DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Khamis, 20 Ogos 2009

BAB 1

“Abang, tolong Ida bang, Ida nak minta abang tolong jaga anak-anak Ida bang,”

“Apa yang Ida merepek ni? Inikan anak-anak Ida, Ida yang lahirkan mereka, kenapa Ida nak abang jaga pulak, Ida sebagai ibu yang sepatutnya menjaga mereka,”ujar Syukri bingung apabila mendengar apa yang diucapkan oleh adiknya Shahida.

“Tak bang, masa Ida dah tak lama, Ida akan mati bang, Ida dah tak boleh nak jaga mereka,”

“Ida jangan main-main dengan abang, sekarang bukan masa nak buat lawak,”

“Soal hidup mati bukanlah sesuatu yang Ida boleh buat main bang, Ida ada kanser rahim, peringkat akhir, Ida dah tak boleh nak bertahan lagi bang, sebab tu Ida mintak tolong abang, ibu mana yang sanggup nak tinggalkan anak-anak dia bang,”

“Ida! Kenapa Ida tak beritahu abang pasal ni, selama ni Ida tak pernah rahsiakan apa-apa dari abang tapi kenapa Ida rahsiakan perkara sebesar ni?”

“Maafkan Ida bang, Ida tahu Ida salah sebab rahsiakan perkara ni, tapi Ida tak mahu abang risau pasal Ida, tapi Ida dah tak terdaya bang, Ida terpaksa menyusahkan abang untuk jaga anak-anak Ida, hanya abang yang boleh Ida gantungkan harapan untuk membesarkan mereka,”

“Mana Idris Ida? Mana suami Ida tu, kenapa dia tak ada kat sini?”

“Lebih baik dia tak ada kat sini bang, Ida tak mahu dia terlibat langsung dengan Ida lagi dah”

“Kenapa Ida cakap macam tu, diakan suami Ida?”

“Abang betul apa yang abang cakap dulu, cinta semata-mata tak menjamin kebahagian, Ida buta selama ni bang, cinta Idris bukan tulus bang, dia dah lukakan hati ni bila dia kahwin dengan perempuan lain, Ida tahu masa Ida dah tak panjang sebab tu Ida tak nak anak-anak Ida dibesarkan oleh mereka bang,”

“Idris kahwin lain, bila Ida? Dengan siapa?”

“Tak payahlah abang tahu pasal ni, Ida dah tak nak cakap pasal ni,”dahi Shahida berkerut kuat apabila dia merasakan sakit bahagian abdomen bawahnya.

“Ida jangan cakap lagi, rehat ya,”

“Tak, abang kena dengar ni bang, isteri muda Idris bukanlah orang yang boleh dipercayai, Ida tak nak anak Ida dibesarkan olehnya, abang bawa anak-anak Ida jauh dari sini bang, kalau boleh pergi luar negara, Ida tak mahu Idris atau sesiapapun boleh menjejaki mereka, didiklah anak-anak Ida bang, biar mereka tahu erti keperitan hidup supaya mereka menjadi lebih tabah di masa depan, Ida yakin abang mampu lakukannya,”Shahida menutur kata itu dengan payah kerana nafasnya terasa semput.

“Ida jangan macam ni Ida, abang dah tak ada sesiapapun melainkan Ida, mak dan abah dah lama tinggalkan kita, sekarang Ida pulak nak tinggalkan abang,”air mata Syukri bergelinangan apabila melihat satu-satunya adiknya menderita kesakitan.

“Ida minta maaf bang, Ida terpaksa bang, Hanum,”panggil Shahida terhadap gadis yang sedari tadi memerhatikan perbualan mereka.

“Hanum kau tolong Abang Syukri, kau buatlah macam mana pun asalkan dia dan anak-anak aku dapat pergi jauh dari sini.”Hanum menganggukan kepalanya berkali-kali, pipinya sudah basah dengan air mata, pilu hatinya kerana bila mendengar bicara Shahida dari tadi.

Shahida tersenyum tapi tak lama, tangannya mengagau sampul surat besar yang berada diatas meja di sebelah katilnya lantas dihulurkan kepada Syukri.

“Dalam ni ada semua semua maklumat akaun bank Ida, Ida dah jual semua harta-harta peninggalan arwah ibu dan ayah dan Ida masukkan hasil jualan tu dalam akaun ni tapi dah ditukarkan ke atas nama abang, mungkin cukup untuk membantu abang ,Hanum aku nak pegang anak-anak aku,”Hanum mengangguk perlahan lantas dia menuju ke buaian itu lalu mendukung seorang bayi tetapi dia terkejut melihat kehadiran Syukri yang menolongnya mengendong seorang lagi.Lantas mereka berdua menghampiri Shahida.

“Maafkan ibu sayang, ibu tak boleh nak lihat kamu membesar,”dikucup semahu-mahunya pipi kedua-dua anaknya itu.Nafas Shahida makin kencang, Syukri panik lantas ditekannya butang kecemasan di hujung katil.

“Ida mengucap Ida,”dibisikkan kalimah syahadah ketelinga Shahida lalu diikut perlahan oleh Shahida.

“To........lo....ng...j..a.....ga........a......na....k........i...da,”ucap Shahida sebelum dia terkulai layu, dia kini sudah pergi, pergi menghadap Dia Yang Satu.

“Idaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,” jerit Syukri apabila sudah tiada respon dari Shahida, Hanum turut melepaskan esakan kecil.

0 pendapat dari anda:

Catat Ulasan