DeNGaN NaMa ALLAH

KOMEN SIKIT

MuSiC PiLiHaNKu

SuMtHiNg 2 SaY

N3 dekat blog n maybe akan lambat sbb arisa nak menghabiskan pilihan n kadang-kala arisa maybe lgsg tak ada can nak buka tenet, so sorry ek everyone ;(

Rabu, 26 Mei 2010

N3 BARU

Jeng,jeng,jeng sori sangat-sangat bagi sesapa yang marah sebab arisa mungkir janji nak post e-novel terbaru arisa, Alhamdulillah rezeki arisa murah and pasal PILIHAN sedang nak menyiapkan manuskrip, masa yang nak menyiapkan benda alah tu maybe lama sikit, otak dah tepu+ busy ngan LI, hu,hu,hu

oh yeah tajuk baru novel arisa "DIAM BUKAN BERERTI AKU MENYERAH" agak panjang tapi nilah tajuk yang arisa rasa sesuai dengan konsep novel ni selepas mendengar nasihat pakar(chewah), apa-apa pun PROLOG untuk anda

PROLOG

Dirinya hanya mampu menung jauh ke sekeliling bilik yang dihias indah, sedar tak sedar hari yang cuba dielaknya muncul jua, hatinya berasa walang, seharusnya dia sibuk bergelumang dengan buku seperti rakan-rakan yang sebaya dengannya, namun hanya kerana 1 janji yang dibuat dirinya bakal diikat.

“Kau okey?”Teman disisi yang turut mengerti kegusaan hatinya hanya mampu meminjamkan semangat buat dirinya.

“Dah siap? Amboi cantiknya anak ibu,” wajah di muka pintu dipandang hiba, air muka ibunya kelihatan serba salah, ibarat ditelan mati emak diluah mati ayah.

“Anis, maafkan ibu nak, kalau ibu memaksa Anis, maafkan ibu,”sayu suara itu membuatkan dirinya tidak betah lagi, lagipun ketika perkara ini diusulkan dia yang memberi persetujuan, masakan sekarang tega dirinya menyalahkan wanita yang paling dia sayang semata-mata kerana kepentingan dirinya sendiri.

“Pangantin dah sampai!”jerit satu suara yang menyebabkan ibu melnagkah keluar dari bilik yang dihias indah, debarnya semakin menggila, jari-jari yang berinai merah menggigil dibuatnya, namun genggaman dari teman membuatkan dia berpaling.

“Tabahkan hati, InsyaAllah semuanya akan selamat, berzikirlah dan hati akan jadi tenang.”





1 pendapat dari anda:

Unknown berkata...

kawin paksa ke???

Catat Ulasan