DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(
Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan

Khamis, 20 Ogos 2009

PERJUANGANKU

“Atin, nanti bila kita besar, awak takkan lupakan saya kan?”

“Mestilah, kitakan kawan baik, saya akan sentiasa dengan awak, sampai bila-bila,”

“Awak janji ek dengan saya, apa-apa pun jadi kita tetap kawan, kawan masa susah dengan senang,”

“Saya janji Muni,”

“Kalau macam tu kita buat perjanjian ek,”Munirah menghulurkan tangan berjabat dengan Fatin, tangannya digenggam erat, lalu......

“Saya Munirah Iqlima Binti Yusuf Hadi,” “Saya Fatin Syakila Binti Abdul Rahman,”

“Berjanji akan berkawan sampai bila-bila sampai mati,”mereka mengoncangkan tangan masing-masing sebelum tertawa lalu berpelukan antara satu sama lain.

Mula dari dalam buaian,
sampai ke akhir nyawa,
biar apa kejadian,
kami tetap bersama,
FRIENDS FOREVER AND EVER.

**********

Munirah tersenyum kecil bila mengenangkan memori apabila dia berusia 10 tahun, gambar dia dan Fatin berpelukan di atas buaian di rumah atuk dan neneknya direnung lagi, senyuman yang terukir di wajahnya hilang apabila mengenangkan apa yang dihadapinya kini, diusap gambar Fatin penuh kasih, seolah-olah gambar itu bernyawa.

‘Maafkan saya, Atin, kita dah pernah berjanji akan kawan sampai bila-bila tapi, saya yang memungkirinya, maafkan saya’ tangisannya mula kedengaran dalam bilik yang kecil itu, bukan kehendaknya hendak memungkiri apa yang dijanjikan tapi apa dayanya, dia tidak mampu untuk menunaikannya, berita yang diterimanya hampir setahun yang lalu mengubah hidupnya keseluruhannya.

***********

“Munirah, maafkan saya bertanya hal-hal peribadi, sebelum ni awak pernah melakukan pemindahan darah atau melakukan hubungan seks dengan sesiapa tak?”terasa kering darahnya mendengar butir bicara Dr. Nurliyana.

“Kenapa doktor tanya macam tu, saya ada penyakit serius ke?”dia menanyakan soalan tanpa menjawab soalan yang diajukan. Diperhatikan muka serba-salah Dr. Liyana yang sekejap melihat kertas ditangannya.

“Sebenarnya Munirah, mengikut pemeriksaan yang dilakukan awak menghidap HIV positif,”dunianya terasa kelam dan kakinya ibarat tidak mencecah ke tanah, namun ditahan perasaannya.

“Doktor bergurau kan, hari ni April Fool ke?”suaranya amat perlahan dapat didengar ditelinganya sendiri, namun akal warasnya kembali bila melihat wajah tenang Dr Nurliyana.

“Saya minta maaf Munirah, benda begini bukan sesuatu yang boleh dibuat gurauan,”

“Tidak! kenapa saya, kenapa!!!!”raung Munirah kuat, Dr Nurliyana merapati Munirah lalu memeluk tubuh Munirah bagi menenangkan gadis itu, dia sendiri was-was apabila keputusan ujian diterima lalu diulangnya ujian tersebut tetapi hasilnya tetap sama.

**************

Munirah tersentak kecil apabila pintu ke biliknya dikuak oleh jururawat yang membawa ubat dan suntikan yang harus diterimanya bagi penahan sakit yang dialami. Virus maut yang amat digeruni oleh semua orang telah mula menunjukkan kesan ke atas tubuhnya.Tubuhnya semakin susut, sudah dicuba pelbagai kaedah yang diketahui melalui pembacaan dan pencarian maklumat namun tidak memberi kesan terhadap tubuhnya, sebutlah kaedah rawatan apa yang tak pernah dicubanya, tradisional, moden, perubatan cina? Semuanya hanya sia-sia belaka.

“Nurse, saya nak jumpa dengan Dr Nurliyana,”

“Maaf cik, Dr Nuliyana tak masuk kerja lagi, pukul 11 pagi nanti baru dia masuk kerja,”jawab jururawat itu lalu melangkah keluar dari bilik itu.Munirah melihat jam didinding, baru pukul 9.15 pagi.

************

“Tadi Salina bagitau awak ada hal nak cakap dengan saya, apa dia?”

“Saya nak keluar doktor,”

“Tapi awak masih dibawah pemerhatian, awak tak boleh keluar,”

“Saya mesti keluar doktor, hanya terbaring di atas katil tak membantu saya, saya nak selesaikan beberapa perkara penting doktor sebelum terlambat,”Nurliyana terdiam mendengar bicara Munirah itu.

