DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Khamis, 19 November 2009

BAB 13

Keadaan dalam bilik itu amat semak, semua barang bertaburan di atas lantai, bantal-bantal terpelanting dari atas katil, kedengaran suara yang merungut diselang-seli dengan esakan tangis.

Izz amat geram dengan apa yang berlaku semasa di annual dinner tadi, hatinya membengkak marah, masih terimbau kejadian yang baru berlaku di dewan besar itu.

“Wah, saya tak sangka awak pandai cakap France,”pujian dari ayahnya membuatkan dia merasa sebal apatah lagi bila melihat senyuman di bibir Aleya bagaikan mengejek dirinya.

“Tak adalah saya cuma pandai cakap pandai sikit saja,”

“Wah, well Mr Auchlair you can rest assured this lady can be your dictionary for tonight,”sekali lagi tawa bergema di antara ayahnya dengan yang lain membuat dia makin jengkel melihatnya.

“Arghhhhh,”jeritnya geram bagi meluahkan apa yang terbuku di hati.

“Izz, sayang okey ke?”

“Mummy,”esakan mula kedengaran apabila ibunya menghampiri dirinya.

“Syuh, kenapa ni, cuba bagitau mummy,”

“Fik dia,dia,” dengan esakan semuanya diceritakan kepada Datin Fauziah, malah ada cerita yang ditokok tambah hasil perasaan geram yang melanda dirinya.

Datin Fauziah mengusap lembut rambut anaknya itu, sedikit sebanyak dia mula berasa geram apabila anaknya diperlakukan sebegitu rupa.

“Izz sayang dengar ni, Izz akan dapat jugak Fik tu,”

“Macam mana Mummy, dia dah bertunang,”

“Baru bertunang belum kahwin kan, lagipun orang yang dah kahwin pun boleh bercerai inikan pula baru tunang tak ada hal lah,”

“Habis tu apa yang perlu Izz buat?”

“Mummy tau caranya,”Datin Fauziah hanya tersenyum meleret penuh makna, manakala Izz hanya memandang ibunya bingung.

**************



“Assalamualaikum,”panggil Aleya labtang apabila masuk ke dalam rumah, namun pelik kerana rumah itu seyap sunyi bagaikan tak berpenghuni, dikerlingnya jam di dinding, ‘patutlah dah pukul 2 siapa nak jaga lagi,kecualilah kutu rayap dekat hujung jalan tu’ ngomelnya perlahan.

Sambil melangkah Aleya menanggalkan subang di telinganya, barang kemas yang dipakai semuanya pinjaman dari Suhana, ‘rasa macam disponsor pakai je, tapi bukan hak milik’ namun langkahnya terhenti apabila lengannya ditarik lalu dia berpusing menghadap Fikri.

“Kenapa?” ‘Apa lagilah yang mamat ni nak?’

Fikri hanya tersenyum namun dia menghampiri tubuh Aleya sehinggalah jarak mereka hanya terpisah 1 kaki sahaja, mata Aleya membuntang melihatkan itu cuba dijarakkan tubuhnya namun tidak berjaya, hanya matanya yang mampu digerakkan anggota badannya yang lain bagaikan kaku.

Tangan Fikri mengusap perlahan pipi Aleya, dapat didengar hembusan nafas Aleya perlahan tangannya bergerak merungkaikan rantai yang dipakai Aleya, pergerakkannya lambat dan romantis sekali, Aleya hanya mampu mengekori gerak langkah Fikri dengan ekoran matanya sahaja.

“Ahem,”deheman itu mengembalikan mereka dari khayalan, di pintu dapur tercegat tubuh Mak Kiah, Aleya mengalihkan pandangan matanya semula, sedikit terkejut apabila melihat tangan Fikri di pipinya lantas ditolak tubuh Fikri menjauh sebelum dia menghilangkan diri ke dalam bilik, Fikri yang pada mulanya terpinga-pinga dengan tindakan Aleya lantas mengukirkan senyuman manis terhadap Mak Kiah.

“Tak tidur lagi Mak Kiah? Dah pukul 2 pagi ni?”

