat apa?”

“Untuk besarkan perpustakaan sekolah,”

“Oh, tunggu sekejap, saya masuk dalam ambil duit,” Anis hanya tersenyum manis, alhamdulillah rezeki dia murah hari ni, hampir satu kampung dikelilinginya hari ini, kakinya terasa sakit namun digagahinya juga.

Tangisan kecil menyebabkan dia berpaling ke belakang dan dilihatnya ada seorang budak lelaki sedang menangis, lututnya kelihatan berdarah mungkin terjatuh.

“Nah ini duitnya,” langkah Ilham terhenti apabila kelibat gadis tadi sudah menghilang, dijenguk ke luar rumah dan apa yang ditontonnya membuatkan dia terkedu.

“Adik jangan nangis lagi ek, ibu akak selalu cakap budak lelaki kena kuat, malulah kalau orang tengok,”

“Cakit,”Anis hanya tersenyum budak-budak apa dia tahu, ditiup sedikit lutut yang terluka tadi sebelum dilap dengan sapu tangan miliknya dan diikat bagi menghalang darah terus mengalir.

“Ok dah pun, nah adik ambil ni ek,” cupcakes yang dibawa dalam beg sandangnya diambil dan dibagi kepada budak tadi, terus hilang wajah muramnya diganti dengan wajah girang.

“Maceh kak,” dicium pipi Anis dan diambil cupcakes yang dihulurkan.

“Aliff,”

“Pak Su,” jerit budak tu riang, Anis hanya tersenyum apabila budak lelaki tadi memeluk tubuh Ilham yang tercegat di hadapan pintu.

“Kan tadi Pak Su pesan jangan lari-lari Aliff tak dengar cakap Pak Su ke?”namun hanya sia-sia kerana Aliff leka membelek cupcakes yang diberi Anis.

“Biarlah encik budak lelaki kenalah lasak sikit, lagipun kalau dia tak jatuh dah tentu dia tak rasa macam mana sakitnya dan nanti mesti ada benda yang dapat dipelajari, pengalaman kan mendewasakan,” jawab Anis sambil tersenyum, Ilham terkedu mendengarnya.

“Ah, ni duitnya,”dihulur RM10 kepada Anis.

“Terima kasih, encik tolong sain dekat sini,”sebaik dia menghulurkan kembali pen yang digunakan kepada Anis, dia dihulurkan pula cupcakes yang diberikan kepada Aliff tadi, dengan dahi berkerut dia memandang Anis.

“Ini sebagai tanda penghargaan saya, ambillah,”Anis tersenyum dan dia meminta diri untuk pulang.

Ilham hanya terpaku di depan pintu dengan tangannya diisi cupcakes coklat yang dihulur Anis tadi, lama dia terpaku sebelum dia dikejutkan oleh suara ibunya.

“Yang kamu berdiri depan pintu ni apahal? Nak jadi jaga rumah ke?”

“Tak ada apa-apalah mak, Aliff mana?”

“Mak suruh dia mandi, kenapa lutut dia luka Am? Jatuh lagi ke?”

“Biasalah, macam lah mak tak kenal cucu mak tu,”

“Cucu mak, anak sedara kamu, anak abang kamu,”

Ilham hanya tersengih memandang ibunya, lalu dilabuhkan punggung di sebelah ibunya dan dipeluk erat bahu ibunya itu.

“Am tahulah mak, tapikan nasib baik Aliff tu tak nakal sangat kan mak, ikut betul ibu dia yang pendiam kalau tak kesian dekat mak Am ni, hari-hari pening kepala,”

“Kalau dia nakal pun mak tak kisah Am, dialah yang selalu temankan mak, nak harapkan kamu dengan Ikmal dah lah tak lekat dekat rumah, kamu tu balik pun jarang-jarang padahal rumah bukannya jauh sangat KL dengan Selangor saja, tapi kalau mak tak suruh balik tak adanya kamu nak jejak kaki kat sini,”

“Am sibuklah mak, bukannya mak tahu kerja Am macam mana,”

“Ada saja jawapan kamu,”

“Nenek!” jeritan Aliff menyebabkan ibunya melangkah ke atas. Ilham hanya tersenyum melihat telatah ibunya yang terlalu memanjakan Aliff.

**********

“Arish, kau dapat banyak tak kutipan?”

“Bolehlah, nak kata banyak tak, nak kata sikit pun tak,”

“Lepas tak kuota RM50 tu?”

“Lepas,kau mesti mintak parents kau support kan?”

“Biasa la, tak kuasa aku nak pergi round rumah ke rumah, lenguh, so aku minta je Ma and Pa aku bagi duit habis cerita,”

“Kau ni kan Laila pemalas jugak ek,”Anis menggelengkan kepalanya, di sekolah dia dipanggil Arish entah kenapa pun dia tak tahu Laila yang memulakan panggilan tu, habisnya semua orang terikut termasuklah cikgu.

“Kawan siapa? Kau jugak kan?”

“Yang buruk semua kawan aku ek, kalau yang baik tu diri sendiri la, betul tak?” tanya Anis sinis, sengaja mahu menyakat Laila.

“Mana ada, baik buruk aku still kawan kau tau,”Laila mula membuat muka tanda ketidakpuasan hatinya, namun hanya seketika apabila matanya menangkap kehadiran Rizwan Amran di dalam kelas.

Anis memanjangkan leher ke arah pandangan mata Laila, hairan bertamu apabila menangkap seyuman Laila, ‘patutlah, senyum je memanjang, tadi muka macam buah pelam masam je aku tengok, buah hati ada dekat depan’

“Eh, Arish kau nak pergi mana pulak?”tanya Laila hairan apabila Anis bangun dari kerusi dan melangkah ke arah pintu.

“Aku nak pergi kantin, makan, dah kebulur dah ni, kau lain la tengok muka buah hati terus kenyang,”perlinya selamba, namun tawa kecilnya pecah tatkala mendengar jeritan tidak puas hati Laila.

******************

“Kak, jangan buat saya macam ni, yang tu duit anak-anak saya, janganlah,”

“Hei betina sundal, sedar sikit yang kau tu menumpang saja, dah la sial, sebab kau lah adik aku mati, sekarang ni semua harta dia pun kau nak bolot,”

Anis yang mendengar deruman kereta terus melajukan langkah ke rumahnya, terkedu dirinya apabila melihat ibunya terduduk di pangkin rumah sambil mengusap kakinya yang mungkin terseliuh.

“Ibu, ibu kenapa bu, apa dah jadi?”

“Mak long,” hanya itu yang mampu dikatakan oleh ibunya, serta-merta dia memahami apa yang terjadi, mesti ibu saudaranya itu mengugut ibunya lagi, semenjak kecil dia sudah biasa dengan senario ini, kakak kepada ayahnya memang tidak henti menganggu ibu semenjak ayahnya meninggal disebabkan kemalangan 12 tahun yang lalu. Tubuh ibunya dipimpin masuk ke dalam rumah, dan kaki ibu yang terseliuh disapu dengan minyak gamat yang tersedia bagi menghilangkan kesakitan ibunya.

2 pendapat dari anda:

Tanpa Nama berkata...

wahhhh.....permulaan citer yg menarik

Tanpa Nama berkata...

love it..... nak lagiiiiii.......

Catat Ulasan