“Baiklah, saya akan benarkan awak keluar tapi,”

“Tapi apa doktor?”

“Saya akan temankan awak, boleh saya awasi awak kalau jadi apa-apa dekat awak,”

“Baiklah,”Munirah mengukirkan senyuman, senang dengan keizinan yang diberikan Nurliyana.

************

“Muni!Kau pergi mana selama ni? kenapa kau tak telefon aku? Kau dah tak sayang dekat aku ke?”bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Fatin apabila dia bertemu Munirah di kafe berhampiran dengan pejabatnya pada waktu rehat tengah hari.

Munirah tersenyum lebar bila telinganya desapa dengan soalan bertalu-talu dari Fatin. ‘Isy, Fatin ni tak berubah langsung kalau cakap tu macam machine gun je’

“Yang kau tersengeh-sengeh ni kenapa? Jawablah, penat aku membebel tau,”Fatin sudah mengerutkan wajahnya, 2 bulan Munirah menhilangkan diri, membuatkan dia seperti kucing kehilangan anak layaknya, ‘dah la telepon tak angkat, pergi rumah tak ada orang, buat orang susah hati sajalah’

“Kau dah habis cakap, sekarang boleh aku cakap pula? Aku tak kemana-mana, aku ada kerja sikit nak diselesaikan, hal family aku,”

Fatin terdiam mendengarnya, dia faham masalah keluarga Munirah yang berantakan, tapi rasa tidak puas hatinya masih tak dapat dihilangkan.

“Apasal kau tak cakap dengan aku, paling tidak telefon aku, jangan menghilang macam tu saja,”

“Baiklah cik puan, saya menurut arahan,”kata Munirah sambil ketawa, namun ketawanya terhenti apabila Nurliyana meletakkan pinggan berisi buah-buahan dihadapannya. Fatin turut pelik melihat kehadiran Nurliyana disisi Munirah.

“Oh ya, kenalkan ini NurLiyana Najwa kawan aku, Liyana ini Fatin Syakila kawan baik saya,”

“Lliyana”

“Fatin”mereka berjabat tangan tanda perkenalan.

“Munirah awak tak boleh makan makanan berminyak jadi saya ambik buah-buahan untuk awak,”jelas NurLiyana Najwa.Munirah hanya tertawa mendengarnya,

“Liyana saya tahulah awak doktor tapi janganlah sampai terbawa-bawa sampai luar,”Munirah sudah mula tertawa.

Liyana hanya tertawa halus, memang kerjayanya sebagai seorang doktor membuatkan dia sentiasa peka dengan hal-hal berkaitan kesihatan.

“Doktor?”melihat kening Fatin Syakila yang bertaut memecahkan lagi ketawa Munirah.

“Tin, janganlah buat muka macam kucing nak beranak ja, lawak lah aku tengok,”

“Muni! muka aku yang cun-melecun ni kau kata macam kucing nak beranak, hampeh punya kawan,” muncungnya mula keluar, geram dengan kata-kata kawannya itu.

“Ala sayang bucuk-bucuk janganlah merajuk, aku melawak saja tadi,”

“Kau ni suka mainkan aku, hah kau free tak hari ni, aku nak ajak kau temankan aku beli barang,”

“Barang apa pulak, kau ni tak habis-habis shopping,”

“Aku nak beli barang untuk Ikhwan, kau kan tahu semua barang untuk majlis kitorang, dia yang sediakan, aku nak la bagi something untuk dia tapi meaningful,”

“Awak nak kahwin ke Fatin?”

“Eh sorry, lupa lak nak bagitau, Liyana, Fatin ni dah nak jadi isteri orang dah lagi dua minggu lagi majlis kahwin dia,”

“Ooooo, ye ke, tahniah,”

“Thanks, jemputlah datang masa kenduri nanti,”

“Ok, saya mesti pergi punya kalau saya tak ada hal lah,”

“Muni, temankan aku ek, aku dah tak tahu nak bagi apa dekat Ikhwan rasa macam bersalah pun ada gak sebab semua benda guna duit dia, aku nak keluar duit dia tak bagi langsung,”

“Yelah, yelah aku ikut kau datang dengan apa? Ikwan tahu tak kau datang sini?”

“Dia tahu, dia yang hantar aku tadi,”

“Jomlah kita gerak, nanti Liyana nak kena kerja,”

“Jom, eh sapa nak bawak kereta ni, kau ke Muni?”

“Tak, Liyana yang bawak, bukan aku tak tahu kau tu anti kalau aku bawak kereta,” Munirah memberi alasan, padahal dia memang tidak mampu nak membawa kereta, tubuhnya terasa lemah, sudah lama dia terperuk dalam hospital membuatkan fizikalnya terasa lemah.