“Dah tidur terjaga dengar Aleya bagi salam tadi, nasib baik juga terjaga kalau tak entah apa yang kamu buat dekat budak tu,”

Fikri hanya tersengih mendengarnya.

“Ok lah Mak Kiah saya naik atas dulu, selamat malam, Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam.”

************

Aleya menutup mulutnya menahan menguap akibat tidak cukup tidur malam tadi, matanya dipejam celik beberapa kali bagi menahan rasa mengantuk, bunyi cerek mengejutkannya lantas dicapai kain lalu mengalihkan cerek itu sebelum dituang ke dalam teko yang sudah berisi serbuk teh, bau haruman kopi dari coffee maker pula memenuhi ruangan dapur.

“Hai Leya yang kamu terkuap-kuap ni apasal, pagi-pagi lagi dah mengantuk,”

“Eh Kak Su, awal bangun,”

“Macam mana tak mengantuk Su, semalam pukul 2 pagi baru sampai rumah,” perli Mak Kiah. Aleya hanya diam kalau disampuk cakap nanti termalu sendiri pula sudahlah semalam Mak Kiah nampak adegan ‘romantik’ dia dengan Fikri, malunya masih tebal kerana kejadian semalam.

“Ye ke?Patutlah dari tadi asyik menguap saja,”

“Assalamualaikum, sedap bau masak apa pagi ni Kiah?”Puan Maznah melangkah masuk ke dalam dapur.

“Bukan saya yang masak, Aleya masak pagi ni,”

“Ye ke? Aleya masak apa?”

“Nasi goreng saja puan,”

“Emm mesti sedap ni, jom kita hidang sama-sama cepat sikit makan, saya dah lapar ni,” ujar Puan Maznah sambil menatang bekas nasi goreng sambil disusuli Mak Kiah yang menatang dulang minuman.



“Oh ya Kak Su, Leya ada buat French Toast, semalam Kak Su cakap teringin nak makan,”

“Ye ke, thanks Leya, ni yang buat Kak Su sayang dekat Leya ni, jom kita ke depan,”Suhana membawa pinggan yang berisi French Toast manakala Aleya membawa pinggan beserta sudu.

Selepas makan dia membasuh semua pinggan mangkuk yang digunakan, sedang dia sibuk membasuh Suhana memasuki dapur.

“Leya, Kak Su nak cakap sikit dengan Leya,”

“Ada apa Kak Su?”

“Macam ni, Kak Su rasa elok kalau Leya upah private investigator siasat pasal ayah Leya, sebab kalau upah PI lebih selamat sebab takut kalau orang syak apa yang kita buat, lagipun diorang ni professional, mungkin sekejap saja mereka dapat cari ayah Leya,”

“Leya tak kisah Kak Su, kalau macam tu cadangan Kak Su, Leya ikut saja, mana baik bagi Kak Su baik bagi Leya,”

“Tapi, kalau upah PI akan guna banyak duit, Leya mampu tak?”ucap Suhana perlahan takut menyinggung perasaan Aleya.

“Pasal duit jangan bimbang, Leya akan uruskan,”

“Baguslah kalau macam tu, Kak Su ada tau pasal beberapa agensi tapi yang ni yang bagus, pemilik dia dulu pernah buat kerja untuk Kak Su, hasilnya memuaskan, Leya cuba hubungi dia,”kad nama dihulurkan kepada Aleya.

“Nanti Leya hubungi dia Kak Su, terima kasih Kak Su, budi Kak Su tak terbalas rasanya, macam-macam Kak SU buat untuk Leya,”

“Tak apa, lagipun Kak Su yang ikhlas nak tolong Leya,” namun bicara Suhana terhenti apabila Aleya memeluknya sambil menangis, perlahan dia mengusap kepala Aleya bagi menenangkan gadis itu.

p/s-arisa minta maaf banyak-banyak sebab lambat upload n3 baru, sebenarnya sebelum ni arisa bz dengan exam so semua penulisan dihentikan, tapi bila dah habis exam arisa susah nak sambung sebab tak ada idea, sorry sesangat, macam biasa komen please.

1 pendapat dari anda:

Tanpa Nama berkata...

makin bez..
x saba nk tgu next n3...
hope cik writer dpt post cpt2..
hehe~~

Catat Ulasan