DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Sabtu, 5 September 2009

BAB 10

“Leya,Leya, bangun nak,Leya,”tubuh Aleya yang sedang pulas tidur digoyang perlahan oleh Mak Kiah, dari tadi dia berusaha membangunkan anak gadis itu.

“Ada apa Mak Kiah, dah Subuh ke?”tanya Aleya yang terpisat-pisat bangun matanya hanya separuh terbuka petanda yang dia masih belum rela membuka matanya atau dengan kata lain dia masih mengantuk. Dikerling jam didinding, ‘baru pukul 3 pagi apahal Mak Kiah ni? Nak ajak teman gi bilik air ke?”

“Subuh apanya, kamu tu tiba-tiba menjerit terkejut Mak Kiah, kenapa?”tanya Mak Kiah lembut.

Aleya mengerdipkan matanya beberapa kali, bingung sedikit dengan penjelasan Mak Kiah, menjerit? Aku menjerit ke? Ye ke? Otaknya masih memproses maklumat yang diterimanya, puas diperah otaknya namun makin bingung dia dibuatnya.

“Leya ada menjerit ke Mak Kiah?” tanyanya balik. Mak Kiah hanya mengelengkan kepalanya perlahan.

“Kamu mimpi buruk agaknya, tadi tidur basuh kaki tak ni?”Aleya hanya menggeleng menjawab pertanyaan Mak Kiah.

“Kalau basuh kaki tak mimpi buruk ye Mak Kiah?”soalnya lurus, pertama kali dia mendengar petua sebegini, dulu kalau dia mimpi buruk, Daddy akan peluk dia waktu kecik-kecik je la, bila besar sendiri mau ingat la.

“Dah la, sambungla tidur, Mak Kiah nak sembahyang sunat, nak ikut sekali tak?”tanya Mak Kiah, pantas dia mengangguk tanda mahu mengikut, setelah terjaga dari tidur susah baginya menyambung balik tidur yang terganggu.
***********

Arif Fikri mengeliatkan tubuhnya yang terasa letih, dikerling jam di atas meja, dah pukul 4.30 pagi, matanya terasa berat sekali, kerjanya baru sahaja selesai, esok dia dikehendaki membuat perbentangan semasa mesyuarat sebab itulah dia bersengkang mata membaca dan mengumpul maklumat yang berkaitan.

Semua bahan yang telah disediakannya dimasukkan ke dalam briefcase miliknya, laptop dishutdown dan dimasukkan ke dalam beg dan diletakkan di atas sofa agar dia tidak kelam kabut pada paginya. Kakinya melangkah keluar dari bilik kerja dan menuju ke arah blik tidurnya, namun suasana cerah di tingkat bawah menarik perhatiannya.

“Mak Kiah selalu tak buat Qiam?”tanya Aleya, tadi Mak Kiah menerangkan kepadanya apa yang perlu dilakukan dan dia hanya mengikuti gerak Mak Kiah, pertama kali dia melakukan solat sunat pada waktu malam, jiwanya terasa tenang, selepas itu dia membaca Al-Quran di hadapan Mak Kiah, apabila ada kesilapan akan dibetulkan oleh wanita itu.

“Selalu jugak, cuma kebelakangan ni saja Mak Kiah jarang buat sebab lutut Mak Kiah tak kuat sangat, tahu sajalah orang tua,”jelas Mak Kiah lembut, semakin lama dia bersama gadis ini dia terasa seperti bersama anak sendiri, Aleya cepat sahaja belajar apa yang diajarinya, malah menyenagkan kerjanya, tidak termasuk menjadi teman bicaranya bila dia kebosanan.

“ Leya baru first time buat Qiam, best jugak Mak Kiah, rasa tenang je, nanti kita buat lagi ek Mak Kiah,”Mak Kiah yang menjulurkan kaki hanya tersenyum, senang hati dengan permintaan gadis itu.

“InsyaAllah, nanti lepas sarapan Mak Kiah nak pergi pasar nak ikut tak?”

“Nak, kalau Leya tak ikut, siapa nak angkat barang,”sekali lagi senyuman terhias di bibirnya yang merah, tanpa disuruh dia mengurut perlahan kaki Mak Kiah, Mak Kiah hanya tergamam melihat kelakuan Aleya, hatinya terusik.