“Tahu tak pa, bawak kereta nak lawan Michael Schumacker sapa yang tahan, berdesup macam pelesit,”berderai tawa Munirah mendengarnya langkah kaki diatur ke kereta terberhenti apabila Fatin menarik tangannya.

“Muni apasal aku tengok kau makin kurus? Muka pun nampak cengkung ja?”

Munirah meraba mukanya memang dia terasa lesu sedikit, kerlingan Liyana turut difahaminya, tanda dia perlu segera menyelesaikan urusannya segera.

“Tak ada apa-apalah aku letih sebab kerja banyak, dah lah jom pergi nanti lambat,”dalihnya. sambil menarik tangan Fatin mengikutnya.


***********

“Awak okey ke?” soal Liyana risau, tahu Munirah sebenarnya sedang menahan kesakitan, tapi mukanya dineutralkan sehingga tiada yang mampu membaca riak mukanya.

“Saya okey lagi, thanks sebab temankan saya and let me out from that room,”

“It’s nothing, tapi kita kena pulang cepat, takut nanti ada apa-apa jadi, dekat sini tak ada kemudahan lengkap macam dekat hospital,”

“Give me time until this evening, then I will be Yours,”

“Muni cantik tak yang ni,” seutas jam tangan dihulurkan ke muka Munirah memeranjatkannya, dibelek jam yang disua lantas kepalanya mengangguk.

“Superb, mesti Ikhwan suka, lagipun kalau kau bagi apa-apa pun dia mesti suka punya lah,”

“Mestilah, dah aku yang pilih,”

*****************

Kereta di berhentikan di kawasan perkarangan rumah Fatin Syakila.

“Muni jom turun dulu jumpa mak aku,”

“Sorry Fatin kami kena pergi dulu, Liyana nak masuk kerja jap lagi, takut lambat pulak,”

“Tak apalah kalau macam tu, aku naik dulu, Liyana nanti jangan lupa datang kenduri tau, Muni kau pun datang awal sikit, kau kena jadi pengapit aku, kalau tak datang siap lah kau,”ugut Fatin namun nada suaranya yang lucu membuatkan buah tawa Munirah pecah.

“Kau nak takutkan aku ke? Tak jadi la cik Fatin sayang, melucukan adalah,”

“Muni!”

“Dah lah tu aku pergi dulu,” tubuh Fatin dipeluknya erat bagai tidak mahu dilepaskan, matanya berkaca menandakan hatinya yang walang.

“Oklah bye,”

Fatin memerhatikan kereta yang semakin jauh dipandangan, hatinya rasa aneh, seolah-olah ucapan selamat tinggal menandakan Munirah akan terus pergi dari sisinya buat selama-lamanya.

*********

Pusat Perubatan Selayang kecoh, Munirah mengalami sesak nafas yang agak teruk selepas pulang ke hospital, Liyanalah yang paling sibuk menguruskan keadaan yang panik di Pusat Perubatan Selayang itu. Tubuh Munirah tidak boleh menerima kepenatan ynag melampau, antibodi badannya lemah.

“Li....ya...na, t.....olo......ng ba.....gi......su..r..a..t..ni...de....k...a..t Fa.....t.........in,”
serentak dengan itu tangannya terkulai layu.

“Nurse, emergency, hurry,” dilekapkan dua alat di dada Munirah dadanya berdetak, namun tiada respon ditinggikan kuasa namun masih tiada kesan.

“Doc, there is no respon,”mata Liyana melekap ke skrin yang memaparkan garis yang lurus lalu kepalanya digeleng lemah.

“TOD, 7.34pm,”ucapnya lemah, lalu melangkah keluar surat yang diletakkan dalm kocek kot diambil, teringat perbualan dia dengan Munirah.

***********

“Apa sebenarnya yang awak nak buat?”

“Saya pernah janji dengan kawan saya, my best friend yang kami akan sentiasa jadi kawan sampai akhir hayat kami, tapi semenjak saya tahu yang saya sakit saya janji yang saya takkan benarkan Fatin sedih sebab pemergian saya kalau boleh, saya nak dia sentiasa gembira bila dia dengan saya,”

************

Telah hampir sebulan majlis perkahwinannya selesai, namun kelibat Munirah masih tidak kelihatan, hatinya sangat risaukan Munirah, manalah agaknya Munirah menghilangkan diri. Suara orang memberi salam mengembalikan dia dari lamunan yang panjang.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam, Liyana jemputlah masuk, Awak datang seorang saja, mana Muni? Dah dekat sebulan lebih dia tak hubungi saya, dia okey ke?”soal Fatin bertubi-tubi namun hanya senyuman kelat yang menghiasi wajah Liyana, dihulurkan surat yang diamanahkan kepadanya.

