DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Khamis, 20 Ogos 2009

BAB 8


Aisyah duduk di salah satu bangku di taman permainan berhampiran dengan rumahnya, kelihatan beberapa kanak-kanak bermain dengan girang, menungannya bersambung di situ, semenjak kehilangan Aleya itulah kerjanya, termenung dan menangis, dia sangat merindui kakaknya itu, semenjak kecil, dia amat tidak betah jika terpaksa berpisah dengan kakaknya itu, dia ingat lagi semasa dia berumur 9 tahun, dia dan kakaknya dihantar ke kem musim panas yang berasingan kerana mengikut tetapan pihak sekolah, seminggu dia demam panas sampai pihak pengurusan kem terpaksa menukarkan kakaknya ke kem yang didudukinya barulah dia sembuh dan sihat.

“Nangis lagi?” suara yang menegur membuatkan dia berpaling, terkejut bila melihat kelibat Khairul Arshad, anak Uncle Razali dihadapannya.

“Abang, bila abang sampai?”

“Semalam, setiap kali abang jumpa Aisyah mesti tengah nangis, hairan abang, abang bawa virus nangis ke?”tanya Khairul Arshad sekadar berseloroh, dilihatnya hanya senyuman nipis di bibir Aisya sebelum wajah itu kembali muram, dia mengeluh, berita kehilangan Aleya sudah disampaikan kepadanya oleh ibunya semalam.

“Sudahlah tu, ibu cakap dah dekat sebulan Aisyah asyik nangis saja, Insyaallah, Aleya tak apa-apa, kalau Aisyah asyik fikir yang bukan-bukan nanti benda tu yang jadi dekat kakak,”ujarnya sedikit mengugut, kepala Aisyah menggeleng pantas, dia tidak mahu apa-apa pun jadi terhadap kakaknya, dia amat menyayangi Aleya lebih dari nyawanya.Namun perbualan mereka berdua terganggu apabila seorang dari kanak-kanak yang sedang bermain datang ke arah mereka sambil membawa buku di tangannya.

“Becher darf ich das Autograph(Can I get your autograf?)”ujar kanak-kanak itu takut-takut, Aisyah menyapu air mata di pipinya sambil tersenyum dan mengangguk, diambilnya buku tadi lalu mencoretkan tandatangannya.

“Dankes...(Thank you)”ucap kanak-kanak itu riang sambil berlari mendapatkan kawan-kawannya sambil bersorak riang.

“Wow, nampaknya Lacey Evans sekarang dah jadi superstar,”Aisyah hanya tersenyum nipis, semenjak peristiwa dia berluncur diiringi kumpulan orkestra, dia semakin dikenali ramai, malah ada beberapa tawaran membintangi iklan diterimanya, namun dia masih belum membuat keputusan.

“Biasa je, kan dari dulu lagi macam ni?”tanyanya sambil menjongketkan keningnya ke arah Khairul Arshad, namun hanya ketawa lantang diterimanya.

“Yes, this is Zaidatul Aisyah that I know, abang ingatkan depan abang ni Statue Liberty, yang tak tahu nak bercakap tu,”sengihnya lagi.

“Statue Liberty? Amboi mentang-mentang baru balik dari New York sedap-sedap je abang kata Aisyah Statue Liberty, menyampah,”rajuk Aisyah sambil memusingkan badannya dari Khairul Arshad.

“Eh takkan itu pun nak merajuk, Aisyah untung tau, Statue Liberty tu famous gila, sampai ada ura-ura nak jadi keajaiban dunia macam Taj Mahal, Great Wall of China,”

“Sudah-sudah Aisyah tak nak belajar World History dekat sini, kenapa abang balik sini, setahu Aisyah semester break lambat lagi kan?”

“Saja, rindu nak jumpa buah hati,”ucapnya bersahaja sambil memandang muka Aisyah yang memerah, malu agaknya, dia tertawa lagi.

“Abang!”cubit Aisyah setelah tawa Khairul Arshad makin lantang, ‘huh memang anak Uncle Razali betul , suka gelak kuat-kuat macam Uncle jugak’

Setelah Khairul Arshad menghentikan tawanya, dia mengekori Aisyah yang berjalan menerusi taman permainan, wajah Aisyah yang sedikit girang bertukar suram sekelip mata apabila menghampiri rumahnya, jelas masih terimbau kenangan bersama Aleya. Khairul Arshad hanya menggeleng, sambil mengenggam tangan gadis itu mereka menghampiri kawasan rumah Aisyah dan ditarik tangan Aisyah duduk di kerusi di halaman rumah.

“Aisyah, jangan macam ni sayang, Aisyah macam ni, tak kasihan dekat daddy Aisyah ke? Aisyah tahu tak daddy Aisyah pun tengah sedih juga Aleya hilang tapi, bila tengok Aleya macam ni, dia lagi sedih,”ujarnya, namun makin galak air mata mengalir ke pipi Aisyah.

