DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Khamis, 20 Ogos 2009

BAB 6


Sementara itu di Zürich,

“Kakak, Kakak,” ‘ish mana pergi akak kesayangan aku ni, rasanya latihan dah habis takkan tak sampai rumah lagi kot’

Aisyah meletakkan beg pakaian yang dipegangnya di atas sofa, penat masih terasa akibat menaiki train sepanjang malam, dia baru pulang dari menyertai kem Ice Skatter Appreantice di Italy, suasana suram dan sunyi menimbulkan kehairanan di benaknya, kakinya diatur ke arah dapur, kosong, belakang rumah, kosong, rasa cuak mula bertamu di hatinya, dipandang aras 2 dari bawah sebelum kakinya pantas menaiki tangga, bilik tidur Aleya dibukanya, tiada penghuni, bilik air juga gelap, dadanya mula berdebar, telefon bimbit dikeluarkan, didial nombor Aleya, kedengaran suara operator, lantas dia melangkah turun, ingin dijenguk rumah Uncle Razali.

“Assalamualaikum, Auntie Salmah, auntie,” ‘senyap sunyi saja, mana semua orang pergi ni?’Aisyah kembali menapak kali ini langkah kakinya dituju ke arah perhentian bas hasratnya mahu ke sekolah, namun malang tidak berbau apabila dia tersadung lalu terjatuh, malah rantai yang terkalung di lehernya tercabut, serta-merta memorinya terarah kepada masa lampau.

******

“Adik nak tahu tak?”umpan Aleya bagi menarik minat Aisyah yang leka membuka hadiah hari jadinya.

“Apa dia?”Aisya memfokuskan pandangan terhadap kakaknya tanda dia sudi mendengar.

“Rantai yang daddy bagi dekat kita ni, ada maknanya tau,”

“Betul ke, apa maknanya? Macam mana akak tau?”tanya Asiyah bertubi-tubi.

“Akak dengar yang rantai kita ni sepasang, loket rantai kita kalau digabungkan akan membentuk satu hati that means, we will always be together, tapi kalau apa-apa yang terjadi antara kita berdua rantai ini akan menunjukkan tandanya,”

“Adik tak faham la,cuba jelaskan dengan lebih lanjut,”sengih Aisyah namun tak lama apabila cubitan Aleya hinggap di pahanya.

“Akak serius tau, maksud akak tadi, kalau apa-apa yang terjadi pada akak, atau pada adik, rantai ini akan terputus talinya, cuba adik tengok rekaan rantai ini jenis yang tahan and tak mudah nak dibuang.”

******

Aisyah tergamam bila dia kembali sedar dengan keadaan sekeliling, dicapai rantainya dan air matanya mula mengalir laju, tahu mesti ada sesuatu yang menimpa Aleya, lantas dia mencapai telefon bimbitnya dan dihubungi nombor Syukri yang sedang berada di Geneva.

“Hello Daddy?”

**********

Kudrat Aleya semakin lemah, dirinya sudah tidak mampu menangkis perbuatan manusia terkutuk dihadapannya, air matanya mengalir laju, hanya hatinya yang mampu berdoa pada Yang Maha Esa agar dia dapat diselamatkan, tangannya yang diikat terasa pedih akibat terlalu kuat meronta.

“Hah, tahu pun kau duduk diam, bising saja, baru senang kerja aku,”senyuman sinis mula terukir di bibir lelaki itu, hari ini dia akan puas, tak sia-sia dia menyamar menjadi pemandu teksi, ‘hasilnya’ cukup lumayan, baju Aleya direntapnya hingga menampakkan tubuh gebu gadis itu, jiwanya bergelora, mukanya mula dirapatkan ke muka Aleya yang kelihatan lemah tidak bermaya, tetapi dirinya terasa direntap ke belakang.

“Kurang ajar,tergamak kau buat benda terkutuk ni!”dan sepantas itu pipinya terasa pijar ditumbuk dibalas serangan terhadap penyerangnya namun langkahnya pincang, menyebabkan satu lagi tumbukan diterimanya di perutnya, ingin dibalas kembali namun jeritan seseorang mematikan langkahnya.

“Man cukuplah tu, polis dah nak sampai, tadi aku call diorang dah on the way,”mendengar perkataan polis sudah menyebabkan lelaki itu bertindak memukul Hazman yang terleka lalu mengambil peluang melarikan diri.

“Ouch, dasar binatang ,”Hazman ingin menjejak lelaki terbabit terhenti langkah apabila mendengar erangan kecil, tubuh Aleya yang tidak bermaya dipangku Umi melihatkan tubuh gadis itu yang terdedah dia menanggalkan jaket yang dipakainya lalu diberikan kepada Umi agar dapat menutup tubuh Aleya.

Tidak lama kemudian, Ilyas tiba dengan beberapa anggota polis lalu diterangkan apa yang telah terjadi, tubuh gadis yang hampir menjadi mangsa dibawa menaiki ambulans dan diekori mereka untuk membuat laporan polis berkenaan apa yang telah terjadi.

*************

“Daddy, jumpa tak?”tanya Aisya apabila mengakap kelibat Syukri, namun air matanya kembali menitis apabila Syukri menggelengkan kepalanya lemah, di mana Aleya berada langsung tidak ditemui mereka.

Puas rasanya bertanya kepada jiran sekeliling, rakan-rakan Aleya, guru semuanya memberi jawapan yang serupa, mereka tidak bertemu Aleya, laporan polis sudah dibuat, tidak cukup dengan itu, Syukri mengupah private investigator bagi mencari Aleya namun masih hampa.

“Aisyah mari makan nak, dari semalam perut Aisyah kosong tak berisi,”ujar Salmah kepada Aisyah sambil membawa dulang berisi oatmeal yang dicampur madu.

“Aisyah tak nak makan, Aisyah nak akak, mana akak pergi auntie, akak dah tak sayangkan Aisyah ke? Aisyah ada buat salah ke?”ucapan yang sama didengar dari mulut Aisyah semenjak kehilangan Aleya lebih 2 minggu, Aisyah menerima kesan yang mendalam apabila kehilangan Aleya.

“Aisyah makan dulu ye, nanti kalau Aisyah tak makan macam mana nak cari kakak? Nanti kalau kakak tahu Aisyah tak makan, mesti kakak sedih, Aisyah nak tengok kakak sedih ke?”pujuk Salmah.

Aisyah menggelengkan kepalanya berkali-kali, sudu ditangan Salmah dicapai lalu dia menjamah oatmeal dengan penuh selera, dia tidak mahu jatuh sakit nanti Aleya akan sedih, itulah yang diujarkan kepada dirinya sendiri.

Syukri yang melihat telatah Aisyah berasa sayu, lalu dia melangkah ke halaman rumahnya, melihatkan airmata yang mengalir di pipi Aisyah menyebabkan dia menjadi tidak keruan, setelah mendapat panggilan Aisyah 2 minggu yang lalu, dia merasakan jantungnya berhenti berdegup, tanpa dihiraukan kerjanya dia bergegas pulang ke rumah, sepanjang perjalanan dari Geneva ke Zurich hatinya tidak tenang. Dimanalah Aleya berada sekarang?

0 pendapat dari anda:

Catat Ulasan