Sahabatku Fatin,

Pada saat warkah tulisanku sampai ke tanganmu maknanya aku telah pergi meninggalkan dunia ini, sebenarnya aku menghidap HIV positive hasil pemberian ayah tiriku yang baik hati, bukan aku tidak mahu berkongsi khabarini denganmu namun, aku tahu saat kau tahu mengenai diriku, kau akan berkorban apa saja untuk diriku, namun aku tidak mahu itu terjadi, ingat tak dulu masa kita kecil, kita pernah janji akan bersama-sama sampai habis nyawa dikandung badan? Maafkan Aku sebab terpaksa memungkiri janji tersebut, penyakit ini amat digeruni oleh semua pihak, malah mungkin jika sesiapa tahu akan khabar ini, kau akan dicerca, itu yang mahu aku elakkan.

Maaf sekali lagi sebab menghilangkan diri tanpa sebab, cuma satu aku pinta janganlah ditangisi pemergianku ini, tidak tenang roh aku andai itu berlaku, andai ada masa sedekahkan al-Fatihah buat sahabatmu ini.

Mula dari dalam buaian,
sampai ke akhir nyawa,
biar apa kejadian,
kami tetap bersama,
FRIENDS FOREVER AND EVER

love,
munirah



****************

Kenangan lamanya mengundang duka di hati Fatin, sahabatnya pergi meninggalkan dunia akibat kekejaman yang berlaku ke atas dirinya.
Kini dia menubuhkan Rumah untuk Pesakit HIV, bagi membela nasib insan yang turut menjadi mangsa akibat virus kejam.

*HAH*

Firhan merenung ke arah sawah padi yang terbentang luas di hadapan matanya, fikirannya menerawang mengingati kembali memori yang pernah terjadi dalam hidupnya.

"Ila kau nak ke mana lagi ni, aku dah penat nak ikut jejak langkah kau tau tak, dah la beg-beg ni berat, kau nak pusing satu Midvalley ke ha?"

"Ala, kau ni merungut macam perempuan la Fir, apa salahnya sekali-sekala kau tolong temankan aku shopping lagipun aku kan selalu tolong kau,"

"Memangla kau selalu tolong aku, and kalau kau nak aku balas pun jangan lah ajak aku pergi shopping tak rock lah kau ni,"

"Rock tak rock hari ni tak ada sesiapa nak temankan aku, jadi kau kenalah tolong aku,"

Firhan merengus geram melihat gelagat Aqila yang masih sibuk membeli-belah, entah apa angin gadis itu tiba-tiba saja mengajak dia keluar shopping, isy menyusahkan orang saja, sia-sia cuti aku. Namun langkahnya terhenti apabila Aqila menghentikan langkahnya, matanya terbeliak luas memandang 2 manusia yang amat dikenalinya di KFC bermesra-mesraan, siap main suap-suap pulak aih dah tak reti nak makan sendiri ke?
Lantas dia menarik tangan Aqila menuju ke arah kedua-dua mangkuk yang tak sedar diri itu, menonong langkah Aqila mengikut jejak langkahnya.

"Amboi,amboi sedapnya makan, Asyraf bukan tadi kau kata ada meeting penting ke? sejak bila pula bilik meeting SBR tukar kat KFC ni?"ucapnya sinis.

"Eh, Fir, Ila, jemputlah makan sekali,"ucap AIman serba-salah, entah mcam mana hari ni dia tersalah langkah, dipandang Suhana di hadapannya, muka gadis itu turut pucat kalau toreh konfem tak keluar darah,'ye ke?'

"Tak apalah, lagipun aku ngan Ila nak pergi makan dekat Bistro jap lagi, KFC ni tak main la,"nada suaranya masih sinis,'ye ke kau tak layan KFC, pigidah setiap minggu kau angkut Ayuni ngan Aqila makan tu apa, hipokrit la kau ni Fir,''Tak apa sekali-sekala berlagak apa salahnya'

Muka Asyraf berubah mendengar kata-kata yang diluahkan Firhan, tau dia yang salah, dipandangnya muka Aqila yang dari tadi senyap di sisi Firhan, perlahan dia mencapai tangan gadis itu.

"Honey, I minta maaf ok, lagipun I dengan Ana cuba borak-borak je, lagipun kitorang terserempak dekat sini," Asyraf meluahkan ayat-ayat romeonya. Namun pipinya terasa pijar, terkedu dibuatnya bila tapak tangan Aqilah menghentam pipinya.

