DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Rabu, 27 Jun 2012

Bab 19

Bab 19,

Aleya hanya mampu mengelipkan matanya bagi menahan matanya yang hampir terlelap, ini yang payahnya, asal masuk kereta gerak sikit saja dah mula mengantuk, detus hati kecilnya.

Fikri hanya menjeling isterinya yang mula terkuap-kuap tahu sangat yang isterinya akan tidur sebaik saja kenderaan bergerak, namun matanya hanya ditumpukan ke atas jalan raya menuruni Cameron Highland yang bersimpang siur itu.

Kelibat kereta Waja di belakang sedikit meresahkan hatinya, semenjak semalam lagi dia perasan akan kereta waja tersebut seakan-akan mengekori kereta yang dipandunya.

"Sayang, bangun kejap, abang tak sedap hati ni,"

Aleya yang hanya separuh lelap mengalihkan tumpuan kepada suaminya yang sedang memandu itu, dahi suaminya berkerut-kerut dan menyebabkan rasa mengantuk yang tiba hilang tiba-tiba.

"Kenapa bang? Abang sakit ke?"

"Tak abang ok, tapi cuba sayang tengok Waja belakang kereta kita dari semalam lagi abang perasan kereta tu macam ikut kita saja,"

"Yang mana?"

"No plat B** **** tu, nampak tak?"

Aleya memerhatikan kereta yang dikatakan suaminya itu, namun keadaan bukit yang berkabus menyukarkan dirinya untuk mengenalpasti siapa yang memandu.

"Cuba abang berhenti dekat kedai tu, kalau Waja tu berhenti jugak maybe dia ikut kita," cadang Aleya.

Fikri hanya menganggukkan kepalanya, lantas signal ke kanan diberikan untuk membelok ke gerai di sebalah kanan jalan. Suasana sepi sebentar.Mereka hanya memerhatikan kereta Waja itu melepasi kereta yang mereka naiki dan Fikri menghela nafas kelegaan.

"Tak ada apa-apa kot, perasaan abang saja," sela Fikri kemudian.

Aleya hanya mampu mendiamkan diri, hatinya turut mengharap itu hanya prasangka suaminya sahaja, namun dalam hatinya terdetik yang dia seakan-akan melihat kereta waja yang sama sejak seminggu yang lepas.

*****************

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam," sahut Mak Kiah yang baru melangkah dari dapur. Senyumnya terus terukir apabila melihat Aleya dan Fikri di depan pintu.

"Mak Kiah sihat?" salam dihulurkan dan terus tubuh Mak Kiah di dakap erat bagi melepaskan rindu.

"Tanya mak Kiah saja ke?"

"Kak Su, Fauzuan mana?"

"Amboi bukannya nak tanya Kak Su tapi Fauzuan yang ditanya dulu,"

Aleya hanya tersengih-sengih menerima teguran itu. Pipi Suhana turut menerima ciuman darinya sebaik saja pelukan dilepaskan.

*P/s Arisa nak buat comeback lepas 2 tahu menyepi, sori sesangat sebab Arisa dah terlupa password untuk blog ni, lama dah tak menulis, kalau ada apa-apa plz comment.


3 pendapat dari anda:

P@Nd@_LoVeR berkata...

yeay!!! tenkiu 4 d come back! ehehe~~ dh agk lupe ngn jln cite ni... xpe, bc blik dr awl.. ;D

Tanpa Nama berkata...

terbekkkkkkkkkk ler citer ni..xsbr nk read new n3

Tanpa Nama berkata...

hii.. cik penulis
hm.... betul dah lama cik penulis x update e-novel ini... tertunggu-tunggu juga. :)
Nanti cik penulis update la selalu ek...nak tau gak kisah seterusnya.... tapi apa2 pun teruskan brkarya dan Selamat kembali...

-K-

Catat Ulasan