Fikri yang mendengar perbualan antara kedua-duanya hanya tersenyum di sebalik pintu, semenjak kedatangan Aleya ke rumah ini, pelbagai perkara yang terjadi, yang paling ketara adalah Atiqa yang kelihatan semakin ceria apabila mempunyai seseorang untuk berborak dan berkongsi perasaan.

Minggu pertama Aleya di sini, dia berjaya membawa Atiqa keluar dari biliknya dan melangkah ke halaman rumah, malah Atiqa juga kerap ketawa keriangan apabila bersama dengan gadis itu, ibunya yang paling gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Atiqa.

**************

Arif Fikri tekun membuat kerjanya yang bertimbun sekali-sekala dia mengerutkan dahinya, namun konsentrasinya terganggu apabila pintunya diketuk berkali-kali. Namun sebaik pintu dikuak dia hanya mengeluh perlahan melihat susuk tubuh dia balik pintu itu.

“Yes what can I do for you?”tanyanya selamba, Izz Zayani tercegat dihadapan mejanya dipandang sekilas sebelum dia menyambung kembali kerja-kerja yang terganggu, namun apabila mejanya diketuk perlahan dia mengangkatkan kembali mukanya.

“Arif hari ni I nak ajak you ikut I jumpa client, papa suruh,” selamba Izz memberi arahan, nama ayahnya digunakan bagi membuatkan lelaki dihadapannya mengikutnya, berjumpa dengan client hanyalah alasan, selebihnya dia mahu menghabiskan masa bersama Arif Fikri.

Fikri hanya tersenyum sinis, sudah 5 tahun dia bekerja di sini dia sudah masak dengan gelagat gadis di hadapannya.

“Well, betul ke papa you minta I temankan you, rasanya tadi I baru jumpa dia, sebab hari ni I kerja half day, and dia tak bagi apa-apa arahan pun,”balasnya sinis

Izz Zayani hanya membeliakkan matanya tanda tidak puas hati, papanya memang selalu merosakkan rancangannya.

“And 1 more thing, sejak bila accountant kena ikut untuk jumpa client, you must be out of your mind now,”tambah Fikri selamba.

“Ughh, fine papa tak suruh pun, I yang nak ajak you keluar, jomlah Arif kita lunch sama-sama lagipun sejak kita jumpa tak pernah lagi kita keluar makan sekali,”pujuknya lembut.

“So sorry, hari ni I nak temankan kakak I pergi check-up so faham-faham sajalah, by the way, I dah terlambat ni, so if you dont mind can you left me alone, I nak siapkan kerja I,”pintanya masih dengan nada sinis.

Izz Zayani mendongkol geram dalam hatinya, dia menghentakkan kakinya lalu keluar dari bilik itu.

“Orang ajak dia jual mahal pulak, geramnya aku,”ngomelnya perlahan di luar pintu, apabila dia berpaling dia melihat staf yang berada di situ semuanya memandang ke arahnya.

“Apa tengok-tengok, kamu semua tak ada kerja ke ha?”tempiknya keras membuatkan semua di situ kembali menundukkan muka berpura-pura menyambung kerja.

Fikri yang berada di dalam bilik turut mendengar amaran keras itu,dia hanya mengelengkan kepalanya perlahan, Izz Zayani anak pemilik tempat dia bekerja sekarang seorang yang amat keras hati dan amat berbeza dengan ayahnya yang merupakan seorang yang ramah dan disenangi ramai, macam lagit dengan bumi, dia menyimpan hasil kerjanya teringat pagi tadi Suhana memintanya menemaninya ke klinik kerana dia tidak mampu nak membawa kereta. Kot yang tergantung disarung ketubuhnya briefcase dan beg laptopnya dicapai dan melangkah keluar dari bilik itu.

“Encik Arif dah nak balik ke?”soal setiausahanya, dia hanya menganggukkan kepalanya.

“Wani nanti tolong kunci bilik saya, lagi 1 mug dekat dalam awak keluarkan, nati berbau bilik saya,kalau ada sapa-sapa cari saya cakap saya MC, and ambil pesanan ye,”satu-persatu dia menyenaraikan arahan kepada setiausahanya sebelum dia berlalu pergi.

“Baik Encik,”Wani Hazirah hanya tersenyum dan mengangguk kepalanya sambil mencatat beberapa arahan ke dalam buku kecil di tangannya.

Arif Fikri memandu keretanya laju menuju ke arah rumahnya jam di tangannya dijeling dia sudah hampir setengah jam terlambat, sedangkan tadi dia berjanji dengan Suhana pukul 2 petang sekarang sudah dua setengah petang.