"Borak-borak! Terserempak! Habis tu apa tersuap-suap, sudahlah Asyraf kau jangan nak buat drama dekat sini pulak, kau ingat aku ni bodoh sangat ke sampai kau nak gula-gulakan aku, eh dengar sini baik-baik ya ini AQILA SHUHAIMI bukan macam yang kau sangkakan, dan ambik ni, kita putus,"cincin pertunangan yang terhias di jarinya di campak ke muka Asyraf lalu dia keluar dari KFC Midvalley tersebut.

Firhan terkejut melihat tingkah berani Aqila lalu dipandang muka Aiman yang terkejut tahap babun, eh bukan tahap bigfoot.'Padan muka kau, you messing with the wrong girl'. Beg-beg yang terlepas dari tangannya tadi saat drama terbaik berlaku lantas dikautnya sebelum kakinya mengekori langkah Aqila.

***********

Firhan mengeluh lagi, sejak kejadian di Midvalley tadi Aqila mengajaknya ke Bukit Permai lalu menghamburkan tangisnya. Tangannya menghulurkan tisu ke arah Aqila yang tak berhenti nangis. Lama-lama dia menjadi bosan lantas terus dihulurnya kotak tisu kepada Aqila, sebelum terasa lengannya dipukul oleh Aqila.

"Apahal pulak, yang kau melalak ni apasal, tadi bukan main berani aku tengok, tup-tup kau menangis macam KL hujan ni apasal"

"Firhan, kau ni teruklah bukan kau nak pujuk aku, tapi kau buli aku, apa punya kawan la kau ni,"

"Hai, kalau aku pujuk nanti lagi kuat kau nangis, habis stok tisu dalam keta aku kalau jadi macam tu,"ucapnya selamba sebelum dia dipukul bertalu-talu oleh Aqila.

"Aku nak buat macam mana ni Firhan, minggu depan dah majlis takkan nak cancel, malu mak bapak aku nanti,"ucap Aqila setelah dia kepenatan mengejar Firhan mengelilingi kereta milik Firhan.

"Kau cari orang lain lah, itu pun susah sangat ke?"

"Fir kau ingat cari laki macam cari ikan kat market ke ha? Mana ada orang sanggup nak kawin dengan aku, dalam tempoh tak sampai seminggu pulak tu, kau dah hilang akal ke?"

"Ha,, aku ada idea baik punya,"

"Apa dia?"

***************

Firhan terkejut apabila tesa lengannya dipeluk oleh seseorang lantas dia tersenyum terhadap isteri yang baru dinikahinya seminggu yang lepas.

"Abang menungkan apa tu bang, jauh sangat melamun,"ucap Ayuni

"Tak ada apa-apa, cuma ingatkan pasal malam penganti kita jer,"ucap Firhan sambil tersenyum nakal sebelum tangannya dicubit kuar, isy, kakak dengan adik sama saja suka pukul orang.

"Mula la nak merapu tu,"Ayuni menarik muka masam.

Firhan hanya tersenyum apabila melihat rajuk Ayuni, matanya menagkap kelibat abangnya Firdaus datang berpimpin tangan dengan Aqila, mereka berempat melangsungkan perkahwinan seminggu yang lalu di kampung Aqila dan Ayuni. Abangnya yang memang diketahuinya meminati Aqila semenjak zaman sekolah sanggup menjadi galang ganti untuk menikahi Aqila gadis idamannya.
TAMAT

P/S: sori merepek sikit layan jer la ek

TaKDiR KeHiDuPaN

“Perempuan tak tau malu!”serentak dengan itu pipi Idayu terasa pijar, lantas dia mendongak kepala dan dilihatnya Datin Maria berdiri dihadapannya dengan muka menyinga.

“Kenapa ni Datin, apa salah saya?”

“Apa salah kau, kau tanya aku, hey kau ingat kau tu bagus sangat ke sampai kau goda anak aku, tak sedar diri,”

“Goda anak Datin? Bila masa pulak saya goda anak Datin? Kenal pun tak,”

“Eh kau jangan berdalih lagi habis tu ni sapa?”gambar2 dilempar ke muka Idayu yang masih terpinga-pinga.Perlahan-lahan Idayu melihat gambar yang dimaksudkan lantas dia mengeluh kecil, kenal sangat dia dengan orang dalam gambar tu, Intan kakaknya sendiri, disebabkan muka mereka yang hampir sama kerap kali mereka disalah anggap.

“Datin dah salah orang ni, ni bukan gambar saya, takkan Datin tak perasan perempuan dalam gambar ni kurus, saya kan berisi sikit,”terang Idayu lembut.

Datin Maria mengerutkan dahinya sedikit lantas diambil gambar tersebut dan dibandingkan dengan gadis dihadapannya kini, memang kedua-duanya agak berbeza dari segi susuk tubuh tapi muka mereka nampak sama.

