PROLOG
Dirinya hanya mampu menung jauh ke sekeliling bilik yang dihias indah, sedar tak sedar hari yang cuba dielaknya muncul jua, hatinya berasa walang, seharusnya dia sibuk bergelumang dengan buku seperti rakan-rakan yang sebaya dengannya, namun hanya kerana 1 janji yang dibuat dirinya bakal diikat.
“Kau okey?”Teman disisi yang turut mengerti kegusaan hatinya hanya mampu meminjamkan semangat buat dirinya.
“Dah siap? Amboi cantiknya anak ibu,” wajah di muka pintu dipandang hiba, air muka ibunya kelihatan serba salah, ibarat ditelan mati emak diluah mati ayah.
“Anis, maafkan ibu nak, kalau ibu memaksa Anis, maafkan ibu,”sayu suara itu membuatkan dirinya tidak betah lagi, lagipun ketika perkara ini diusulkan dia yang memberi persetujuan, masakan sekarang tega dirinya menyalahkan wanita yang paling dia sayang semata-mata kerana kepentingan dirinya sendiri.
“Pangantin dah sampai!”jerit satu suara yang menyebabkan ibu melnagkah keluar dari bilik yang dihias indah, debarnya semakin menggila, jari-jari yang berinai merah menggigil dibuatnya, namun genggaman dari teman membuatkan dia berpaling.
“Tabahkan hati, InsyaAllah semuanya akan selamat, berzikirlah dan hati akan jadi tenang.”
1 pendapat dari anda:
kawin paksa ke???
Catat Ulasan