***************

Suasana di klinik ibu dan anak itu agak lengang kerana tidak banyak pesakit yang beratur menunggu giliran, Suhana mendaftarkan namanya di kaunter sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi yang disediakan di ruang menunggu, Aleya yang mengikutinya duduk di sebelahnya, mereka melangkah ke dalam klinik itu dahulu kerana Arif Fikri hendak mencari tempat parking.

“Senyap je Leya hari ni, selalu kecoh semacam apasal ni, cat got your tongue?”

“Tak adalah Kak Su Leya dah habis topik la tak tahu apa yang dibualkan, Kak Su lah bagi cadangan?”Suhana hanya tersenyum pelik dengan tingkah Aleya.

“Hai, selalunya Leya kan banyak topik hari ni dah kering idea, pelik ni, or Leya tak tahu nak cakap bila depan Fikri,”ujarnya selamba, dia perasan apabila Arif Fikri bersama Aleya akan membisu seribu bahasa malah kadang-kadang dia kelihatan resah.

“Mana ada, Kak Su dah cakap, Leya nak tanya sikit, dia tu lahir dekat Antartika ke?”

“Siapa?”

“Alah adik ipar Kak Su lah siapa lagi,”

“Antartika? Kenapa Leya tanya macam tu?”

“Ye lah, dia tu bila dekat sejuk macam air batu, freezing gas dia fuh boleh buat semuat orang kaku tau,”Suhana menghamburkan ketawanya apabila mendengar bicara gadis itu, Antartika macam-macam lah budak ni, Aleya mengerutkan dahinya Kak Su ni boleh pulak dia gelak betullah apa yang aku cakap.

“Apa yang lucu sangat Kak Su?”sapa satu suara yang boleh membuat tubuh Aleya terus kaku, langsung mati butir bicaranya. Suhana hanya tersenyum memandang Arif Fikri, dikerlingnya Aleya disebelah, senyumnya terus melebar.

“Err, Kak Su, Leya nak keluar jalan kejap ek, nak tengok kedai-kedai lain,”

Tanpa menunggu jawapan balas dari Suhana dai terus melangkah keluar dari klinik dan kakinya melangkah ke arah kedai-kedai yang sederet dengan klinik yang dikunjungi Suhana. Kedai peralatan muzik menarik minatnya lalu dia menolak pintu kaca perlahan.

“Boleh saya bantu cik,”ujar pekedai itu ramah, Aleya hanya memerhatikan satu persatu peralatan muzik yang dipamerkan di dalam kedai itu, perlahan dia menghampiri sebuah piano yang terletak di bahagian tengah kedai.

“Boleh saya cuba mainkan piano ni?”tanyanya bagi meminta izin terhadap pekerja kedai itu, dilihatnya gadis itu mengerutkan sedikit dahinya sebelum dia menganggukkan kepala.

Aleya membuka penutup piano itu, dilarikan ke setiap not dan dia berpuas hati, nampaknya keadaan piano ini masih dalam keadaan yang baik. Dalam fikirannya sudah terfikir satu irama dan itu diterjemahkan oleh jari jemarinya dan satu muzik yang indah terhasil.


4 pendapat dari anda:

Maria Kajiwa berkata...

salam arisa,
akak dah baca bab ini sehingga ke akhir,dan akak dapati Arisa kerap menggunakan ayat pasif berbanding ayat aktif . POV adalah dari sudut pandangan ke tiga dan kadangkala omniscent.
masalah dengan ayat pasif ialah ia membina jurang di antara pembaca dan penulis. Tukarkan kepada ayat aktif untuk membuat pembaca merasa dekat dengan cerita dan terasa terlibat sama.
Itu saja pendapat akak.Diharapkan Arisa sudi menerimanya.
sekian.

Arisa Aizawa berkata...

thanks, sebab sudi komen, Insyaallah arisa akan cuba ubah cara penulisan arisa :)

Tanpa Nama berkata...

saya suka crite nie...
bila nak smbg lagi yer....sambung lar cpat2.
best..

alice berkata...

hmm..either bru pertma kali bce..not bad lah..saya takde lah pkar sgat dalam bahsa mlayu..tapi klu tgok scara rmbang for me not bad lah..jgn putus asa mnulis..saya nak jugak thu jalan crite dy mcm mne...huhu anywy..kunjung2 lah blog saya ye..salam ikhlas,,

Catat Ulasan