Idayu mengukir senyum tipis, lantas dipandang setiausahanya yang masih tercegat didepan pintu.

“Tak apalah Akma, awak boleh keluar dulu dan tolong sediakan kopi untuk saya dan Datin Maria,” Akma menganggukan kepalanya dan lantas dia keluar dari bilik Idayu lalu menuju ke pantry, kepalanya masih sarat dengan persoalan tetapi didiamkan saja.

“Kalau bukan awak dalam gambar ni, habis tu siapa?”tanya Dati Maria perlahan. ada sikit rasa bersalah dibenaknya kerana menyerang Idayu begitu saja tanpa usul periksa.

“Itu Intan Sufiyya, kakak saya,”

“Kembar awak ke?”

“Taklah kami beza umur 2 tahun,”

“Tapi muka dia memang sama dengan awak, malah tak ada beza sikit pun,”

“Saya pun tak tahu nak terang dekat Datin macam mana, dari kecil sampai sekarang ,memang saya selalu disalah anggap sebagai kakak, tapi memang muka kami hampir sama, bukan Datin saja ramai lagi yang tersilap tengok,”terang Idayu lembut.

“Maaflah Idayu saya tersalah orang, saya geram sebenarnya, anak saya tu dah nak kawin tapi dia tu liar sangat jadi saya saya upah orang untuk ekori dia, saya tak mahu dia main kayu tiga dengan menantu saya nanti, sebab tu bila saya tengok gambar ni terus saya naik angin,”

“Saya faham Datin, kakak saya tu kawan dengan semua orang tapi taklah sampai nak rampas laki orang, apa-apa pun saya minta maaf dengan Datin kalau-kalau kakak saya tu dah menyakitkan hati Datin.”

“Tak apalah, saya minta diri dulu, tapi kalau boleh tolong nasihat dekat kakak awak tu jangan jumpa dengan anak saya lagi, mungkin mereka hanya kawan tapi kalau selalu berdua macam tu orang akan pandang lain,”

“Baiklah Datin saya faham,”selepas itu Datin Maria terus meninggalkan bilik Idayu, pada waktu yang sama Akma masuk ke bilik Idayu dengan menatang dulang yang berisi dua cawan kopi.

“Eh, mana Datin Maria?”

“Dah balik dah,”

“Cepatnya, apa halnya?”tanya Akma sambil meletakkan mug kopi itu di hadapan Idayu.

“Pasal Intan,”

“La minah tu lagi, apa pulak yang dia buat kali ni,”

“Nah kau tengok la sendiri,”disuakan gambar yang berterabur dia atas mejanya lalu dihulur kepada Akma.

“Isy, dia ni memang tak makan saman langsung, tak berubah-ubah, dah nak kawin pon dok kepit dengan jantan len , ketegaq sungguh,”Idayu tersengih mendengar butir bicara Akma.

“Ketegaq tu apa Akma?”tanya Idayu, Akma memang begitu bila dia marah mula lah keluar loghat utara bila bercakap.

“Eh, sori-sori, ketegaq tu lebih kurang macam tak dengar cakap la,”

“Apa-apalah cik Akma oi, lepas ni aku ada appointment dengan sesiapa tak?”

“Emm, petang ni kau free tak ada appointment,”

“Kalau macam tu aku nak balik la penat sangat dah ni, semalam balik lambat,”

“Penat ke malas?”perli Akma.

“Penatlah, aku bukan pemalas okey,”tegas Idayu, Akma tertawa kecil mendengarnya.

“Ye la, abis tu kalau Encik Akmal tanya pasal kau aku nak jawab apa?”

“Cakap je la aku dah balik, lagipun dia tau aku balik awal hari ni sebab nak get ready untuk pergi ke Langkawi esok,”

“Ok,”jawab Akma ringkas lalu menolong Idayu mengemaskan mejanya yang berselerak.

********
Idayu mengeluh lagi, tak disangka begini takdir hidupnya dari dulu sampai sekarang dia dibebani dengan karenah kakaknya, malah ibunya turut menyebelahi kakaknya, dari dulu sampai sekarang, kadang-kadang tertanya-tanya jugak adakah dia bukan lahir dari rahim ibunya sehinggan dia dilayan sebegitu rupa, mujurlah dia masih ada abang dan kakak ipar yang melayannya bagaikan saudara sendiri. Teringat lagi perbalahan yang ditimbulkan kakaknya itu semalam.

“Kau kena kawin selagi kau tak kawin kau akan goda Imran sampai dia jatuh hati terhadap kau!”tersentak dia mendengar tuduhan tak berasas itu, masakan dia mahu menggoda bakal abang iparnya sendiri, dia masih punya kewarasan akal untuk melakukan perkara seperti itu.

