DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Rabu, 1 Ogos 2012

Pilihan 20a

Aleya hanya merenung lama surat yang diterimanya itu, memang betul yang penyiasat itu sudah menjumpai rumah ibunya dahulu namun ada pesanan ringkas di akhir nota itu yang membuatkannya tak senang duduk.

Ada panggilan dibuat ke pejabat melarang penyiasatan diteruskan, mohon cik kathleen menghubungi pihak kami untuk tindakan lanjut.


Aleya mengeluh perlahan, detak hatinya ternyata benar, ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan orang lain.Lantas perbualannya dengan Idris kembali melintasi mindanya.

"Be careful with what you do, someone might be destroy if you dig the past and they will stop you  in what you do no matter how."


Namun semakin besar halangan yang dihadapi semakin dia ingin tahu cerita disebaliknya.

Bunyi pintu bilik dikuak mengalihkan pandangannya, seraya senyuman diukir apabila kelibat Fikri di sebalik pintu, diatur langkah ke arah suaminya dan dihulurkan salam, seperti biasa tubuhnya di bawa dalam pelukan hangat suaminya dan ubun-ubunnya dikucup.

"Awal abang balik hari ni?"

"Tak larat la yang, nak buat overtime dekat ofis macam tak best je, baik buat overtime dengan Leya lagi best,"usiknya lagi merah padam muka Aleya mendengarnya mengundang ketawa kecil dari Fikri.

"Abang," ujarnya geram.

***********

Suasana pejabat yang tenang itu mendengarkan detak kasut Izz, hala tujunya cuma satu, department account ditujunya dan diketuk pintu bilik Fikri perlahan, senyap tiada jawapan, dipusing tombol pintu, berkunci, bibirnya diketap, pandangannya ditebarkan ke sekeliling.

"Siti!"

"Ya Cik Izz ada apa?"

"Fikri mana?"

"Encik Fikri dah balik tadi,"

"Eh bukan hari ni tutup akaun ke?"

"Tak lah semalam dah siap semuanya,"

Bibirnya diketap geram, hajatnya tak kesampaian lagi, botol kecil dalam tangannya dipandang lama, bersusah payah dia mendapatkan benda di dalam botol kecil itu, namun rancangannya terpaksa ditangguhkan lagi. Laju tapak kakinya menghala keluar daripada ruangan pejabat itu. Siti yang ditinggalkan terpinga-pinga melihat gelagat anak majikannya itu.


p/s: sedikit sambungan bab 20, dah lama sangat tak menaip idea pun dah ke mana, kerja bertimbun, balik rumah lagi pentingkan masa tidur inilah jadinya, sila komen ya, kalau nak bagi cadangan plot cerita pun sangat dialu-alukan arisa dah freeze dah ni tak ada idea.

0 pendapat dari anda:

Catat Ulasan