“Aisyah rindukan kakak, Aisyah takut kalau-kalau apa-apa jadi dekat kakak,”ujarnya dalam sedu.

“Abang tahu Aisyah tengah rindukan Aleya, tapi Aisyah kena tabah, life must keep moving, semalam ibu cerita yang Aisyah jarang sangat makan, abang pun nampak Aisyah dah kurus sangat, macam ni tak elok untuk Aisyah, nanti apa-apa jadi dekat Aisyah semua orang susah hati, Aleya hilang entah ke mana, Aisyah pula macam ni, abang pun tak rasa yang Aleya nak tengok Aisyah macam ni,”

“Tapi macam mana kalau sesuatu jadi dekat kakak, Aisyah bimbang kalau-kalau kakak dah,”bicaranya terhenti apabila tangan Khairul Arshad memekup mulutnya.

“Jangan fikir yang bukan-bukan, Aisyah tahu tak apa yang kita cakap adalah doa, kalau selalu diucapkan akan menjadi kenyataan, Aisyah nak sesuatu jadi dekat Aleya ke?” Aisyah pantas menggelengkan kepalanya.

“Dah tu, jangan fikir lagi pasal tu lagi, think positive okay, abang rasa Aleya hilang bersebab, and nothing can happen to her she’s a strong lady didn’t she? Aisyah sendiri tahu yang Aleya tak mungkin menghilangkan diri macam tu saja mesti ada sesuatu yang perlu diselesaikan, and she will be back after that, why are you looking at me like that?”tanya khairul Arshad setelah dia ditenung tajam oleh Aisyah.

“Tak abang cakap macam abang tahu Kak Leya dekat mana je?”

“Mana ada, I just thought it,”ucapnya lagi dengan riak wajahnya cuba ditenangkan bagi meyakinkan Aisyah, dianggukkan kepalanya lagi bagi menguatkan kenyataannya.

Teringat sebulan yang lalu, dia menerima panggilan telefon dari Aleya yang kedengaran cemas, memberitahu niatnya untuk pulang ke Malaysia, dia agak terkejut mendengarnya apabila mendengar alasan Aleya dia mula memahami kehendak Aleya yang ingin mencari kebenaran mengenai keluarganya. Lantas atas cadangannya mereka bertemu di France, dan Aleya menaiki kapal terbang dari Charles de Gaulle International Airport ke Malaysia. Teringat emel Aleya yang mengatakan dia selamat tiba di Malaysia dan sedang menetap di rumah seseorang yang dikenalinya di Damansara.

“I miss her, very much,”ungkapan itu mengembalikan lamunan Khairul Arshad yang menerawang, dia mengeluh lagi lalu ditarik Aisyah ke pelukannya bagi meredakan tangisan gadis itu.

“Sudah la tu jangan nangis lagi,”

“Ehem,ehem, uncle rasa uncle tak bagi kebenaran korang berdua berpeluk,” ucap satu suara dari belakang membuatkan mereka tersentak dan melepaskan pelukan mereka, Khairul Arshad hanya tersengih-sengih bila melihat tiga susuk tubuh ibu bapanya dan Syukri dihadapannya manakala muka Aisyah pula merintik merah akibat malu.

“Emm, uncle bila sampai, duduk la,”ucap Khairul Arshad serba salah.

“Hai sejak bila tetamu yang ajak tuan rumah duduk Khai?”soalan itu membuatkan Kahirul Arshad terpinga-pinga lantas baru dia teringat dia berada di rumah Aisyah sudah tentulah rumah Syukri, ‘Khai buat malu diri sendiri sajalah, sedap sangat peluk anak dara orang sampai tak sedar ada dekat mana’

“Hai dah tak sabar-sabar lagi ke Khai, tahulah Aisyah ni tunang kamu tapi janganlah over sangat, kang ibu suruh kawin sekarang jugak kamu nak buat macam mana?”

“Eh lagi bagus apa, bila ibu? Khai bila-bila je boleh,” Salmah membesarkan bebola matanya mendengar jawapan anak lelakinya itu.

“Budak bertuah,dah gatal nak kawin sangat ke, belajar pun tak habis lagi, macam mana nak tanggung anak orang?”

“Eh bukan ibu yang cakap nak kawinkan kami cepat-cepat, bukan Khai yang mulakan okey, you start it,”Khairul Arshad hanya tersengih, sekali-sekala mainkan ibunya best jugak.

“Gatal, miang,”ucap Salmah sambil tangannya bergerak mencubit badan anaknya itu.

“Ups, dah-dah karang kesian dekat Aisyah dapat suami berbintat-bintat kena cubit ibu,”selorohnya lagi, namun tidak lama apabila Aisyah turut sama bergabung dengan Salmah mengerjakan dirinya, terjerit kecil Khairul Arshad dibuatnya.

Syukri dan Razali hanya ketawa memandang telatah mereka bertiga, dalam diam Syukri bersyukur kerana kepulangan Khairul Arshad mampu mengembalikan keriangan dalam diri Aisyah.


0 pendapat dari anda:

Catat Ulasan