“Apa yang kakak merepek ni, Ayu tak hilang akal lagila nak goda abang Imran, dia kan tunang akak,”

“Kau ingat aku tak tahu yang kau tu minat dekat Imran, selalu aku nampak kau main mata dengan dia, kau ingat aku buta ke hah?”

“Bila pulak Ayu buat macam tu, sumpah kak Ayu tak ada hati langsung dekat abang Imran,”tegas Idayu.

“Itu kata kau, tapi hati kau orang lain tak tahu, aku tak kira selagi kau tak kawin, aku tak nak duduk kat rumah ni, menyampah aku tengok muka kau,”

“Intan, jangan lah macam tu, Intan tak kesiankan dekat ibu ke sampai nak tinggalkan ibu,”
“Ayu kan ada, ibu duduklah dengan Ayu, Intan nak pindah rumah Liyana,”

“Jangan tinggalkan ibu Intan, Ayu takkan sama dengan Intan, ibu tak boleh hidup tanpa Intan,”kenyataan yang keluar dari mulut Puan Hayati membuatkan hati Idayu tersentap, dia tahu ibunya lebih sayangkan kakaknya itu berbanding dirinya. Wajah ibunya yang dilinagi air mata itu dipandang sayu, dia tahu dia tak mampu nak memenangi hati ibunya hatinya turut sakit bila melihat wajah itu, akhirnya perlahan-lahan dia menganggukan kepalanya.

“Tak apalah , Ayu akan kawin, kakak tak payahlah pindah dari rumah ini, Ibu, hari tu ada orang masuk meminang Idayu kan, ibu terimalah,tetapkan tarikh dalam tempoh terdekat,”laju lidahnya menuturkan perkataan yang sama sekali bertentangan dengan hatinya.Lantas dia naik ke biliknya lalu dilepaskan tangisan yang ditahan semenjak tadi.

********

“Aku terima nikahnya Idayu Sufiyya binti Idris dengan mas kawin 80 ringgit tunai,”dengan sekali lafaz Idayu menjadi isteri kepada seseorang yang tidak dikenalinya, dia cuma tahu nama suaminya itu Ariff, itu saja kerja, tempat tinggal dan lain-lain semuanya dia tak tahu.Dipandang biliknya yang dihias ringkas kemudian beralih pula kepada bajunya, semua itu membuat hatinya sayu, tiada kenduri besar-besaran, tiada paluan kompang malah tiada persandingan.
Kakaknya telah mengugut ibunya yang perkahwinannya tidak boleh dibuat secara besar-besaran hanya ada kenduri doa selamat saja, malah suaminya turut dikehendaki menyediakan belanja ‘melangkah bendul’, dia cuma berkahwin seminggu lebih awal berbanding kakaknya itu, tapi kehendak Intan tiada siapa yang mampu menghalang.

Akma mengenggam erat tangan Idayu yang muram itu, dia tahu ini semua bukan kehendak Idayu, Idayu membalas genggaman tangan Akma dan dikalih pandangan terhadap kakak iparnya yang memeluk bahunya.

“Ayu tak apa-apa Kak Dina, mungkin dah ini takdir Ayu, nak buat macam mana,” lantas dia ketawa kecil bagi membuang resah yang bertandang di hatinya.

“Pengantin lelaki dah sampai,” ucapan itu membuatkan Idayu mendongakkan kepalanya, lelaki yang berdiri dihadapannya nampak segak berbaju melayu berwarna putih, apabila matanya bertentang mata dengan lelaki tersebut pantas dia menundukkan kembali mukanya, terasa tangannya dicapai dan sebentuk cincin disarungkan ke jari manisnya, selepas itu dia mencium tangan lelaki tersebut dan disambut dengan kucupan di dahinya.

*********

Ariff hanya memandang susuk tubuh Idayu yang berdiri di beranda bilik, lantas dihampiri Idayu yang sedang ralit melayan perasaan dan dipaut pinggang gadis tersebut. Idayu tersentak dan merasakan mukanya panas apabila diperlakukan sebegitu rupa.

“Sayang buat apa dekat sini tak sejuk ke?”tanya Ariff tapi dia tertawa kecil apabila melihat muka Idayu yang sudah merah seperti udang kena bakar, comel.

Ditariknya tangan Ayu memasuki bilik dan ditutup pintu beranda, dipimpin Idayu ke birai katil.
“Kenapa ni? Sayang tak gembira ke dengan perkahwinan ini?”tanya Ariff apabila Idayu terus-menerus mendiamkan diri malah mukanya ditundukkan.

“Kenapa ni, cakaplah, abang sedia mendengarnya,”ujar Ariff lembut.

“Saya minta maaf kalau apa yang saya cakapkan ini melukakan hati awak, tapi perkahwinan ini bukan kehendak saya sebenarnya, saya cuma seorang anak yang menurut cakap ibu saya, lagipun saya tak tahu apa-apa langsung mengenai diri awak, awak juga mungkin tak tahu apa-apa pasal saya”luah Idayu perlahan takut kalau dia membuat lelaki itu marah terhadap apa yang dikatakannya.Tetapi dia merasakan ada tangan yang menolak dagunya lantas matanya bertentang dengan mata Ariff .

“Idayu Sufiyya binti Idris, anak bongsu dari 3 adik-beradik, kerja sebagai Senior Engineer Bina Teguh Berhad, umur 25 tahun, pemegang ijazah kelas pertama Universiti Teknologi Malaysia, seorang yang pendiam, hobi mengambil gambar cita-cita nak jadi jurugambar profesional,”ucap Ariff yang membuatkan mata Idayu membulat bila mendengarnya, hairan bagaimana lelaki itu mengetahui mengenai dirinya sedangkan dia tak pernah bertemu dengan lelaki itu sebelum ini.

“Hairan macam mana abang dapat tahu pasal ni? Ingat tak dua bulan lepas Ayu ada ikut Conference dekat Langkawi?”tanya Ariff, lantas Idayu menganggukan kepala masih diingat perkara yang dicakapkan Ariff kerana itulah satu-satunya conference yang dihadirinya dimana hanya dia seorang perempuan yang mewakili syarikatnya tetapi rata-rata peserta adalah lelaki.

“Ayu ada jumpa dengan kawan Ayu, Azim ingat lagi tak,”Idayu sekali lagi menganggukkan kepalanya.

“Azim adalah pekerja abang, abang tertawan dengan Ayu sebab Ayu berani meluahkan pendapat Ayu walaupun hanya Ayu seorang perempuan kat situ, pertama kali abang lihat perempuan yang begitu berani walaupun dikelilingi lelaki, abang tanya dekat Azim pasal Ayu, lepas tu abang minta ibu tolong pinangkan Ayu sebab abang dah jatuh hati dengan Ayu,”

“Tapi takkan awak boleh terima saya dengan masa yang singkat, awak tak kenal hati budi saya lagi,”Ariff tersenyum mendengarnya, dia tahu Idayu masih ragu-ragu dengan dirinya.

“Sebelum abang minta ibu masuk meminang Ayu, abang dah buat Istikharah dan abang yakin Ayu ditakdirkan untuk abang,”

“Tapi saya masih tak tahu siapa awak yang sebenarnya,”luah Idayu perlahan.Ariff hanya tersenyum lantas dieratkan pelukannya.

“Apa yang Ayu nak tahu pasal abang?”

“Semuanya,”

“Well nama penuh Muhammad Ariff Redzuan binti Saiful Omar, umur 30 tahun, dah berkahwin dengan Idayu Sufiyya Idris, bakal menjadi bapa kepada anak yang akan dilahirkan oleh Idayu Sufiyya,”ungkapan terakhir itu membuatkan Idayu memalingkan wajah ke arah suaminya tetapi terkejut bila wajahnya begitu hampir dengan wajah suaminya itu,hembusan nafas suaminya dapat dirasakan dipipinya lantas dipejamkan matanya rapat.

**********

“Hai sayang buat apa tu?”pelukan di bahunya dari belakang mematikan lamunan Idayu mengenai tabir hidupnya lantas diukir senyuman nipis lalu dicapai tangan Ariff dan dikucupnya sebelum dibalas dengan ciuman didahinya.

“Tak buat apa-apa pun, abang nak minum teh?”

“Boleh jugak,”lantas dicapai popia goreng di atas meja lalu dikunyah perlahan.

“Macam mana kerja abang hari ni, ok?”tanya Idayu sambil dia menuangkan teh ke dalam cawan suaminya.

“Biasalah, hari ni cuma ada meeting pasal progress projek syarikat, tak ada apa sangat,”
Belum sempat Ariff menghirup teh, terdengar tangisan kecil dari halaman rumah, Idayu yang ingin bangun ditahannya lantas dia sendiri menghampiri halaman rumah.

Idayu hanya tersenyum memandang Ariff memujuk anak lelaki sulungnya yang terjatuh apabila bermain, perutnya yang memboyot diusap perlahan lagi dua bulan dia akan mendapat seorang lagi cahaya mata. Idayu sangat bersyukur kerana mendapat suami sangat menyayangi dirinya, malah dia berterima kasih kepada kakaknya kerana dia memperoleh kebahagiaan sekarang.